Selalu tengok orang amik gambar makanan,
cantik je.. pandai cari angle, lightning (eh, lightning tu bukan petir ke? huhu..) maksud aku pencahayaan.. lepas tu tambah plak effect macam kat instagram tu.. makanan tak
sedap pun nampak sedap kan.. setuju cepat!
Masa makan kat wisma tadi, nampak pisang atas meja.. rupa macam dah dikukus ke direbus (masih konfius pada masa itu).. lepas tu boleh pulak buat termenung depan pisang tu sambil fikir, nak makan pisang ni dengan apa.. hok aloh.. macam la tak boleh makan camtu je kan.. sama je macam roti gardenia, sungguh enak dimakan begitu saja..
Ooo, rupanya makan dengan nyoq (kelapa).. ala-ala kampung gitu.. bagus untuk menu diet
tengahari ini.. orang kata pisang boleh mengenyangkan.. bukan suruh amik sampai setandan.. 4 biji cukup la.. kita tengok la setakat mana kenyangnya ye.. aku namakan hidangan ini sebagai puteri
salju sebab makanan yang sedap haruslah mempunyai nama yang sedap..
Suap ke mulut, makkk aiiii.. masinnya kelapa dia! Aku rasa dia dah tersilap nak bubuh gula, pi bubuh garam.. aku dengan
idea briliant mencadangkan, “Kita letak gula!”.. Brilliant sangat (tangan di
dada, mata ke atas).. “Gula abis la”, kata kak faizah pulak.. emm, tadi dah
bagi idea brilliant, malu la kalau tak ada backup plan kan.. jap, jap.. tengok
bawah meja..
Tadaaa! Hasil penyeludupan gula, creamer,
nescafe dan teh dari hotel aritu.. Linda kata, “oo, ini la kegunaannya ye”..
hahaha, tau tak pe.. so tabur-tabur.. jadilah puteri salju main salji..
adooiii.. hopefully tak sakit perut la sok.. tapi yang bestnya, puteri salju
nampak cantik sangat.. bagi aku yang buta IT ni, dah cukup cantik la ni..
tak perlu edit bagai, sebab ia natural beauty.. (natural beauty ke tak reti? hahaha..)
sedap mata memandang, sedap mulut mengunyah
Sebelum mengakhiri post ini, izinkan aku
menyampaikan serangkap pantun.. dengar ye.. ehem, ehem.. (clear throat)
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebijik di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang duit lu pikir la sendiri...
Hahahaha!! (syok sendiri, layankan je.......)