Wednesday, August 25, 2010

ciK aLam seMesta


 Miss Universe 2010
Jimena Navarrete (Mexico)
Age: 22


 Miss Universe 2009
Stefania Fernandez (Venezuela)
Age: 18


Miss Universe 2008
Dayana Mendoza (Venezuela)
Age: 22


Miss Universe 2007
Riyo Mori (Japan)
Age: 20


Miss Universe 2006
Zuleyka Rivera (Puerto Rico)
Age: 18
  

Miss Universe 2005
Natalie Glebova (Canada)
Age: 23


Miss Universe 2004
Jennifer Hawkins (Australia)
Age: 20


Miss Universe 2003
Amelia Vega (Dominican Republic)
Age: 18


Miss Universe 2002
Oxana Fedorova (Russia) - Dethroned
Age: 24
  
 Justine Pasek (Panama) - Replacing
Age: 22 


 
Miss Universe 2001
Denise Quinones (Puerto Rico)
Age: 20


Miss Universe 2000
Lara Dutta (India)
Age: 21



 p/s : Miss Universe 2010, the 59th edition of the pageant, was held in Las Vegas, USA on 23 August 2010.





Monday, August 23, 2010

haRi haRi yaNg diNantiNantikan


setiap tahun terdapat beberapa hari yang sangat kita nantinantikan.. antaranya ialah hari hujung minggu, hari cuti, hari gaji, hari raya dan hari jadi..


hari hujung minggu terdiri daripada hari sabtu dan hari ahad.. atau di negeri kedah dikenalpasti sebagai hari jumaat dan hari sabtu.. biasanya hari hujung minggu ialah hari untuk kita bermalas-malasan dan bangun pukul 12 tengahari.. walau bagaimanapun, hari hujung minggu juga menggalakkan kita untuk mengemas rumah dan menghabiskan masa bersama keluarga.. setelah berakhirnya hari hujung minggu, maka secara otomatik hari isnin akan menjadi hari malas sedunia.. bohong sape yang kata tak betul.. wekk..


hari cuti ialah hari di mana kita tidak perlu pegi bekerja.. kalau kita pegi juga, itulah yang dinamakan silap hari bulan.. hari cuti adalah hari yang sangat dinanti-nantikan kerana ia merupakan tambahan kepada cuti hari minggu dan kita dapat ber'relaks' dengan lebih lagi.. namun hari cuti juga berbeza-beza ikut negeri.. nuzul quran merupakan cuti umum bagi negeri perlis dan selangor ku sayang, tapi bukan di kedah dan putrajaya.. putrajaya mempunyai cuti hari wilayah dan kedah mempunyai cuti awal ramadhan tetapi perlis tiada.. paham tak ni..

hari gaji ialah hari di mana kita mendapat upah yang sewajarnya di atas hasil usaha dan sumbangan kita terhadap organisasi.. apabila hari gaji telah tiba, maka mesinmesin ATM dan pasar raya tesco bakal menjadi tumpuan umat manusia.. telah diumumkan barubaru ni bahawa kakitangan kerajaan dan pesara bakal menerima duit raya sebanyak RM500 pada 1 september nanti..yey!!

hari raya dengan hari jadi aku cite lain la..


kesimpulannya, 1,7,8,14,15,21,22,28,29 adalah hari hujung minggu.. 27, 31 adalah hari cuti.. 25 adalah hari gaji.. dan 21 adalah hari jadi.. livin' la vida loca..



Sunday, August 22, 2010

i'M ListeNing tO....


NEWLY ADDED
beautiful monster – ne-yo
halo & walking on sunshine – glee cast
airplanes – B.O.B feat hayley williams
club can’t handle me – flo-rida feat david guetta
love the way you lie – eminem feat rihanna
need you now – lady antebellum
world behind my wall – tokio hotel
goodbye – secondhand serenade
hush hush (remix with i will survive) – pussycat dolls

IN THE COLLECTION
love remains the same – gavin rossdale
all i ever wanted – kelly clarkson
ridin' solo – jason derulo
in my head – jason derulo
when i look at you – miley cyrus
the last song – miley cyrus
eenie meenie – justin bieber feat sean kingston
what you waiting for – mizz nina feat colby o’donis
neutron star collision (love is forever) – muse

MALAY SELECTION
seperti yang ku jangka – KRU
jalanmu bukan jalanku – andra and the backbone
gemersik – krisya
mencari sinar – lefthanded
terbakar cemburu – padi

COOL VIDS
the fire - the roots feat john legend (penjajah yg sangat kejam)
beautiful monster - ne-yo (ala2 the matrix)
misery - maroon 5 (awek yang sangat ganas)
love the way you lie - eminem feat rihanna (in this vid : Megan Fox and Dominic Monaghan from Lost)


p/s : let the music heal your soul :)

Friday, August 20, 2010

caNtik


aduhai..

alangkah indahnya seandainya..

aku adalah insan yang bergelar si CANTIK..

segala tutur kata, ucapan yang terbit itu..

umpama si buluh perindu yang merindukan pencintanya..

namaku ini menjadi sebutan dan aku menjadi rebutan..

akan insan-insan yang bergelar rijal itu..



aduhai..

andailah aku si CANTIK itu..

entah mengapa, kadangkala hatiku ini terdetik..

apalah gunanya cantik itu..

seandainya hatiku ini tidak di basuh dengan inayahmu..

seandainya tutur kata yang terbit dari bibirku ini..

hanya ku mulai dengan kata-kata nista..

setiap langkah yang di atur bukanlah ikhlas kerana Mu..



aduhai..

akukah si CANTIK itu..

yang mempamerkan sebahagian daripada asetku..

bukan untuk insan yang berhak untukku..

yang sanggup berhabis gaya tanpa memperdulikan halal haramnya..

melirik manja, menyentap nafsu si durjana-durjana itu..



aduhai..

akukah si cantik itu..

oohh tuhan...

bimbinglah aku..

basuhlah aku dengan inayahmu..

jadikan aku si cantik yang indah pada tutur kata..

dan jadikanlah jua aku si cantik yang mengamalkan ajaranmu..

kerana..

aku ingin menjadi seorang wanita yang CANTIK..

bukan sahaja pada parasku..

akan tetapi pada agama MU..

sesungguhnya aku adalah SEORANG WANITA YANG CANTIK..




hasil karya,
Fathin Nadirah ( 6stam 2 )
 
 
dipetik dari www.samtsh-badar.blogspot.com

Wednesday, August 18, 2010

#$@%&$ di baZar


ramadhan mengajar kita untuk lebih bersabar.. tapi kalau orang dah kuang ajaq, camne nak sabar lagi kowt..

semalam gi bazar.. dengan letih, hujan lagi.. ok sabar.. dah la parking jauh, terpaksa menapak kat tengah2 lalu lintas yang sibuk.. ok sabar.. dah pusing bazar 2 round still tak tau nak beli pe.. ok sabar..

makcik penjual ni plak, dah tau ari hujan mesti la air penuh atas payung/khemah dia.. yang dia sebokkk nak jolok air tu buat pe.. konfirm la air tu mencurah.. jatuh atas aku plak tu.. aaaarrrrrggghhhh!!! kuang ajaq.. abis lencun baju aku..  nak marah, orang tua.. minta maap pun tak.. macam tak buat salah je.. sakit ati aku.. menyumpah maki segala.. tak kira dah.. terus ilang mood aku nak beli makanan.. baju dah basah.. lagi nak jalan2 ke..

bila marah, aku jadik rajin masak.. sampai rumah pukul 7.30 pun mensempatkan diri masak nasi, masak sardin makarel dan taucu kangkong.. kesudahannya, berbuka pukul 8.. dammitt..


p/s : istighfar banyak2 ok ema T.T

Tuesday, August 17, 2010

cLeanLiness iS haLf oF faitH


di bulan puasa ini marilah kita sama2 muhasabah diri dan cuba menghargai orang di sekeliling yang banyak memberi sumbangan dalam kehidupan seharian kita sama ada secara langsung atau tidak langsung.. kita mulakan dengan makcik cleaner..

di bulan puasa ini, makcik cleaner mesti penat.. so kita kurangkan la buat sampah.. macam kat sini, disiplin anggota trafik begitu tinggi, kami tak pakai khidmat cleaner pun.. dari sapu sampah ke buang sampah ke cuci tandas ke cuci motor suma kami buat sendiri.. aku pun rajin menyapu bilik.. aku banyak buat filing, so punch kertas sampai benda kecik2 tu berterabur seluruh bilik.. nak pakai vacuum, vacuum tak boleh pakai.. bila on je, bukan sedut habuk, tapi kuarkan habuk (reverse psychology namanya).. abis satu bangunan jadi kelabu2 asap.. uhuk uhuk huk..


toilet aku comel.. nama dia bilek ayer.. klasik gitu.. toilet share laki pompuan.. jangan buat jakun, kat umah pun toilet share gak kan kan.. toilet ni ada 2 pintu, pintu luar dan pintu dalam.. so kalau kami yang guna toilet ni, kami akan kunci pintu luar dan pintu dalam.. tapi kalau orang luar yang guna, dorang akan kunci pintu dalam je.. sebab pintu luar ada sinki untuk basuh tangan..

al-kisahnya, pada satu hari aku masuk toilet.. dengan konfidennya terus tutup pintu luar.. tiba2 ada lelaki kuar dari pintu dalam.. aaaaaaaaaaaaaa.. tekejut aku.. dia pun tekejut tengok aku tekejut.. dia cepat2 keluar sambil minta maap.. aku harap dia tak lupa zip seluar.. hahahaha..


p/s : kebersihan itu separuh daripada iman - riwayat muslim

Monday, August 16, 2010

maHer zaiN


listening to : open your eyes - maher zain


mendengarkan lagu ni, teringat aku kat dokumentari 'The Bridge'.. aku tengok sedutan dokumentari ni masa kuliah subuh lepas qiamulail kat kursus pewaris cemerlang april lepas.. sebak sangat bila ustaz solhin menyentuh tentang kehidupan dan betapa berharganya kehidupan ini.. betapa orang tak sayang nyawa seperti membunuh diri dan membuang baby..

dokumentari 'The Bridge' mengisahkan tentang orang2 yang bunuh diri dengan terjun dari jambatan Golden Gate Bridge yang terletak di San Francisco, Amerika Syarikat.. jambatan ni menjadi pilihan mereka yang nak bunuh diri sebab bagi dorang, sape yang terjun dari jambatan ni konfirm mati..

ini lah pilihan bagi mereka yang tak de pegangan hidup, tak de panduan, tak de pedoman.. mengambil jalan mudah dengan membunuh diri sebagai jawapan kepada segala permasalahan..

* Golden Gate Bridge *


Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insyaallah - Maher Zain

* Maher Zain *



layan lagu maher zain yang lain:

1 - Baraka Allahu Lakuma

2 - Always Be There

3 - Awaken

4 - For The Rest of My Life

5 - The Chosen One

6 - Hold My Hand


maher zain membawakan lagu berunsur keagamaan dalam bentuk pop, R&B dan soul.. ala2 boyz II men, usher cenggitu la.. menurut wikipedia, debut album dia 'Thank You Allah' dapat no.1 kat carta Amazon’s World Music dan no.9 kat carta R&B.. video klip dia kat Youtube dah ditonton lebih 1 juta dan konsert dia kat Algeria, Australia, Belgium, Kanada, Mesir, England, Perancis, Holland, Sweden dan Amerika suma sold out..

secara tak langsung, maher zain menggunakan lagu2 beliau sebagai medium untuk berdakwah dan ia boleh dijadikan satu pendekatan baru bagi menarik minat orang ramai untuk mendekati dan mengenali islam dengan lebih mendalam.. mudah-mudahan..



p/s : selamat maju jaya kepada maher zain.. muka pon boleh tahan :)







Sunday, August 15, 2010

meNu buKak puaSa haRi ni


ada sape2 tak yang volunteer nak belanja aku bukak puasa ari ni? 
* winkie winkie *



p/s : i'm lovin' it :)




Friday, August 13, 2010

friggatriskaidekaphobia


Friday the 13th is an unlucky day in much of Western Europe, North America, and Australia. Many people avoid travel and avoid signing contracts on Friday the 13th. Floors in tall buildings often skip from 12 to 14.

In the past, many Christians would never begin any new project or trip on a Friday, fearing they would be doomed from the start. The fear of Friday the 13th is called friggatriskaidekaphobia.

Christians have traditionally been wary of Fridays because Jesus was crucified on a Friday. Additionally, some theologians hold that Adam and Eve ate from the forbidden fruit on a Friday, and that the Great Flood began on a Friday. It is also the number of people who were present at the Last Supper (Jesus and his 12 apostles). Judas, the apostle w¬ho betrayed Jesus, was the 13th member of the party to arrive.

In the Gregorian calendar, this day occurs at least once, but at most three times a year. Any month's 13th day will fall on a Friday if the month starts on a Sunday.

In numerology, the number twelve is considered the number of completeness, as reflected in the twelve months of the year, twelve signs of the zodiac, twelve hours of the clock, twelve tribes of Israel, twelve Apostles of Jesus, twelve gods of Olympus, etc., whereas the number thirteen was considered irregular, transgressing this completeness.


Hari Jumaat ialah hari kebesaran Islam bagi orang mukmin. Banyak peristiwa agung yang berlaku pada Jumaat. Antara peristiwa itu ialah perkahwinan Nabi Adam dan Hawa, Nabi Yusuf dengan Zulaiha, Nabi Musa dengan Shafura binti Syuaib, Rasulullah saw dengan Khadijah, Rasulullah dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar serta Ali bin Abi Thalib dengan Fatimah Zahara binti Muhammad.

Hadis Rasulullah yang diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.

“Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).

Ada banyak hadis dan riwayat mengenai kelebihan hari Jumaat. yang bertujuan menceritakan ganjaran yang perlu direbut oleh umat Islam. Antaranya:

1 - Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari Kiamat.

2 - Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendoakan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.

3 - Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”

4 - Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.

5 - Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.

6 - Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar.

7 - Mereka yang berdoa dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat, mudah dimakbulkan Allah.

Oleh itu pada subuh hari Jumaat, setiap muslim digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur misai, memotong kuku dan menggosok gigi.



p/s : kemuliaan yang ada pada Jumaat meletakkannya sebagai ‘penghulu’ segala hari..

Thursday, August 12, 2010

bOs meNgajar caRa-caRa maiN gaMe


semalam siti banyak menghabiskan masa lepak kat bilik aku.. 1st, sebab bilik aku sejuk.. 2nd, sebab bilik aku ada internet.. 3rd, sebab bilik aku ada majalah.. 4th, sebab dia boleh sembang2 dengan aku.. 5th, sebab bilik sebelah ada pegawai dari IPD Arau duduk sementara, so bilik aku dah jadi bilik tido siti dan bilik sembahyang..

petang tu agak free maka aku tag team dengan siti men game pikachu.. kalau men sorang2 boleh jadi gila.. kalau men bedua boleh jadi gila2.. so two is better than one kan..

tiba2 PT datang.. tekejut makcik.. selalunya kalau PT datang berjumpa dengan kedua2 kerani beliau, mesti ada benda yang dia nak cakap ni.. ktorg bajet dia nak cakap pasal balik awal sempena bulan puasa ni.. tapi tak de pun.. huhu..

PT jenguk kat pc.. aiseymen, kantoi tengah men game pikachu daaa.. hehehe.. tapi PT tak larang kalau nak men game asalkan keje siap.. so ktorg pun tak de la berkocoh2 nak minimize game tu.. buat derk je.. PT plak dengan kereknya memperkecil2kan keupayaan ktorg yang men level 1 pun tak lepas.. dengan tak semena2 dia suruh ktorg ke tepi dan dia terus duduk men game tu sambil memberikan beberapa tips dan petua.. memang sporting la pegawai turus ktorg ni.. terer plak tu.. kejap je dah clear level 1.. maka ktorg dapat la merasa level 2 yang tak penah2 ktorg capai.. hehehe..

game ni bengong sket sebab tak boleh nak save, tak boleh nak pause.. so kalau tengah syok2 men atau rasa2 dah nak menang tu, sebarang gangguan adalah tidak dilayan.. kadang2 kalau bos panggil pun suruh bos tunggu jap.. hahaha..

aku dengan siti telah berjaya men sampai level 5.. macam tak pecaya plak.. berkat bimbingan dan tunjuk ajar PT kot.. hehehe.. sampai tak sedar dah pukul 5.. pak chad siap tanya, tak nak balik ke? aku dengan siti yang dah over excited men game ni terus jadi kelam kabut.. pak chad kata, tak pe la, sambung la men, buka puasa pukul 7.30.. hahaha.. tak pun, amik pen drive, save kat pendrive, sambung men kat umah.. uiihh, hampeh nampak.. hihihi..

* bos, ni strategi terbaru nak mengelirukan anggota trafik.. helmet macam kepala orang.. yekk.. *





Wednesday, August 11, 2010

aDa aPa deNgan raMadHan kaLi iNi?


1 ramadhan 1431H bersamaan 11 ogos 2010 hari rabu.. hari pertama aku berpuasa sebagai bini orang dan berpuasa di negeri orang.. tahun lepas bulan puasa aku kena ciken pox, dapat cuti sampai raya.. hehehe..

semalam opis mengadakan makan2 sempena nak menyambut ramadhan.. ramai gak jemputan yang hadir.. tapi majoritinya aku tak kenai pon.. lauk macam2 ada.. ayam, ikan, sayur, sambal belacan.. buah, bukan epal, bukan oren tapi rambutan.. hihihi..

pagi tadi sahur makan ayam goreng, sup sayur dan telur masin.. dulu bujang mak yang masak.. sekarang kena masak sendiri.. huhuhu.. kat opis ngantuk.. asben tengah sedap tido kat umah ni.. negeri kedah 1 ramadhan cuti.. kat trafik ni aktiviti berjalan seperti biasa.. ada row call, ada operasi.. cuma ada setengah yang tak masuk opis, sebab malam dorang kena meronda dari pukul 10 malam sampai 6 pagi.. pe nak buat, demi tugas..


kelebihan berpuasa
1 - semua pintu langit dan pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup
2 - semua iblis dan syaitan dirantai
3 - solat di bulan ramadhan menyamai 70 pahala berbanding di bulan lain
4 - al-quran diturunkan pada bulan ramadhan
5 - lailatul qadar lebih mulia dari 1000 bulan

adab berpuasa
1 - bersahur di akhir malam
2 - menyegerakan berbuka
3 - berdoa ketika berbuka
4 - murah hati dan mempelajari al-quran
5 - giat beribadat pada 10 hari terakhir ramadhan


"wahai orang2 yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang2 sebelum kamu, agar kamu bertaqwa" - Al-Baqarah: 183

Monday, August 9, 2010

baLik kaMpong ooOOoo


balik kampong bersama asben (of cos la) dan kudik (mak suruh dia balik gak sebab dia demam tak de sape nak jaga kalau kekma nya balik kampong).. menaiki bas durian burung (nama bas ntah pape) dari stesen bas shahab perdana alor setar (syabas inspektor shahab) menuju ke terminal 1 seremban (kudik balik shah alam)..

* jalan suka menanti.. sukenyeeee.. *


dalam bas sejuk tak hingat.. kok ye pon nak bagi keselesaan kepada penompang, berpada2 la.. kalau pasang air-cond sampai dah nak reput fros, sape yang selesa beb.. asben pon kata sejuk tapi tengok dia tido rileks je.. huhu..

sampai kek somban, naik teksi jo.. nak suruh mak mentua amik, time tu baru pukul 5 pagi.. sian la plak.. sampai rumah, sambung tito.. pukul 9 baru bgn (menantu hampeh!!).. tu pon sebab si faan (anak buah) ketuk2 pintu sebok nak jumpa ijan sebelum gi school..

kak ngah (kak ipar) plak masuk keje lambat sket.. dia ada buat pot luck sebab terpilih menjadi employee of the month kat tempat keje dia kat mas kargo.. congrats.. hehe.. ikut dia gi opis, lepas tu bawa lari kete dia.. wahahaha..

gi pejabat agama sg manggis amik sijil nikah.. sebenarnya, sepanjang aku duduk serumah dengan asben, sijil nikah pon tak de.. kalau kena tangkap khalwat, menjawab kat balai la gamaknya.. sebab tak de bukti langsung yang menunjukkan ktorg laki bini.. gambar kawin dalam facebook boleh dijadikan bukti tak?

lepas amik sijil nikah, gi shah alam plak.. nak buat kad perakuan kawen.. senang sket nak bawa gi mana2.. punya la cari bangunan sultan idris, tak jumpa.. pusing2 masjid negeri 3, 4 round baru jumpa.. time tu dah nak solat jumaat.. maka asben gi solat, aku ape lagi, shopping!! kompleks pkns, alam sentral, sacc mall.. tiga serangkai.. dorang dah stat jual baju raya.. aku singgah jap 2, 3 booth, mahal seh.. aku naik tingkat atas, lalu depan butik first lady.. biar betol, bebaju memurah (gagap).. aku pun masuk la dengan tangan kosong dan keluar dengan tangan berisi.. hehehe..

balik tu gi jusco bukit tinggi.. aku tukarkan point j card aku 2500 point untuk baucer jusco bernilai RM20.. hehehe.. ok kot.. balik tu singgah rumah mak, sebab mak masak iwak pepes.. sedap tuuuu..

the next day, plan nak gi jenjalan kat putrajaya dengan bebudak opis or bebudak umah.. tapi sorang pun tak de.. huhuhu.. aku amik slip gaji pon kat tombol pintu je.. so aku join la team ipar duai aku gi shoping kat sogo.. kak ngah (kak ipar), sueda & suen (adik ipar) dan faan & fana (anak buah 2 ketul).. ni la 1st time aku gi sogo naik kete.. selalu naik LRT je, turun kat stesen bandaraya.. punya la jem nak gi sogo, aku rasa kalau jalan kaki dah lama sampai..

sepanjang perjalanan, aku kena melayan anak buah ipar aku, si faan tu, 4 tahun.. selain melayan dia, aku gak kena tukar pampers dia.. dia kuat minum, so kuat la kencingnya.. bila adiknya si fana tu berak, pandai plak dia cakap, berak.. berak.. berak je kejenya si fana ni.. hahaha..
 
si fana plak, umur 2 tahun.. cakap tak pandai, tapi nyanyi pandai.. nobadi nobadi bat chu..

 * wan muhammad farhan & wan nur adni farhana *


pada ari tu, sape nak masuk sogo kena ada S card.. 1 kad boleh bawa 2 orang kawan.. masuk je sogo, jem, sama macam kat luar.. orang lagi banyak daripada barang2.. mana taknya, diskaun sampai 90%.. aku tak bercadang pon nak beli pape, tapi terbeli plak t-shirt selai.. hehehe..

balik tu jem lagi.. dah la rushing nak amik asben kak ngah balik dari tuscan.. kak ngah pon dah abis rempit dengan kete alza dia tu.. sampai je kat airport, terkebil2 asben kak ngah tengok sekampung orang datang menjemput dia.. hahaha..

aku sampai teluk nak dekat pukul 11 malam.. pak pon dah tido.. next morning, balik kedah.. sedih.. rasa kejap je balik kampung.. tak puas.. lepas ni maybe balik time raya kot.. tiket pon dah dekat 100 hinggit pegi balik.. pokai gua..


p/s : orang lain yang ada dusun bawa balik durian, rambutan, langsat dari kampong.. aku tak de dusun, so mak bekalkan ayam goreng, begedel dengan sambal ikan bilis..  jadi la..

Friday, August 6, 2010

tiPs baKar LeBih baNyak LeMak


1 - orang yang menjalani rawatan akupuntur seminggu sekali dapat menurunkan berat badan sebanyak 4.5 kg dalam tempoh 3 bulan.

2 - serbuk kayu manis dapat membantu mempercepatkan kadar metabolisme. setengah sudu teh sebuk kayu manis sudah cukup untuk membakar 1 kg lemak badan setiap bulan.

3 - elakkan makan di meja kerja. orang yang makan sambil bekerja mengambil jumlah kalori yang lebih banyak berbanding orang yang tidak makan di meja kerja.

4 - ketawa yang bagus selama 10-15 minit sehari meningkatkan penggunaan tenaga sehingga 280 kalori setiap minggu.

5 - minum segelas jus lobak merah setiap hari dapat menurunkan berat badan sekitar 2 kg dalam tempoh 12 minggu. ini kerana lobak merah kaya serat dan nutrisi yang membantu membakar lapisan lemak.

6 - makan daging merah yang kaya protein untuk membantu mempertahankan massa otot. otot membakar kalori empat kali lebih banyak berbanding lemak.

7 - dengarkan muzik yang gembira sepanjang olahraga untuk melawan keletihan.

8 - olahraga bersama teman2 dapat membakar kalori 33 peratus lebih banyak berbanding melakukannya secara bersendirian.

* jom try jus karat.. hahahahaha.. *

Thursday, August 5, 2010

gaMe piKachu yaNg beNgong


hujung minggu ni nak balik kampung.. yeyey!! dah lama tak menghirup udara tercemar kat KL.. hahaha..

asben siap pesan, balik kang bawa pen drive tau.. dan pastikan pen drive tu kosong.. kita amik game banyak2 dari kak ngah.. hihihi..

kat opis ni, ternet lembab so men game lagi best.. game yang aku slalu men ialah spider solitaire, dynomite dengan pikachu..

game pikachu ni aku tak tau datang dari negara mana.. kalau berdasarkan kepada tulisan dia macam bukan dari planet bumi.. dan aku pun tak tau cara-cara yang betul nak main game ni.. tapi aku layankan je..

cari 2 binatang yang sama, dengan syarat pergerakan antara 2 binatang tu tak boleh ada penghalang.. nak terang pon tak tau camne..

* bermula dengan penuh bersemangat yeaahh *

* kacang je ni *

* yang tadi tu dah mati.. ni men lain plak *






* kali yang ke-215 baru la grad huhuhu *



p/s : game from outer space ????, ???? 2 ?? ???????????? 153 ? [ OK ]



Wednesday, August 4, 2010

reTen haRian


agak memboringkan berada di opis ari ni.. siti tak de, dia gi exam JPA.. macam2 soalan siti tanya aku, macam aku plak yang exam.. huhuhu..

email rasmi ada 2, ape dia?
hasil siasatan biro pengaduan awam lapor pada sape?
penghantaran dokumen terperingkat pakai sampul surat 1 lapis ke 2 lapis kalau beg berkunci?
kalau pindah jabatan layak terima elaun ape?
pembelian ape yang memerlukan dibuat dengan segera kalau tak boleh menjejaskan perkhidmatan dan kepentingan awam?
kakitangan awam yang nak bertanding dalam politik kena dapatkan kebenaran bertulis daripada siapa?
kalau lewat datang pejabat boleh dikenakan tindakan tatatertib atas kesalahan melanggar tatakelakuan ape?

hah, penjawat awam.. jawab.. jawab..

si safwan NRE pun exam gak ari ni.. aku tak tau camne tiba2 aku boleh teringat kat dia dan aku saja2 sms dia, ko exam ke ari ni? dia kata, ha'ah.. mana ko tau.. hehehe.. ala safwan, aku kan akak ko.. ada instinct, aku tau la.. hehehe..

* sila fokus pada no. kad pengenalan (besday aku nak dekat).. hehe.. *



kat opis 2,3 ari ni banyak plak request polis pengiring/eskot dan kawalan trafik/lalulintas untuk konvoi, iring VIP dll.. suma last minit plak tu.. so kena la alert dan cepat2 maklumkan kat dorang.. lepas row call, minit surat macam biasa.. ada 1 surat daripada cawangan pengiring istana.. surat biasa orang letak 'satu', 'dua', 'tiga'.. dorang punya surat letak 'alpha', 'bravo', 'charlie'.. hahaha.. comel gila..

semalam plak dapat surat dari guru besar skola 'memohon pencemarah dan pameran'.. mana nak cari pencemarah? hahaha..

1 lagi surat.. tawaran kepada pegawai awam yang berminat untuk menyertai sukarelawan simpanan polis.. macam best je kan.. siti ajak join, dia kata dapat elaun.. tapi aku berani2 takut.. aku cakap, nanti kita kena gi tangkap orang, tak nak la.. siti kata, tak de la.. kita cuma jaga kalau ada pilihanraya ke.. camtu je..

so aku pon dah terberminat.. gi tengok syarat2 dia.. syarat pertama,

perempuan : tinggi 152 cm / berat 43 kg

emm.. belum pape lagi dah failed.. tang berat tu, aku dah overweight.. obes.. huhuhu..


p/s : reten tu maksudnya macam laporan, statistik..

Tuesday, August 3, 2010

cicaK pOn naK gi keJe


pukul 7.33 pagi (seperti yang tertera).. ktorg sebok nak gi keje, cicak ni pon sibok nak nompang.. tak tau la dia nk nak gi keje ke, nak merantau ke, nak makan angin ke, nak lari dari rumah ke atau nak kawin lagi 1 kat siam..

cicak ni aku tak dapat kenalpasti jiran aku yang mana 1.. tau2 je dah ada kat wiper kete.. asben cuba gerak2kan wiper pon dia still steady lagi kat situ.. siap boleh jalan2 lagi kat windscreen tu.. angin tiup pon tak terbang.. cuma ekor dia je gerak2.. gelia.. hahaha..

* tumpang lalu ye *

tiba2 aku tengok dia dah tak de.. harap2 dia tak masuk kat enjin.. kalau tak, ada cicak panggang la kat bonet depan kete aku.. huhuhu.. kalau dia terterbang, harap2 la dia dapat cari jalan balik rumah.. sian kat dia sebatang kara.. huhuhu..


p/s : inilah yang dinamakan cicak kobeng :D

Sunday, August 1, 2010

geMpak rocKaboLa aStro


"kekma, ari ni ada gempak selebriti astro kat tasik"


asben slalu ajak gi joging kat tasik tu, tapi aku malas.. tapi bila ada artis, laju je..

maka lebih kurang pukul 3 camtu, bergerak ke tasik.. tak ramai orang pon, mungkin sebab panas kot.. lagipon sesi beramah mesra dengan artis bermula pukul 6.30 petang..

* booth movies, family & learning *


* discovery channel *


* tak pasal2 aku pon terpaksa menggedikss gak *


* wanita hari ini *


pusing2 tangkap2 gambar.. lapo.. gi makan.. balik.. malam kang nak datang lagi, nak tengok konsert..

sekali tertido daa.. bangun2 dah pukul 11.. huhuhu.. kempunan..



p/s : pembetulan.. bukan gempak selebriti astro ye.. gempak desa astro je.. buat gempak seh..
 

♥ bLoG aKu ♥ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino