jumaat lepas ada mesyuarat perkep.. suma para-para wanita dipaksa pegi, so kena pegi la.. sebelum gi mesyuarat, pegi shopping kat c-mart dulu.. baru dapat gaji kan.. beli snowy mountain.. tapi tak sempat nak makan.. so tumpang simpan kat peti ais rumah kak faizah dulu..
sampai kat dewan perumahan seriab, register.. dapat doorgift iaitu pengupas kentang/carrot dan tupperware kecik, juga buku aturcara program berserta nombor cabutan bertuah 054.. dewan dah la panas, berucap tak abis-abis.. belakang aku dah lencun, peluh.. camne nak pegi depan ni kalau dapat cabutan bertuah n? eceh.. ceh.. ceh..
salah satu hamper berikut bakal menjadi milik aku (mulut kumat kamit baca jampi)..
seketika kemudian..
.
.
.
.
.
054!!
.
.
.
.
.
waaaaaaa!!! no aku!!!
aaaaaaaaa!! maluuuu.. kena gi depan amik hadiah.. suma orang pandang.. (bergedik)
>.<
unfortunately, aku tak dapat hamper.. so korang tak boleh la nak paw jajan-jajan..
aku dapat ini.. apakah ini??
teko bancuh ayaq!! siap dengan penapis kot nak buat kopi o ke.. so bendalah ni aku namakan coffee maker boleh??











