Thursday, October 18, 2012

baju kurung wonder girls


Sabtu lepas bertempat di Stadium Negara telah berlangsungnya konsert Wonder Girls (WG) Wonder World Malaysia Tour 2012. Dihadiri hampir 4,000 orang peminat, kesemuanya kelihatan terhibur dengan persembahan mantap dan bersahaja Wonder Girls apabila membawakan lagu ‘Be My Baby’ dengan berbaju kurung. 



Sopan je nampak. Tak yah pakai seksi pun comey kan. Baju tu nak cari kat mana yek? Nak beli untuk raya haji la.. 



Lepas ni nantikan kemunculan wonder woman dan wonder pets pakai baju kurung pulak.. Hehehe..


Wednesday, October 17, 2012

pemakan #1



bila dah lama sangat outstation, mula la rasa malas nak masuk opis.. bila dah masuk opis, mula la rasa malas nak buat keje.. tambah pulak bila tengok fail berlonggok-longgok.. rasa nak jual je selonggok 8 inggit, macam jual jagung.. motif??

motifnya ialah kat opis ni hanya ada 2 benda yang biasa dilakukan.. kalau tak keje, makan.. kalau tak makan, keje.. aku?? makan je kejenya.. huhuhu.. tok wan yang cakap.. dia kata, aku dok komplen kata gemuk, tapi makan tak benti.. lepas dia cakap camtu, aku benti makan jap.. lepas tu sambung la balik.. hahaha.. kuajaq.. tapi memang aku kuat makan pun.. kalau tak, takkan bawak toaster letak atas meja.. tak gitu? senang la sambil makan buat keje dan sambil buat keje, makan.. (camni punya orang pun ada ke??)




tu tak tengok lagi pagi tadi kak faizah beli nasi, sin chan beli nasi, anuar pun beli nasi.. dah macam kenduri kendara la plak.. petang kang ada yang beli cucuq, kulat, macam-macam la.. aku bawak pe?




aku bekalkan stok makanan yang sesuai dihidangkan sebagai minum pagi dan minum petang.. bijak kan aku? 



yang ni aku import khas dari KL dan stok sendirian berhad.. membawak balik barang-barang yang ada kat hotel sebagai souvenir adalah menjadi satu habitat habit bagi orang jakun macam aku.. tapi tu tak dikira mencuri okey.. sebab siti kata, 'kita bayaq la'.. hahaha.. 

lepas balik dari outstation ni, ramai pulak yang tegur kata aku makin berisi.. camne tak berisi, PT trafik malam-malam ajak makan nasi kandar.. asben kata, kat sini bercambah nasi kandar, gi KL makan nasi kandar lagi? huhuhu.. kalau dah 3 minggu asyik melantak malam je, balik pejabat ramai la yang dengki.. sin chan kata, 'kak ema gemok sebab duk KL asyik makan ayam je.. kat sana ayam lagi murah dari ikan'.. camtu plak dah.. lepas tu si basrun, pendengki no.2 dan si anuar, pendengki no.3.. hangpa ni kan, kang aku jadi hantu cite 'jangan tegur' baru hangpa tau..



Tuesday, October 16, 2012

teman pengganti


Ketawa bersama. Menangis bersama. Ku bersumpah harap kita. Mati pun bersama.

Sejak dua menjak ini. Makin kerap ku diganggu visi. Bila celik, juga bila mimpi. Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi. Dia membelaimu dengan izin dan permisi. Sentuhan katanya semuanya kau iakan. Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan. Aku redha walau tidak ku damba. Walau hampa semuanya dah dijangka.

Beberapa purnama dulu cinta bertahta. Kenangan dibina kita indah belaka. Ketawa bersama, menangis bersama. Ku bersumpah harap kita mati pun bersama. Namun hakikatnya, bukan mudah. Ku sembunyikan gulana-gundah. Segalanya kan berubah. Dengarkan apa yang ku mahu luah.

Rahsia ini. Telah lama ku pendamkan. Tiba masanya. Segala-galanya. Ku ceritakan. Aku kan pergi. Pergi ku tak akan kembali. Tiba masanya. Kau cari teman pengganti.

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias. Kita tak terlepas dari terkena tempias. Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias. Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas. Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks. Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks. Bila dunia seolah tak memahami. Kau sudi selami, dalami dan mengalami.

Setia mendengar, sentiasa hadir. Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir. Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal. Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal. 70 000 hijab harus ku singkap. Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap. Dalam diam ada, seorang yang ku puja. Kau teristimewa tapi dia yang sempurna.

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan. Dalam persekitaran yang penuh kejumudan. Terperangkap dalam jasad, ku keliru. Mujur ada kau si peneutralisasi pilu. Namun aku tetap murung, berkurung. Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput. Komplikasi di halaman rusuk kiri. Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri.

Lagu ini yang terakhir aku sajikan. Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan. Jaga diri, jangan makan hati. Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti. Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi. Cincin, kunci, dompet dalam laci. Ada sikit wang, itu saja baki. Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti.

Aku kan pergi. Bertemu kekasih abadi. Tiba masanya. Kau cari teman pengganti.


Malique & Black, kenapa lagu ni sedih sangat?? :(




Monday, October 15, 2012

ku update kau dengan bismillah


(tajuk post diinspirasikan dari lagu 'ku pinang kau dengan bismillah' by rossa & pasha ungu)

hari pertama di opis setelah 3 minggu di'outstation'kan.. masuk-masuk opis, tuuu diaaa.. keje bertambun.. tapi dalam pada keje bertambun tu la tetiba teringat + teringin nak update blog.. pulakkkk..

nape dah lama tak update blog? akak busy la dik oii.. anak nak gi mengaji, nak gi tusyen, pensel box hilang, pemadam kawan curi.. sebab tu la tak update blog.. (boleh tak camtu?)

eceli, yang rajin nak berblognya kat opis.. so apabila perjalanan sang siput lebih laju daripada nak melayari laman sesawang, maka bersawang la blog aku ni.. aku saspek ni mesti keje geng-geng IT yang sepakat nak sabotaj line ternet dalam usaha untuk meningkatkan mutu kerja dan produktiviti warga kerja IPK.. puii.. hari tu nak bayar bil pun terpaksa pinjam brodben basrun jap.. sin chan kata, 'kak, orang buta pun tau malu kak'.. statementtttttt..

berbalik kepada cite outstation 3 minggu tu, (aku nak cite gak), pada minggu pertama, aku kena gi bukit aman buat penjajaran perjawatan.. seminggu duduk bertapa kat situ, balik sampai pukul 1-2 pagi.. jangan ditanya apa yang aku buat kat situ.. pendek kata, makan minum mandi kencing berak suma kat situ la.. minggu seterusnya, ada majlis dialog dengan pengarah jabatan pengurusan kat cheras.. lepas tu, kena gi bukit aman lagi.. kali ini ada semakan dengan audit plak.. fuh!! dulu duduk seksyen latihan pun tak penah outstation lama macam ni.. din kata, PT trafik pun ada masuk pejabat, ema.. huhuhu..

macam nak tengok wayang je..


cukup la kot untuk hari ni.. sekadar untuk warm up je.. lagi 2-3 bulan aku update lain ye.. hahaha..


 

♥ bLoG aKu ♥ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino