Monday, August 22, 2011

best bestday


bangun tido sebagai seorang yang berumur 27 tahun.. alhamdulillah, ALLAH masih memberi aku kesempatan untuk terus menjadi penghuni di muka bumi ini.. celik mata je, mesti cari iman.. suka sangat cium dia waktu baru bangun tido tu.. dengan bau masam air liur basi, peluh, susu.. belum lagi bau masam pampers.. fuhhhh, refreshing..

semalam aku bawa iman gi check up yang ke-3 bulan.. kat klinik, nurse buka kad rekod kesihatan baru untuk iman sebab kat selangor pakai buku, tebal.. kat kedah pakai pamplet je.. tak kisah la.. masa nurse nak tulis no i/c aku, dia kata, "oh, today is your birthday naa.. hepi birthday".. "tengkiu", jawab aku termalu2..

buka puasa asben belikan KFC.. juga kek secret recipe pelbagai perisa 1 slice setiap satu.. ada expresso, banana, indulgence, butterscotch dan beberapa flavour lain yang aku pun tak tau.. dengan air teh tarik 1 jug aku buat untuk aku minum sorang.. terbaekk!! tak de majlis sambutan yang meriah2 pun.. cukup dengan kehadiran asben, mak, kudik and most of all, baby iman walaupun dia tak tau pun hari tu besday ibu dia.. but you know what iman, you are the best thing i ever had.. best besday present ever..

 * apa heran secret recipe kat sebelah.. tido lagi best *





Friday, August 19, 2011

kau ILHAMku


marhaban ya ramadhan.. hari yang ke-19 sudah..

post dimulakan dengan ucapan selamat menunaikan ibadah puasa kepada mereka yang berpuasa.. mereka yang berpuasa sahaja ye..

dah gatal sangat tangan ni nak update blog.. nak tau kenapa blog ni dah berkarat? sebabnya ialah..

* alololo.. anak sape la yang comel ni *


i'm welcoming my wonderful son!!

MUHAMMAD ILHAM IMAN..

lahir pada 13 Mei 2011 @ 9 Jamadilakhir 1432H hari jumaat pukul 6.38 petang di Hospital Banting dengan berat 3.3kg.. gambar ni masa umur dia 4 hari..

alhamdulillah hi rabbil alamin.. telah KAU permudahkan segala urusan sebelum, semasa dan selepas bersalin..





p/s : macam tak pecaya dah jadi ibu    ;D





 

♥ bLoG aKu ♥ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino