nak sebut pun tak tau, tapi maknanya ialah family day..
sabtu lepas aku telah menghadiri hari keluarga JKKP a.k.a opis asben.. lokasi kat yan, kedah.. tempat spesifik, chalet seri ayu, ke putri ayu (lupa dah).. tempat ni betul betul kat dalam hutan.. tak tau la sape yang jumpa tempat ni.. tapi memang best.. sunyi, tenang.. ada sungai..
* kat dewan sri mas tu la ktorg makan makan *
* tempat mandi + tempat bergayut *
* kan aku dah cakap ada sungai *
aku gi satu kete dengan najib, opismate asben.. dia pun bawa bini dia, yanie.. yanie sebaya aku, pun pregnen macam aku.. asal pun dari selangor, macam aku.. dia pindah kedah pun ikut suami, macam aku.. yang tak samanya, dia dah pindah kedah since disember tahun lepas.. lepas tu opis dia dekat, seberang jalan je.. tak macam aku, seberang negeri.. huhuhu..
asben jadi AJK permainan, so dia kena sediakan peralatan untuk acara cari gula gula dalam tepung, isi air dalam botol (mainan budak budak la suma).. staff tak ramai, tapi budak budak ramai.. so kebanyakan games suma untuk budak budak..
makanan bercorak pot luck, suma bawa sendiri.. lepas tu buat barbeque.. ada ayam, ikan, daging dan jagung bakar..
dalam pukul 4 camtu ktorg balik.. penat (padahal tak buat apa pun).. dalam kete tido, as usual..




