Wednesday, January 9, 2013

Juara Lagu : Ekspresi Seni


kalau tahun lepas juara lagu kita menyanyi pakai seluar track, tahun ni juara lagu kita menyanyi sambil minum nescafe.. pulakkkk..


kita minum duluuuu..


hanya dengan memegang cawan berwarna merah, aizat menyampaikan lagu terukir di bintang dengan baik dan tidak mengecewakan, ditambah dengan susunan muzik melayu yang cuba ditonjolkan oleh AG Coco..

aizat memberitahu idea memegang cawan di atas pentas datang daripada komposer, adnan abu hassan.. aizat cakap, 'sebenarnya masa raptai saya teringat cikgu adnan abu hassan beritahu, minum kopi sebelum buat persembahan.. jadi, saya cuba sebab tak pernah cuba sebelum ini.. kebetulan pula video yuna di belakang itu sedang minum kopi.. jadi, saya rasa bagus untuk saya ‘cheers’ bagi dia kan..'

sementara itu, AG Coco memberitahu, susunan muzik yang dibuat berkonsepkan melayu, bukan perancis.. dia kata, 'sebenarnya saya nak melayukan lagu ini, tetapi orang lain fikir ia perancis, jadi saya pun macam, ya lah perancis..'

ooo.. ingat nak buat konsep ala-ala iklan perfume enchanteur gitu.. sudah tukar kaa??




Juara-juara Lagu:

1986 – Sekadar Di Pinggiran (Francesca Peter)
1987 – Menaruh Harapan (Zaiton Sameon)
1988 – Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatiku (Ramlah Ram)
1989 – Isabella (Search)
1990 – Janji Manismu (Aishah)
1991 – Takdir Dan Waktu (Mega)
1992 – Pada Syurga Di Wajahmu (Nash)
1993 – Teratai Layu Di Tasik Madu (Fauziah Latiff)
1994 – Tanya Sama Itu Hud Hud (M. Nasir)
1995 – Cinta Beralih Arah (Aishah)
1996 – Jerat Percintaan (Siti Nurhaliza)
1997 – Ghazal Untuk Rabiah (M. Nasir & Jamal Abdillah)
1998 – Cindai (Siti Nurhaliza)
1999 – Andalusia (M. Nasir)
2000 – Balqis (Siti Nurhaliza)
2001 – Mimpi Laila (Yasin)
2002 – Keliru (Nurul & Ajai)
2003 – Bunga-Bunga Cinta (Misha Omar)
2004 – Rela Ku Pujuk (Spider)
2005 – Gemilang (Jacyln Victor)
2006 – Terlalu Istimewa (Adibah Noor)
2007 – Itu Kamu (Estranged)
2008 – Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussain)
2009 – Pergi (Aizat)
2010 – Tolong Ingatkan Aku (Ana Raffali)
2011 – Awan Nano (Hafiz)
2012 – Terukir Di Bintang (Aizat)


kering pulak tekak aku lepas nyanyi ni..



Tuesday, January 8, 2013

benda baru di tahun baru


1. baju baru
baju kurung pahang.. my first ever baju kurung pahang.. cantik.. kaler kelabu, ada pink-pink sket.. cantik.. pakai dengan tudung yang ada bling-bling atas kepala tu.. can.......... (ok, ok tahu).. beli kat takzim, dapat free kalendar.. plan dengan linda nak pakai baju baru sama-sama ari ni.. tapi biasa la, janji melayu.. linda kan melayu.. huhuhu.. linda kata sok ko pakai la lagi baju baru.. ingat tiap-tiap ari aku ada baju baru ke.. apadaaa..


2. budak baru
jumaat lepas opis ktorg menerima kehadiran dua orang konstabel baru.. frankey dan hallman.. dorang dari sarawak, bukan dari australia.. nama je ala-ala western sket.. pandai bahagian perjawatan bagi dua orang, so aku dengan linda tak yah berebut.. huhuhu.. si frankey tu baru je masuk islam 26hb lepas, masa tengah rekrut.. nama baru dia faris.. kepada faris dan hallman, selamat datang dan selamat bertugas.. jangan malas-malas tau.. kalau ada pape, jangan segan-segan nak tanya akak saya ye ;)


3. telepon baru
mintak henpon, dapat moto.. gempak tak? henpon lama memang dah tak boleh diselamatkan lagi.. ibarat doktor keluar dari bilik bedah, tunduk lalu geleng kepala.. maka sudah tiba masanya untuk aku cari teman pengganti.. lama dah bagi hint kat hubby tapi dia buat-buat tak paham.. letih aku.. akhirnya, kefahaman tu datang, maka dia belikan aku sebuah moto........rola atrix 2.. tak penah dengar? tak penah dengar tak bermakna henpon tu tak elok.. (aku copy paste sebijik-sebijik kata hubby).. aku tak kisah la.. orang dah belikan, cakap banyak plak kan.. tengkiu abg..

 si henpon dan bajunya yang dibeli di parkson (kena bagitau ke?)


4. tempat baru
tau tak, bukan kat selangor je tau ada sunway.. kat penang pun ada.. aku pun baru tau ni.. nama dia sunway carnival.. sepupu sunway pyramid.. aku ingat kat carnival tu ada funfair.. rupanya shopping complex.. memang heaven la (kalau ko ada duit la).. kalau tak de duit, tak dapek den nak nolong.. macam aku la.. aku shopping ikut tingkap je sebab duit tak berapa nak ada.. lagipun yang pertama, dah setting dalam kepala nak beli casing henpon, so tak ada rasa nak beli benda lain.. lagipun yang kedua, iman dah stat datang angin dia, ngantuk la tu.. so balik je la..

macam hotel kottt...


5. makanan baru
first time makan mi udang.. err, kesian ko ema.. betul, aku tak penah makan mi yang ada udang sebesar penumbuk atas mi.. ada 4 ekor plak tu.. hidangan ni aku namakan 'ada mi disebalik udang'.. memang terbaik laa.. kuah dia pekat, rasa manis udangnya.. lokasi di sungai petani.. tepi laut.. kalau pegi time sunset memang romantik.. tapi kalau pegi lepas sunset, maka ridsect la jawabnya.. nyamuk dia punyalah banyak.. kita kenyang makan mi, nyamuk pun kenyang makan darah..


sekian saja 5 rencah 5 rasa :D



Tuesday, January 1, 2013

a new day has come


tengah kelebet-kelebet kalendar 2012 buat kali terakhir sebelum di’tong sampah’kan, tetiba terbaca kat sudut kalendar tu, ‘value has a value if its value is valued’.. emmm, kata-kata yang sangat bermotivasi kan.. camne aku boleh tak perasan sebelum ni.. nampak itik je kwek kwek.. tu la, tengok kalendar pun time nak tau bila cuti umum, bila cuti sekolah, bila nak cuti, bila nak gaji.. apadaa aku.. tak pe la.. bak kata orang putih, better late than never.. mungkin boleh dijadikan aspirasi di tahun 2013 ni.. marilah sama-sama kita tongkat dagu atas meja, renung-renungkan dan amal-amalkan..




January – happiness is to be shared

February – there is only one happiness in life, to love and be loved

March – the most powerful and predictable people and team builders are praise and encouragement

April – leadership is the capacity to translate vision into reality

May – the secret of happiness is to admire without desiring

June – manage by responsibility. it is a powerful way to grow people

July – the crisis of today is the joke of tomorrow

August – thus all below is strength, and all above is grace

September – to lead people, walk behind them

October – a man’s fortune must first be changed from within

November – the deepest principal of human nature is the creaving to be appreciated

December – value has a value if its value is valued


azam tahun baru? emm, kalau azam tahun baru aku tak nak buat azam, boleh tak? just go with the flow.. hihihi.. nanti la aku pikir.. buat masa ini, aku tak de mood.. sebab..  ari ni.. orang lain cuti.. tapi.. tapi.. perlis tak cuti.. wachaaaaaaaaaa..

google ingin mengucapkan.......


SELAMAT TAHUN BARU!


 

♥ bLoG aKu ♥ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino