Tuesday, March 29, 2011

BocaH LaNang



milik siapakah hamper ni?

bukan untuk aku la (just not yet.. hehehe..) tapi kak mira saja letak atas meja aku untuk tatapan dan buat aku rasa macam nak bawak balik jer.. ni untuk firdaus yang telah selamat menimang cahaya mata sulung.. seorang putera bernama (aku pun tak berapa nak ingat, kan aku dah cakap zaman sekarang ni nama bebudak sampai nak tergeliat lidah nyebutnya).. sempat gak gi melawat baby comel tu kat rumah.. tahniah kepada firdaus dan wani..

bila baby boy dah besar, akan tiba masa untuk beliau diwajibkan disunatkan.. merujuk kepada anak kak ana yang telah selamat bersunat pada 16/3/2011 (rabu) di rumahnya di chuping.. ktorg dijemput datang makan tengahari (bab-bab makan ni ktorg memang suka bebeno..) grand dowh, macam pesta kawin.. memula nak masuk pun takut, takut salah rumah.. siap ada khemah, ada deejay..


lepas makan, gi jenguk 'pengantin lelaki' kat atas pelamin.. serius ada pelamin, dan pengantin tengah terbaring dengan kain pelikat tergantung.. hehehe.. selamat menempuh alam dewasa ye dik..


p/s : bocah lanang = 'boy' in javanese..


Friday, March 25, 2011

bUat keJe sekoLa


Suma yang baca blog aku ni suma lepasan sekolah menengah kan? So kalau aku bagi homework soalan matematik PMR form 2 bawah tajuk ‘linear equations’ sure tak de hal punya kan? Aku amik soalan ni dari surat khabar kecik dalam Utusan Malaysia.. Jom kita try test power..


Soalan 1

Jamal’s age is 5 times his daughter’s age. If their different in age is 24 years, find Jamal’s age.

a) 23
b) 25
c) 29
d) 30



Soalan 2

Syuhada has x balls. Salmah has 5 times as many balls as Syuhada’s. If Salmah gives Siti 12 balls and Samie 2x balls, she is left with only 48 balls. Find the value of x.

a) x = 12
b) x = 20
c) x = 48
d) x = 60


errr.. emmm.. aku.. terus letak pensel dan keluar dari dewan peperiksaan.. so sape nak try jawab sila sila la.. jawapan disediakan di bawah.. selamat mengulangkaji kawan2..


..



..



..



..



..



..



..



..



..



..


Soalan 1 - D

Soalan 2 - B

 
disebabkan nak sedapkan hati sendiri (setalah menanggung malu sebab tak reti jawab), aku selongkar surat khabar lama, aku try plak buat exercise untuk budak2 UPSR.. konfiden level yang begitu tinggi..
 
 
 
 
ox tu seladang yek? aku ingat musang (fox).. hahaha.. patut la tak de gambar musang.. malu sih aku..

 
aku tak nak buat soalan2 dalam surat khabar tu lagi.. susah..

 tahniah kepada mereka yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM 2010..
 
 

Wednesday, March 23, 2011

paK + maK meRtua dataNg


pukul 8.45 a.m pegi jemput ayah + ibu kat air port sultan abdul halim.. estimated time of arrival pukul 8.30 a.m tapi ktorg bajet air asia selalu delay so buat rileks je la.. skali on time daa.. 2,3 kali gak la dorang call.. takut beno ktorg tak datang jemput.. lepas tu asben bawak makan nasi lemak kat kedai tepi jalan (tak de rupa nasi lemak pun, macam nasi campur dah)..

* ni departure entrance sebenarnya *


abis makan gi tukar tayar dengan set alignment si kancil.. lepas tu balik rumah, bersiap nak gi kenduri rumah pak mat.. lepas abis kenduri, gi padang besar.. nak gi padang besar lalu chuping.. chuping merupakan kawasan penanaman tebu yang terbesar di malaysia.. ni tebu untuk buat gula tau, bukan tebu untuk minum tu.. tak sama.. dalam perjalanan ada satu laluan masa nak turun bukit tu, scenery dia memang fascinating.. macam dalam lukisan..

sampai kat padang besar, kelihatan banyak bas persiaran.. oo.. lupa, cuti sekolah.. banyak la rombongan cik kiah ke padang besaq ni.. ibu pun tak terkecuali daripada bersikap excited.. baru masuk kedai pertama dah spend RM175 untuk beli baju beliau, kak ngah, sueda dan suen.. aku belikan baju tido untuk fana.. asben belikan baju 'FBI' untuk faan.. ibu kata kalau bawak kak ngah dengan sueda ni konfirm diborongnya satu kedai.. asben suruh tangkap gambar send bagi kat sueda, saja dengki nak bagi dia jeles..

* rabun mata rambang mata *


nasib baik ayah + ibu datang naik flight.. kalau bawak kete, aku rasa beribu gak la abis.. ibu sponser beli tilam baby dengan periuk pengukus.. balik dari padang besar, gi makan ikan bakar kat kuala perlis.. duduk tepi laut tapi air surut so tak feel sangat la suasana laut, tapi sempat menikmati sunset view.. alangkah indahnya..

sok paginya, asben gi keje.. aku gi check up.. ayah + ibu gi rumah member2 lama a.k.a rakan seperjuangan masa keje kat kedah dulu (dorang penah keje kat kedah selama 8 tahun.. jangan la aku kena duduk kedah 8 tahun gak.. cheq tak mau.. huhuhu..) lepas aku abis check up, ayah + ibu amik aku kat kelinik.. lepas tu aku bawa dorang gi makan tengahari kat taman siswa.. ramai orang makan kat situ especially bebudak poli sebab pilihan lauk banyak, murah plak tu..

pukul 2.30 p.m asben balik.. lepas tu bawa gi tesco (datang jauh2, gi tesco.. huhu..) on the way nak gi tesco tu, singgah kat tepi jalan minum ayaq nyiuq.. segelas RM2.50 tapi berbaloi la, 1 gelas 1 bijik kelapa.. balik dari tesco, gi makan ikan siakap bakar kat restoran seri atap kat jitra.. lepas makan, planning nak singgah pasar malam, ayah mengidam nak makan kuih genderam tapi tak sempat sebab time tu dah dekat pukul 8.00 p.m.. flight pukul 9.00 p.m.. nak berkemas lagi..

bila sampai air port, tengok flight delay pukul 9.45 p.m.. lepas tu delay lagi ke pukul 10.45 p.m.. asben dok menguap2 maka ayah + ibu suruh ktorg balik dulu.. babai..

the next day tu tepon ibu.. ibu kata si fana dah pakai baju tido tu.. petang dah pakai, malam kang nak pakai lagi.. tak bagi basuh.. hehehe.. baju tido tu memang selesa pun.. versi budak besar punya pun ada..

* si fana menggayakan baju tido made in thailand *




Tuesday, March 15, 2011

leNggang peRot


entri minggu ni aku mulakan dengan kisah aku balik kampung.. sepanjang minggu lepas aku asik cite pasal opis dan alat-alat tulis je kan.. perasan tak? perasan tak?

tujuan aku balik kampung pada weekend yang lalu ialah kerana eddie kawin.. sape eddie? eddie ialah anak pengasuh asben yang dipanggil abah dan mak mus.. dorang ada menyertai rombongan menghantar masa aku kawin dulu.. eddie siap jadik pengapit asben lagi.. bapak dia plak jawa, dah jadik geng ngomong ngomong dengan bapak aku.. so kalau tak gi kenduri dia, segan la plak kan..

kebetulan kandungan aku dah 7 bulan.. selalunya bila seseorang wanita yang hamil pertama dan kehamilan memasuki usia 7 bulan, upacara lenggang perut akan diadakan bagi memohon keselamatan ibu dan bayi.. mak aku pun penah buat gak dulu, tapi lepas dengar ceramah2 yang mengatakan lenggang perut tu boleh mendatangkan syirik, maka mak aku tak buat untuk aku.. sekadar buat kenduri doa selamat sikit2 sudah..

sehari sebelum balik kampung, aku tepon adik aku suruh order kan kek kat taman perwira.. tujuan aku beli kek ialah untuk celebrate besdet asben 16hb ni.. dulu masa aku nak kawin, aku berkenan sangat kat kek coklat ni yang ada huruf2 terpacak diperbuat daripada coklat putih.. cute sangat kalau dijadikkan hantaran.. tapi memandangkan masa aku kawin dah banyak sangat dapat kek free, maka aku kensel je niat tu untuk mengelakkan pembaziran.. masa aku gi survey dulu, orang kedai tu kata 1 huruf seringgit, tapi disebabkan aku tak nak perkataan H.A.P.P.Y B.I.R.T.H.D.A.Y  tu, aku nak ganti dengan E.M.A & S.U.H.A.I.Z.A.N maka dia tak cas pape.. tak sempat nak tangkap gambar la, tau2 kek tu dah tinggal suku..

berbalik kepada cite lenggang perut, asben kata ada kawan dia tu bini dia orang jawa gak.. buat lenggang perut betul2 ikut adat jawa.. kena mandi bunga berkemban la.. lepas tu kena pecah kelapa.. kalau pecahnya lurus, maka dapat anak lelaki je.. kalau senget, dapat anak pompuan je.. kalau lurus lepas tu senget, maka dapat anak berselang seli, silang bunga namanya.. kelapa plak bukan sebarang kelapa.. kena cari kelapa pertama dari pokok yang belum pernah dikait atau dipetik..

tu adat jawa.. kalau adat melayu, lain plak ceritanya.. lenggang perut adat melayu..

aku ada gak jemput kengkawan aku sorang dua yang duduk dekat2 ni.. thanks so much syura, elly, pecei dan sal yang sudi datang makan2 kat rumah aku.. aku siap pesan, rugi kalau korang tak datang, mak aku masak sedap.. hehe.. menunya memang berunsur kejawaan.. ada sambal tempe, urap, jengkol, telur masin.. selain tu, mak aku ada sediakan ayam masak kicap, gulai daging.. huishhh, ape tu air liur meleleh2 tu.. lap.. lap..

* pecei, syura, aku, elly (mak buyung gak) & fana (anak buah asben) *


tima kasih gak kat mak dengan pak aku yang bersusah payah main masak2 kat dapur tu.. bapak aku panggil ayam penyet, ayam kemek.. adoyai..



Thursday, March 10, 2011

maNa peGi peN aKu


hangin betul bila pepagi nak rekod surat, tengok pen tak de.. pen memang la banyak, tapi tak sedap pakai.. mesti ada pen feveret kan..  kalau nak menulis, nak pen tu gak..

bila dah tak de, maka terpaksa la aku buat spot check dari meja ke meja.. bukannya ilang pun, cuma orang terambil tak reti nak pulang je.. kadang2 dorang tak tau dah terambil pen sape dan tak tau nak pulangkan kat sape.. so aku dah labelkan suma barangan aku.. cap ema..


tapi bila kehilangan pen masih lagi berlaku, maka tindakan yang lebih drastik perlu diambil.. aku buat label besar sket, guna kertas kaler pink lagi (camni drastik ke?).. kalau lepas ni ilang lagi, aku ikat pen aku kat meja macam bank dengan pos opis buat tu..


pen biru tu paling aku sayang.. asben yang beli.. masa tu KFC ada buat charity.. beli pen dengan notepad berharga RM3 dan hasil jualan akan disumbangkan kepada World Food Programme (WFP).. lebih banyak makan, lebih banyak beli, lebih banyak beramal :D



Wednesday, March 9, 2011

keSian koMputer baRu


ari tu tu (aku pun tak ingat bila) aku gi amik set komputer baru kat cawangan logistik mata ayer.. dah la kena amik sendiri.. apadaa.. suma bebudak NKRA dapat seorang sebijik.. setelah berzaman komputer tu duduk dalam kotak jadik bahan pameran atas meja, akhirnya orang2 IT dari bukit aman pun datang pasang.. tu pun kena call, sebab dorang asyik terlupa je nak datang pasang kat tempat aku.. aku rasa macam nak pasang sendiri je tapi dorang kata untuk setup tu ada password yang mana hanya mereka dan keluarga mereka saja yang tahu.. maka menunggu la aku bagaikan bulan jatuh ke (komputer) riba.. hehe..

 * sebelum *

* selepas *


harapkan pc je baru dan cantik tapi internet ilek.. serious shit dorang nak suruh guna pc ni untuk buat keje je.. tapi tak pe.. monitor dah macam HD.. tengok movie time rehat sembahyang jumaat best ni..

pc aku duduk bilik lain, aku duduk bilik lain sebab bilik aku tak de ekon.. bila aku jenguk pc aku pagi ni, tengok ada ashtray atas CPU, mouse pad plak jatuh atas lantai.. sedih aku tengok pc aku diperkotak-katikkan macam tu.. pc baru kott.. have a little respect plis :(



Tuesday, March 8, 2011

misteRi kehiLangan keRtas A4


ari tu baru lepas amik kertas A4 dua kotak.. simpan dalam bilik aku.. sambil2 tu aku pantau sape yang amik aku cas RM2.50.. ok, yang tu aku tipu je..

minggu lepas si siti gatal plak gi amik sekotak simpan dalam bilik dia.. pagi tadi bila nak print, tengok kertas dah abis.. bila nak amik kertas, baru perasan kertas A4 dah tak de.. dengan kotak2 skali lenyap (lenyap = lesap secara senyap).. tanya kak mira, pak chad, en wan.. suma dah menggelabah anak ayam.. dok pusing2 setempat mencari ke mana menghilangnya kertas A4.. since dah desperate sangat nak guna kertas, terpaksa la mencilok sana sikit sini sikit sementara en wan dengan pak chad gi mintak baru kat stor.. nasib baik la orang stor pun tak banyak soal..

1 langkah penjimatan yang bijak ialah print / fotostet guna depan belakang dan guna draft paper je kalau setakat untuk masuk dalam fail.. malangnya, aku sorang je yang buat camtu.. printer / mesin fotostet plak tak canggih mana.. kalau nak print / fotostet depan belakang kena buat manually.. rasa macam dah tak de pilihan je, sama ada nak bazir masa atau bazir kertas.. ke ada cara lain?

so sekarang ada empat kotak A4 di bawah jagaan aku.. aku akan menyelia dari semasa ke semasa.. dua kotak pak chad dah sorokkan bawah meja aku.. harap2 tak berlaku kehilangan yang tak diingini lagi lepas ni.. bilik aku berkunci, bilik siti tak.. so simpan kat bilik aku safe sket.. sabun lux, ajax fabuloso, axion, penyapu sawang, berus jamban pun simpan je kat bilik aku..


* syhhh.. jangan bagitau sape2 tau ktorg sorokkan kertas A4 kat sini *




Monday, March 7, 2011

10 Isyarat Anda Seronot Bekerja


1 - Datang awal ke tempat kerja
Walaupun jarak di antara tempat kerja tidak terlalu jauh dan anda tidak perlu menempuh kesesakan, anda tidak kisah untuk datang lebih awal ke pejabat. Anda berasa bersemangat setiap kali selepas bangun tidur untuk bersiap-siap ke tempat kerja. 


2 - Sentiasa berpenampilan menarik dan kemas
Anda seboleh-bolehnya ingin kelihatan kemas dan menarik sepanjang masa berada di tempat kerja kerana imej turut mempengaruhi cara anda bekerja. Penampilan yang terurus menggambarkan anda sememangnya seorang yang teliti dalam tugas, tidak gemar menangguh kerja dan sentiasa berfikiran positif. 


3 - Tidak berkira kerja lebih masa
Bukan mudah untuk seseorang itu bekerja lebih masa walaupun berbayar. Ini kerana selain tenaga dan fokus yang sedikit lemah selepas seharian bekerja, mungkin komitmen terhadap perkara lain juga harus difikirkan. Namun, anda tidak keberatan untuk bekerja lebih masa dan pada masa yang sama hasilnya cukup efektif. Ini tandanya anda benar-benar enjoy dengan kerja anda.


4 - Menyiapkan kerja tepat pada masa
Anda jarang memberikan masalah kepada ketua kerana sering menyiapkan kerja tepat pada masanya. Malah adakala sebelum due date, anda sudah menyiapkannya dan hasil kerja anda mencapai ekspektasi ketua. Anda juga sentiasa bersedia menerima tugasan yang baru dan diharapkan lebih mencabar. 


5 - Sentiasa senyum
Sebenarnya ramai yang akan perasan dengan riak wajah anda. Jika anda masam mencuka, itu tandanya ada berada dalam keadaan stres, hati tidak gembira dengan tugas anda. Mungkin anda perlu berfikir untuk menukar kerjaya lain yang lebih mebahagiakan anda.


6 - Yakin dan bangga bercerita tentang tugas anda
Hati anda seakan berbunga-bunga setiap kali ada individu yang bertanyakan tentang kerjaya anda. Anda juga begitu bersemangat dan gembira untuk menceritakan tentang tugas-tugas anda dan pengalaman-pengalaman kerja yang pernah anda lalui. 


