hot chat kat hot fm pagi ni cite pasal gigitan.. setakat ni aku dengar caller suma kena gigit dengan binatang la.. tak dengar lagi orang kena gigit drakula ke, orang gila tepi jalan ke, atau kena gigit dengan anak sendiri sebab tak mo belikan mainan..
fara, faizal dengan AG buka topik ni sebab dalam dua surat khabar yang berlainan ari ni melaporkan ada seorang budak yang kena serang dengan 4 ekor anjing sampai putus telinga.. lagi 1, ada seorang budak yang pengsan selama setengah jam sebab kena gigit semut api kat siku.. huhuhu..
aku pun nak share cite aku penah kena gigit binatang.. kalau setakat kena gigit nyamuk tu tak yah cite la.. especially bila makan kat kedai iman char koey teow kat alor setar.. tangan kanan pegang garpu, tangan kiri menggaru.. hahaha.. aku dengan asben je la yang tahu.. kena gigit pacat pun penah, masa jadi urusetia kem kecemerlangan kat IBD Lanchang.. pacat ke lintah ntah.. tak nak ingat balik la, ngilu.. gggrrrr..
dulu masa kecik penah kena gigit lipas, selalunya kat bibir.. tu la, sebelum tido tak nak cuci gigi.. lepas tu sok paginya, bibir tebal macam ning baizura.. huhuhu..
kali kedua kena gigit lipas tahun 2009 nak dekat puasa.. lipas gigit kat leher.. betul, bukan nak cover lovebite ke hape.. aku memang yakin tu lipas sebab aku sempat tangkap dan picit.. busuk dowh.. lepas tu aku demam.. teringat kat cite 'the fly'.. lepas tertelan lalat, dia terus jadik lalat.. yekk..
gi jumpa doktor, doktor bagi ubat sapu.. dapat mc, balik rumah, tido.. dalam pukul 2 petang aku bangun, tengok muka aku naik merah2.. aku betul2 ingat aku akan jadik the fly.. terus tepon bapak dengan nada nak nangis.. bapak aku datang amik.. the next day bawak gi klinik lim (doktor kegemaran family aku).. rupa2nya aku kena ciken pox.. hahahaha.. macam bodoh je rasa..
lagi kes kena gigit.. masa tu aku sekola darjah.. bangun tido je tengok ibu jari kaki berdarah.. sampai sekarang aku tak tau sama ada tu angkara tikus or lipas.. tapi kalau lipas gigit takkan berdarah kot.. ke tak de sape2 gigit, cuma berdarah sebab kena bucu katil.. hahaha.. apadaa aku, tuduh binatang tanpa asal usul periksa..
masa sekola menengah plak, aku masuk merentas desa.. buat2 lari dalam 10 minit je.. lepas tu semput, tercungap2 macam dah lari 10 km.. benti kat orang jual air kat tepi jalan.. lepas tu ada angsa ni dengki yang amat, dikejarnya ktorg.. tak pasal2 terpaksa lari laju dan dapat point untuk rumah sukan.. hahaha.. rasanya guru besar dah upah angsa ni, kalau ang nampak sape2 yang malas lari dan jalan macam kat shopping kompleks, ang kejor ye..
dengan kucing, aku tak penah ada sejarah kena gigit.. kena cakar tu ada lah.. aku cuma nak alihkan makanan tapi kucing tu ingat aku nak amik makanan dia.. blah la..
kat kampung, belakang rumah aku ada monyet.. jiran aku plak bela anjing untuk menakut2kan monyet tu.. adoyai..
* makan monyet?? pic credit to oh media! *