so pada hari merdeka, aku, asben dan kudik nak memerdekakan diri kami keluar dari kepompom rumah.. destinasi bajet yang pertama, c-mart.. memang membajet sebab dynamo 4.7kg dijual pada harga RM18.50 (harga asal RM23.90) untuk 1 hari sahaja.. susu marigold harga asal RM2 jadik RM1.69.. slogan c-mart 'harihari harga rendah' patut ditukarkan kepada 'hari merdeka je harga rendah'..
destinasi bajet yang ke-dua ialah padang besaq.. umum mengetahui bahawa padang besar adalah syurga bagi kaum wanita.. kain, periuk belanga, toto.. sumamuramura.. kalau makanan, pulut hitam dan bubur cha cha memang feveret makcik makcik.. kudik beli mr.bean punya anak patung yang kaler coklet tu, dijual pada harga RM10.. kalau kat souvenir shop kat area klang valley, mau dekat doploh hinggit.. so berkunjung la ke padang besaq atau buat la border pass dengan hanya RM10 dan anda boleh terus pergi ke siam.. oh ya.. jika nak mensoping di sana, adalah lebih baik jika anda pandai berbahasa siam.. boleh tawaq lebih sket.. p/s: setakat reti sebut 'sawadeekap' tu tak termasuk dalam kategori pandai berbahasa siam ye..
destinasi bajet yang ke-last yang memang kelas ialah seafood by the sea.. spot ikan bakar yang femes kat perlis ni tentulah kat kuala perlis.. tiba di kedai ikan bakar mona pukul 6.30 tapi meja yang kat tepi laut suma dah fully booked.. kami mengoder ikan besar masak sweet sour (aku namakan ikan besar je sebab aku pun tak tau ikan pe yang aku amik tu), sotong goreng tepung setengah kilo (tamak tak hingat), kerang bakar, kailan ikan masin, apple juice 1 jug dan air kosong 1 jug.. masa nak bayar tu bajetbajet dalam 100 lebih kot.. skali 70 hinggit ye.. memang berbaloi..
* ocean *
* dawn *
demikian tadi pengembaraan kami dalam mencari erti sebenar kemerdekaan (huh???!!).. dengan penuh semangat patriotisme, kami bangga menjadi rakyat malaysia yang kaya dengan tempattempat yang menarik dan makananmakanan yang sedap.. kepada malaysia, kami ucapkan selamat menyembut hari kemerdekaan yang ke-53..