7 - Bantu orang lain buat kerja
Anda tidak kisah membantu rakan menyiapkan tugasan mereka dengan penuh ikhlas dan tidak mengharapkan sebarang imbuhan. Hati akan berasa puas jika ilmu dan pengalaman yang ada dapat dikongsi bersama orang lain. Tapi awas, jangan sampai ada yang mengambil kesempatan ke atas diri anda. Jika tidak, tidak mustahil anda akan jadi mangsa buli! 


8 - Berusaha memahami visi dan misi syarikat dengan lebih mendalam
Anda antara staf yang kuat menyokong setiap dasar syarikat bagi mencapai visi dan misi. Ini bermakna anda mempunyai kemahiran konsepsual apabila anda dapat melihat dengan jelas cita-cita organisasi anda.


9 - Meja kerja sentiasa bersih dan kemas
Keadaan meja atau tempat kerja anda menggambarkan bagaimana keadaan fikiran anda. Kalau berselerak bermakna fikiran anda juga berserabut. Meja yang kemas dan bersih memberi gambaran anda seorang yang bijak mengurus. Keadaan yang bersih membuatkan anda selesa bekerja.

 * camni ok tak? *


10 - Menjadikan tekanan sebagai satu motivasi
Tekanan atau stres berada di mana-mana dan sesiapa juga menghadapinya. Terpulang kepada individu itu bagaimana untuk menguruskannya. Anda juga tidak terlepas daripada tekanan, namun semangat anda tidak akan luntur semata-mata kerana stres dan anda mahu membuktikan anda mampu menangani stres. Itu tandanya anda benar-benar mencintai kerja yang anda lakukan sekarang ini.


So, anda bagaimana? Adakah ada isyarat-isyarat ini dalam diri anda? Jika ada syabas, diucapkan. Jika tiada, berusahalah mencipta situasi ini agar segala kerja yang kita lakukan tidak dirasakan seperti satu bebanan.

Thursday, March 3, 2011

mukadiMah oraNg meNguMpat


akak nak nasihatkan korang.. bila dengar je mukadimah-mukadimah camni, elok la korang elakkan diri korang dari join sama sebab bukan dapat pahala pun, buat tambah dosa je..


"Eh! Ko nak tau....."

"Eh! Aku dah lama nak jumpa ko. Ko tau tak....."

"Kat sini ko ye, aku memang tengah cari ko ni....."

"Oi! Nak ke mana tu, tunggu la kejap....."

"Aku ada berita best nak cerita kat ko ni....."

"Rapat la sikit, mana boleh cakap kuat-kuat nanti orang dengar....."

"Aku ada benda nak cerita dengan ko ni....."



sumber : Majalah Ujang No. 398 


 * ehem.. ehem.. bukan pompuan je tau.. *




Tuesday, March 1, 2011

seLaMat peNgantiN baRu zaRith & haZriN


* zarith & family *


di kesempatan ini aku ingin mengucapkan tahniah kepada zarith sufiah mustafa kerana telah selamat bergelar isteri kepada hazrin izham abd halim pada 12 feb 2011.. zarith adalah kawan aku masa kat U.. dia ni sememangnya cantik, ramai yang nak tekel dia tapi tak cukup hero.. bukan setakat budak kelas ktorg, malah abang degree yang duduk belakang rumah sewa ktorg yang masuk caklempong skali dengan ktorg pun ada hati kat dia.. ntah2 budak tu yang kawin dengan dia tak.. hahaha.. nanti aku konfirmkan balik..

masa aku kawin, zarith datang kenduri aku.. so bila dia kawin ni, aku sangat terkilan sebab tak dapat nak show up kat majlis dia.. rumah dia kat marang, terengganu.. bukan nak kata jauh.. dulu elly kawin kat kelantan, razlan kawin kat terengganu, aku pegi je.. siap zarith bawak ktorg gi jalan2 lagi, tido rumah dia, rumah kakak dia.. tapi dengan perot yang semakin membesar ni, aku dah tak seaktif masa bujang dulu.. jalan jauh skit, nak terkencing la terberak la.. kenduri belah laki kat kedah, tapi 26hb kebetulan tarikh yang sama dengan kenduri mak mertua aku nak kawinkan abang ipar aku.. huhuhu..

so aku nak minta maap sangat2 kat ko supiah sebab tak dapat datang.. langsir kak leila ko jahit memang cantik :D



 

♥ bLoG aKu ♥ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino