Monday, December 19, 2011

siaran tergendala


saya menghadiri kursus bahasa inggeris selama seminggu. harap maklum.

pembetulan.

saya menghadiri kursus bahasa inggeris selama sehari sahaja kerana yang lagi 4 hari saya mc. demam. harap maklum.


gambar hiasan



Friday, December 9, 2011

kenapa tak de panggung wayang kat perlis


semalam gi taklimat SBPA.. asalnya aku kena gi dengan tuan wan, tapi lepas aku pujuk tuan wan baik punya, maka linda pun kena pegi.. yey! ada geng.. taklimat ni untuk SBPA PDRM.. pekeliling untuk UMUM, GURU dan PDRM lain-lain.. taklimat untuk yang UMUM dibuat pada masa yang sama kat dewan warisan tapi disebabkan aku dengan linda kena buat kew 8 untuk anggota maka ktorg kena gi yang PDRM punya la..

aku memang nak ajak linda sebab kalau aku blur-blur, linda boleh tolong backup.. orang-orang kat opis dah pesan berkali-kali, gi dengar elok-elok, nanti balik terang kat kami plak.. nasib baik la aku bawa backup, sebab agak malang aku duduk sebelah akak yang terlebih peramah yang ajak aku sembang memanjang.. aku dah tunjukkan tanda-tanda tak berminat tapi dia tak paham-paham gak dan terus bercakap ibarat arnab bateri energizer.. akibatnya, ada la yang aku tak paham dan membawa kepada tak paham kepada banyak perkara-perkara yang lain.. huhuhu..

taklimat ni buat kat dewan capitol.. capitol tu macam nama panggung wayang je kan.. hah, memang pun.. dulu ini la satu-satunya panggung wayang yang ada kat perlis ni.. tapi dah tutup tahun 1998 dan filem terakhir yang ditayangkan ialah leftenan adnan..

sebab musabab panggung wayang ni ditutup, aku pun tak pasti.. aku tanya sarjan harith, dia kata, "nak tengok wayang, jitra ada, alor setar ada" (tak menjawab soalan aku pun).. aku tanya lagi.. dia jawab, "dulu aku masuk keje pukul 6.. pukul 6.05 aku keluar gi tengok wayang dengan member-member.. tengok kat tingkat atas tuu.. kat projektor tuu.." ish, orang tua ni, aku tanya lain dia jawab lain.. "tok wan, saya tanya betul-betul ni.. kenapa perlis tak de panggung wayang?" dia jawab, "mana ada orang nak tengok wayang kat perlis ni.. buat rugi je".. hmmmm, ye ke?

kalau tak, boleh gi tengok ombak rindu time sembahyang jumaat camni.. huhuhu..

Wednesday, December 7, 2011

carian terhangat di google malaysia sepanjang 2011


Dengan semua mula mengeluarkan data berkaitan carian terhangat pada platform masing-masing, kini Google Malaysia turut sama telah mengeluarkan data berkenaan carian terhangat pada platform mereka, memperlihatkan pelbagai trend carian menarik oleh para pengguna tempatan, daripada carian berita, selebriti sehinggalah kepada carian blog melalui enjin carian Google.

Terma Carian Yang Meningkat Naik Dengan Pantas

Facebook
Angry Birds
Maharaja Lawak
iPhone 5
Samsung Galaxy
iPad2
Jawatan kosong
Android
Tonton
Aishiteru

Carian Yang Meningkat Naik Dengan Pantas Berkaitan Orang

Bruno Mars
Cikgu Shida
Avril Lavigne
Anwar Ibrahim
Justin Bieber
Rihanna
Ustaz Kazim
Hanis Zalikha

Carian Berita Paling Popular

ipad 2
Malaysian grand prix
Kennedy space center
Kentucky derby
Japan nuclear crisis
MTV movie awards
Michael Jackson funeral
Malaysian open
Thailand flood
Malaysia budget 2012

Carian Imej Paling Popular

Justin Bieber
Background designs
Fixie bike
Domo Kun
Monster energy
Supra shoes
Jules Verne
Smiley face
Kartun muslimah
Chelsea Olivia

Carian Persoalan Paling Popular

what is bersih
what is g6
what is ppvrip
what is ipad
what are words
what is jailbreak
what is android
what is lmao
what is hacking
what is information

Carian Rancangan TV Paling Popular

ANTM
x factor usa
american idol 2011
amazing race 18
tvb drama 2011
nagamma serial
supernatural
bones season 7
Al Jazeera
My Princess

Carian Destinasi Perlancongan Antarabangsa Paling Popular

Kowloon/Hong Kong
Su Mei Island, Thailand
Phuket Island
Bangkok
Maldives
Disneyland Hong Kong
Taipei
Paris Disneyland
New York
Caribbean

Carian Blog Paling Popular

Blog Serius
Beautifunara
Papagomo
Jejariruncing
Honeykoyuki
Oh Bulan
Kari ngeri
Malaymoviesfull
My Resipi
IniBelogSaya

Tuesday, December 6, 2011

14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura


Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura
(10 Muharram 1433H, bersamaan Selasa, 6 Disember 2011)
 


1. Puasa 
Fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka. 

Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'


2. Sembahyang sunat empat rakaat pada waktu asar
Fadhilat - Diampunkan Allah dosanya selama 50 tahun terdahulu dan terkemudian.
Niat - 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala'. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca surah Al-Ikhlas sebelas kali.


3. Mandi Sunat 
Fadhilat - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu 
Niat - 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'



4. Memperbanyakkan Zikir dan Selawat
"has biallahhu wa nik mal wa keel wa nikmal maula wa nikmannaseer"
Fadhilat - Tidak mati pada tahun ini.


5. Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali
Fadhilat - Doanya dimakbulkan Allah dan Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.


6. Bersedekah 
Fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.


7. Melapangkan masa / belanja anak , suami dan isteri 
Fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.


8. Menjamu dan memberi minum kepada orang
Fadhilat - Allah akan memberi seteguk air pada hari akhirat dimana dengan seteguk air itu tidak akan haus buat selama-lamanya.


9. Menjamu orang berbuka puasa 
Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.


10. Memuliakan fakir miskin 
Fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.


11. Menyapu / mengusap kepala anak yatim 
Fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.


12. Berbuat baik terhadap anak yatim pada hari Asyura
Fadhilat - seolah-olah ia telah berbuat baik kepada semua anak yatim.


13. Menziarahi orang sakit
Fadhilat - Pahalanya seolah-olah ia telah menziarahi semua orang yang sedang sakit.


14. Menziarahi orang alim (banyak ilmu) dan belajar sesuatu ilmu daripadanya
Fadhilat - Pahalanya seperti orang Muhajirin dan Ansar.


15. Menahan marah 
Fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.


16. Menunjukkan orang sesat 
Fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.


17. Memelihara kehormatan diri 
Fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.


18. Sunat menginai dan mengerat kuku


19. Sunat bercelak mata
Fadhilat - InsyaAllah tidak terkena sakit mata atau matanya dilindungi Allah daripada perkara maksiat.


20. Memperkukuhkan silaturrahim 
Fadhilat - Menziarahi saudara mara, menghubungi dan bertanya khabar keluarga dan rakan-rakan, Insya Allah dipanjangkan usianya.


Masyarakat Islam turut percaya akan berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharram:





Monday, December 5, 2011

candy room


 comelnya kedai jajan ni.. kalau la ada kat malaysia, hari-hari aku datang..









Friday, December 2, 2011

ko gi keje makan je kejenya


insiden no.1
aku memasuki perkarangan ipk.. tiba-tiba aku perasan ada kereta lalu tepi aku dengan begitu slow skali.. aku dah pegang beg kuat-kuat, takut kena ragut.. tapi ni dah masuk dalam kawasan polis, ada yang berani nak ragut ke?? tiba-tiba tingkap kereta dibuka, aku toleh.. kereta polis.. alamak, tatatertib ke? aku tak pakai pas! ah, sudah! "bawa nasi goreng ka pagi ni cik kak??" aku pun, "hah?? err, nasi lemak je.." yang aku pun gi jawab buat pe.. senyum dah la..

insiden no.2
nak naik opis tu, ada kerete viva benti.. macam kenal.. KCU ****.. eh, kereta kak zue.. sekali kak ita turun.. biasa la kak ita dengan mulut bertih jagung dia tu.. "tadi kak ita nampok bah lalu.. kak ita dok ingat mesti ema naik bah ni ni.. awai naa bah la ni.. beli apa tu? kak ita tadi pi beli makan kat taman ira..... bla..... bla...." lama lepas tu baru aku jawab, "saya beli nasi lemak dengan mihun dekat dengan rumah saya"..

insiden no.3
aku nak amik kunci kat bilik ccc.. ada en azmi dengan pegawai bertugas sape ntah aku pun tak kenal.. aku masuk, bagi salam.. en azmi kata, "aik, awai ari ni".. aku jawab, "saya naik helikopter.. tak jem".. lepas tu pegawai bertugas tu plak cakap, "bawa bekai apa tu?" aku pun jawab, "macam-macam ada.. ada nasi lemak, mihun, roti, air.." dah macam orang jual kuih plak aku ni..

kenapa suma orang tegur beg yang aku bawa pagi ni? malu la aku.. aku bawa makanan gi keje pun salah ke? huhuhu..

 nampak beg ni macam banyak makanan ke?


ni je punnnn..


nasi lemak dengan mihun tu untuk sarapan.. roti-roti tu untuk minum petang.. minum pagi makan popiah, kak siti belanja.. lunch makan nasi kerabu, sin chan tolong beli.. banyak sangat ke aku makan? dulu orang penah cakap kat aku, "ko ni gi keje, nak keje ke, nak makan"..  huhuhu.. aku nak mogok lapar la camni..





Thursday, December 1, 2011

no hrmis for today


hari ini kerja aku adalah seperti berikut:

1 - buat kew 8 untuk anggota-anggota yang dapat APC
2 - minta slip gaji dorang depa
3 - masuk roll call
4 - temankan kak faizah gi JPN amik ic si fiffy
5 - oter minit mesyuarat penyelarasan banjir yang PT trafik dah semak
6 - tolong cik lau buat laporan nak hantar gi bukit aman
7 - tolong buat failing
8 - makan, baca paper dan sembang-sembang (3 in 1)
9 - update blog :D
10 - balik.......


tengkiu PTG sebab bagi jajan sempena kenduri anak dia sabtu lepas.. sori la tak dapat datang sebab jauh, kat taiping.. aku sempat gi kenduri anak pak ku kat beseri, hari yang sama gak.. aku ingat dekat, tengok dalam pelan macam senang, rupanya masuk dalammmmmm tuh.. asben kata kampung punya kampung.. nak sampai ke padang besar dah.. sampai sana parking tak de.. tayar plak sangkut kat tanah mendap.. terpaksa minta tolong budak-budak silat tu tolong tolak.. si iman plak pampers dah overload, kencing kuat.. adoi, macam-macam hal.. pape pun, selamat menerima menantu dan semoga cepat tambah cucu kepada tuan rosly dan encik ku abdul rahman..

oh, gula-gula cloud 9 yang tersesat sorang-sorang tu cik lau bagi sebab aku tolong dia buat keje pakai excel :)


 

♥ bLoG aKu ♥ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino