Wednesday, September 22, 2010

dip 'N teLL


DIP 'N TELL ialah pregnancy test kit yang boleh dilakukan sendiri di rumah.. caranya ialah dengan mengkencing ke dalam cup yang disediakan (kencing yang dimaksudkan ialah pee, bukan menipu).. lepas itu kita celupkan strip yang disediakan ke dalam cup tadi..

jika ia bersifat alkali, maka ia akan menukarkan kertas litmus merah kepada biru..

(iklan daripada astro tutor tv)

ok, serius.. kalau anda pregnant, strip tu akan menunjukkan 2 line.. maknanya ujian anda positif.. tahniah, anda mengandung(i) baby.. tapi harus diingatkan bahawa ujian ini hanya untuk mengcheck positif mengandung sahaja ye.. jika positif hiv, positif dadah atau alkohol, sila gunakan test kit yang bersesuaian..

* muka depan *


* muka belakang *


so kalau anda berpuasa penuh (macam aku), anda bolehlah membeli pregnancy test kit ini di watson (sebab aku beli kat watson, so aku mention la watson).. the reason why i bought this brand, sebab dapat free pouch yang sangat comel :p

kalau anda masih tak pecaya yang anda dah mengandung dan anda rasa ujian tu positif sebab anda terlebih makan ketupat ke rendang, gi la check kat doktor.. doktor akan suruh kita kencing lagi.. cuma result doktor adalah lebih diyakini dan ada hitam putih yang boleh dipercayai..

bila dah sah mengandung, doktor akan bagi pil asid folik atau folic acid.. ianya penting untuk kesihatan baby.. mula mula tu memang asyik terlupa je nak makan ubat.. hanya 1 biji 1 hari lepas makan nasik..

makan pun kena pantang.. tak boleh makan benda tajam tajam.. bukan pisau, gunting.. tapi nanas, cuka.. kalau nak anak pompuan, banyak makan coklat dan manis manis.. kalau nak anak laki, banyak makan seafood dan benda masin masin.. kalau minum air soya, nanti dapat anak putih.. kalau banyak makan kicap, nanti anak hitam..

tu suma kata kata orang.. kita hanya merancang, ALLAH yang menentukan.. yang penting, baby aku kat dalam ni sihat.. cukup segala zat protein, vitamin dan karbohidrat.. maknya, kena makan buah dan sayur secukupnya.. minum air masak banyak banyak..

tiap tiap hari kudik suruh aku tengok hammy (hamster dia), dia kata supaya nanti anak aku comel macam hamster.. abis, kalau anak aku tak reti duduk diam macam hamster, ko nak jaga?? asben plak sibuk suruh aku buat soalan matematik supaya anak aku nanti genius.. aku men sudoku, kira matematik gak kan.. selain tu, kena banyak tengok tv dan juga banyak men internet (ok, yang tu aku tambah sendiri.. hehehehe..)
 

♥ bLoG aKu ♥ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino