Tuesday, September 7, 2010

raYa dataNg Lagi


sebut macam dalam iklan 'tora datang lagi'  :D

apabila raya menjelma seluruh kampung bertukar menjadi fashion runaway.. masing-masing sibuk nak memperagakan baju baru dan kasut baru.. bukan sahaja budak kecik malah budak besar pun.. kalau budak kecik, dia ikut je pe yang mak dia belikan or jahitkan.. kalau kena pakai kaler oren ke kuning, nasib ko la.. ada orang yang buat baju raya sampai 6, 7 pasang.. untuk pegi rumah opah 1, tok wan 1, mak long 1, mak andak 1, mak teh 1.. belum lagi rumah sedaramara dan kawankawan dan jiranjiran yang lain.. tak nak ada siaran ulangan.. ada gak famili yang suka buat tema, laki bini dan anakanak suma pakai kaler yang sama.. yang lagi ekstrem jenis kain pun nak yang sama.. kalau maknya dan anakanaknya pakai sutera maka bapaknya pun.. nasib tak cotton.. 

bagi makcikmakcik ini la masanya untuk menayang rantai dan gelang emas masing-masing.. lagi lip lap lip lap lagi meriah.. aku tak suka pakai barang kemas tapi mak selalu paksa aku pakai especially kalau gi beraya atau gi rumah orang kawen.. setakat pakai subang tu aku boleh accept lagi sebab dia dah melekat kat telinga dan tak efek pape dalam aktiviti seharian aku.. tapi kalau rantai, ke gelang ke cincin ke, agak rimas dibuatnya.. masa kecikkecik dulu, teringin nak pakai barang kemas tapi mak tak bagi sebab kecik lagi tak reti jaga.. maka pakai la gelang dan cincin plastik yang dapat dari jajan ali baba atau men tikam.. kalau main kawenkawen, suka buat rantai dari batang daun ubi.. dah la bergetahgetah, lepas tu pakai kat leher.. kreatif tak bertempat..

sebagai budakbudak yang tak penah pegang duit lebih dari lima posen, time raya la sibuk nak kumpul duit raya sebanyak mungkin.. masa kecik dulu, dapat duit raya terus bagi kat mak sebab tak tau nak letak duit tu kat mana.. time tu kita pecaya banget kat mak.. mak gunakan duit tu untuk beli sayur ke ikan ke, kita pun tak tahu.. bila dah tak innocent lagi, buat baju raya mesti ada poket supaya senang nak letak duit raya, tak yah bagi mak pegang lagi.. yey!! tapi kesan jangka masa panjang, sampai sekarang pun baju kurung aku suma berpoket dan selalu menjadi tempat kawankawan tumpang letak henpon dan beg duit.. 

tak hidup suasana raya kalau tak dengar lagu raya kan.. kedai CD kat belakang opis aku tu, dah pasang lagu raya sejak hari pertama puasa lagi.. kedai cina plak tu.. semangat 1 Malaysia kot.. walaupun tiaptiap tahun ada je artis yang nak buat lagu raya sendiri dengan harapan lagu raya dorang akan menjadi evergreen macam lagu raya p.ramlee atau saloma tapi lagulagu lama tetap menjadi pujaan hati ku.. lagu raya sekarang ntah pape, macam bukan lagu raya pun ada.. lagu raya generasi baru yang aku boleh layan, lagu dato' siti macam sesuci lebaran dan nazam lebaran.. dan sekarang ni aku ada sebuah lagu yang aku tujukan khas untuk aku.. dendang perantau.. waaaaaaaaa.. 

dulu main mercun dan bunga api masih dibolehkan.. sebab budak dulu tak nakal macam budak sekarang.. aku termasuk dalam kategori penakut tapi nak main gak, so berani main bunga api je.. bunga api tak bahaya sangat, dia menyala je tapi tak meletup.. mercun sori, bagi kat budak laki.. sebab tu yang selalu masuk paper putus jari akibat main mercun mesti budak laki kan.. bukan nak menidakkan undangundang, tapi kalau tak main bunga api tu macam tak real je raya.. sampai sekarang pun dalam video klip lagu raya mesti tunjuk scene main bunga api kat halaman rumah kan.. eh, bukan ke sekarang ni bunga api dah diharamkan? tangkap kang..

* eh, eh.. bukan bunga api yang ni.. *


dan yang paling best pasal raya is of cos la ketupat, rendang, lemang.. buang tebiat la namanya kalau masak ketupat time hari biasa kan.. belum lagi dengan pelbagai variasi dan koleksi kuih muih raya yang memang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas (kena tak dengan ayat ni..?) contohnya ialah tat nenas mak aku.. terbaek.. kalau buat tat nenas, aku tolong part masukkan inti nenas tu dalam tepung dia.. kadangkadang kena marah dengan mak sebab aku masukkan inti sikit tapi tepung banyak.. huhuhu.. tahun ni aku tak dapat tolong mak buat kuih raya sebab lagi dua hari nak raya baru aku balik.. huhuhu.. kalau tak, aku la yang tabur bijikbijik yang warna warni tu atas biskut dan aku susun biskut dalam balang.. tiaptiap tahun mak buat kuih raya yang lebih kurang sama je.. mesti ada biskut milo, biskut cornflakes, asam yang kaler merah dan hitam tu serta jeruk.. lepas tu roka, jajan yang macam ferero roche tu.. wajib.. kalau tak pecaya, tengok la raya tahun ni.. mentos pun mak aku kira sebagai kuih raya gak.. siap letak dalam balang lagi.. sekarang baru aku tau minat aku terhadap jajan mewarisi genetik sape.. 

tahun ni aku telah mendapat vision bahawa ramai yang akan meminta duit raya daripada aku.. tahun lepas anakanak prisma 4 ekor tu dah mintak, tapi aku buat derk je.. tahun ni insyallah aku bagi.. hehehe.. so aku pun sibuk gi asb, cimb dan celcom sematamata nak dapatkan sampul duit raya.. masa bayar bil kat celcom, dengan tak tahu malunya siap mintak.. akak tu cakap tak ada, tapi dia bagi aku pen sebatang.. desperate sungguh.. kalau beli majalah intrend pun dapat sampul duit raya free tapi gambar fasha sandha.. nak? nak?

di kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua umat islam di seluruh dunia terutama sekali mami and dedi ku, asben ku, adik adik ku dan semua kenalan ku.. jika ada salah dan silap sama ada yang disengajakan ataupun tak disengajakan, ampun dan maap ku pohon jua.. halalkan ye segala makan minum dan jajanjajan yang telah ku rembat selama ini.. semoga sambutan aidilfiiri kali ini membawa seribu kegembiraan di samping keluarga dan rakan-rakan yang tersayang..

p/s : malam ni balik kampong.. YEEEEHHHHHHAAAAA!!!!



 

♥ bLoG aKu ♥ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino