Tuesday, February 23, 2010

* yaNg beSt * yaNg tAk beSt *


yang tak best ari ni: sepanjang ari aku setelkan surat jemputan ke majlis pelancaran KAMPUS NRE.. tak abis2.. ada je error.. lps tu kena jaga kaunter plak, ganti kak yat.. lps tu geng SPL yang tinggal iaitu abg zali dgn abg shah pun kuar.. gi tgk kolam mancing.. lps tu aku kena naik turun aras 5 sbb nak jaga bdk2 PTD kursus pra penempatan.. berita terkini, big bos suruh aku gi JAKIM plak sok.. ada kursus..


yang best ari ni: pagi2 gi keje dgn erks.. lps tu erks ajak tapau roti canai.. dah lama tak makan roti canai.. beli roti telur 1, roti boom 1.. sedap.. lps tu tengahari gi makan kat perikanan dgn erks, dahlia and kak mas.. dah lama tak makan nasi campur.. sedap.. balik makan, singgah jap kat dewan marjan tgk rumah baru.. hehe.. lps tu ari ni dah 2 kali erks buatkan air neslo utk aku.. baik kan dia..




p/s: erks ari ni macam lampi, tapi imaginasi dia tinggi.. dah banyak kali buli aku.. tapi aku tau, dia baik.. saja nak mentel2 dgn aku tu.. erks pun.. saya sokong ema dan erks..

Monday, February 22, 2010

kEseDihan meLanDa


(petikan dari facebook: wall cik yatt)


cik yatt dgn warga SPL yang lain (kecuali abg zali dgn abg shah) dapat gi genting.. aku? huhuhu.. duduk opis je, jaga kedai.. tapi ok kot.. boleh main masak2 kat cafe.. cepat sket naik level..

pagi tadi aku bangun lambat.. pkl 6 bagi aku dah kira lambat la tu.. weekends yg sungguh memenatkan.. sabtu, ahad gi Karnival WOW! Putrajaya.. tak de benda la sangat pun.. ingatkan macam jom heboh ke.. yang best, ada jual byk makanan.. oh, selain makanan? ada konsert (aizat, misha, ella, jamal, m.nasir), ada bunga api, ada hot air balloon, ada kete drift, ada kete remote, ada autoshow (kete2 modify), dapat paper bag RAKAN COP.. hehehe..


tadi ada lunch free kat PSM.. yey!! mamam nasi ayam.. plan asalnya, nak buat ari khamis.. tapi ari khamis ni aku cuti.. thanks kpd cc yang begitu prihatin, dia kata ari khamis ramai org tak de, so dia buat la ari ni.. sedikit sebanyak berjaya mengubati hati ku yang luka lara akibat tak dapat ke genting..

tak sabar nak tunggu rabu ni.. tgk wyg ramai2.. cite percy jackson and the lightning thief.. aku, kak yatt, sara, linda, daus, abg jura dgn kerol.. daus dah tgk cite tu.. tapi dia join ktorg gak.. dia kata, asalkan ema ada.. apa saja demi ema.. hehehe..

pukul 7 lebih.. terpaksa balik sebab lampu dah dipadamkan.. maintenance katanya..


p/s: erks memang comel.. dia buatkan taman utk ema.. tapi belum sempat nak abiskan love tu, dah tertekan enter.. hehehe.. erks memang cemerkap orangnya.. but sweet, dear.. so sweet..

sweet..

Thursday, February 18, 2010

pOst yaNg tAk aDa tajUk


dah lama tak update blog.. tak de idea..

pagi tadi ada meeting pertandingan mancing.. 27hb ni, kat desa pond sri petaling.. kolam JPS.. aku jadi AJK.. tapi lepas dengar cite2 dorang dlm meeting tadi, aku rasa excited.. macam nak join mancing gak la, walaupun aku tak penah mancing.. apa yg aku perlukan skrg, ranting kayu, tali tangsi dgn cacing.. juga sedikit skill dan luck.. hehe..

abis meeting, aku layan facebook jap.. beberapa ari ni, aku dah kembali aktif komen mengomen dlm facebook.. sbb ramai org upload gambar.. gambar kenduri shidah (sbnrnya gambar pengantin tak de pun, gambar ktorg je lebih).. lps tu gambar skandal, aku dgn erks (comel!!), gambar erks dgn ayu (tak comel!!).. hehehe.. gambar induksi batch siling bocor, setakat ni dah mencapai 148 komen.. perghh..



tiba2 aku sakit perut.. aaahh, sudah.. dah la toilet feveret aku rosak.. so aku terpaksa gi kat cawangan aras 8, toilet yg sepesen dengannya..

aku sedih, sbb aku tak dapat gi genting minggu depan.. 5 sebab aku sedih sangat:

1) aku tak penah gi genting, so memang aku looking forward sangat..
2) skrg cuaca panas, dapat gi genting best woo.. sejuk..
3) kat genting tido hotel, ada tilam empuk.. kat rumah sewa, tido atas toto je..
4) kat genting ada shower mandi air panas.. kat rumah sewa aku tak de.. huhu..
5) time kursus makan free..
6) urusetia boleh claim ot.. dapat la duit lebih..
(eh, dah 6 ni.. hehehe..)

smlm balik keje, aku gi tampal iklan 'teman serumah diperlukan'.. si akhma tu nmpk je macam berani, tapi bila nak tampal iklan tu, malu la kononnya.. alih2 aku yang tak tau malu ni yang gi tampal.. org nak pandang ke, aku tak kesah.. aku bukan nak rompak kedai pun..

p/s: mutiara kata erks 5 Feb '10 - there's a lot of ways i can say that i love her, one of the ways is speak silent, all i need is to listen.. ironically true *heart*

Friday, February 12, 2010

arial. comic san. times new roman. calibri. monotype corsiva.


p/s: erks kelihatan begitu hensem sekali hari ni.. berbaju melayu kaler kelabu, bersampin songket kaler silver.. dan bersongkok.. ke pejabat..

pagi ni, ada makanan free, credit to abg syafiq.. then, ada makanan free, meeting seksyen, credit to peruntukan/bajet seksyen.. rumusannya, aku tak kuar duit pun lagi untuk makan setakat ari ni.. sape ckp taraf hidup kat putrajaya ni tinggi??


(Ni cite lain plak)


Ada 5 perkara berlaku serentak.

1. Air mendidih kat dapur.
2. Air paip melimpah kat bilik air.
3. Bayi menangis.
4. Telefon berbunyi.
5. Ada orang ketuk pintu.

Kalau anda diberi pilihan, apakah perkara yang anda akan 'settle' kan terlebih dahulu?










Baik, mari kita semak jawapan anda...

Apakah ciri/sifat/perkara yang anda utama dan pentingkan dalam memilih pasangan anda..

* Kalau anda memilih untuk menutup air medidih : menandakan anda mementingkan keselamatan dan kebolehan 'si dia' untuk membimbing anda.

* Kalau anda memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air : menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta.

* Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis : menandakan anda mementingkan cinta dan kasih sayang.

* Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi : menandakan anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda.

* Kalau anda memilih untuk membuka pintu : menandakan anda mementingkan rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan anda.


Jawapan Emasusila menandakan Emasusila mementingkan keselamatan dan kebolehan 'si dia' untuk membimbing Emasusila.

Wednesday, February 10, 2010

bAtch siLiNg boCor


masa majlis penutup tadi, en. najib label batch ktorg sebagai bAtch siLing boCor.. kenapa? ada la.. biar la hanya aku dgn 76 kwn2 yg lain je tau.. xoxo..


smlm ada sukaneka, aku kena baling dgn tepung.. dahlia plak kena simbah dgn air.. marah btl dia.. ni suma keje si rasul.. dia tu mmg nakal tak hingat.. time sukaneka tu, kump 3 tak cukup org, maka aku dieksport ke kump dorg.. so bila kump 3 menang, kump 6 ckp aku pengkhianat.. bila kump 3 kalah, kump 3 ckp aku sabotaj.. huhuhu.. sian aku..


mlm plak berkumpul kat court badminton, ada majlis penyampaian hadiah utk sukaneka dgn cenderamata kursus..


lps tu open table, buka hamper.. time tu ktorg buat sesi bicara hati, sbb lps ni tak tau bila lagi dpt berjumpa.. kpd geng kump 6, aku nak minta maaf byk2 kalau ada tersilap kata, terkasar bahasa sepanjang kita bekerjasama sebagai 1 kumpulan.. hrp2 lps ni kita akan terus keep in touch dan kalau korang dtg NRE, naik la ke aras 9 ye.. kepada rasul, aku maapkan ko.. hahahaha..


pasal pengucapan awam aku, neves, suara ketar, tekak kering, nafas tak sampai, mata rabun tak nampak orang.. dan yang paling kronik, tak dengar bunyi loceng pertama.. aku pun terus berucap mcm pro sgt, sedar2 dah bunyi loceng kedua.. masa tu la aku gabra gila, kesimpulan ntah pape.. tak kisah la, janji dah setel.. fuhh..


smlm baru aku perasan, tgn aku lebam.. aku rasa sbb berlaga masa main bola baling tu kot.. tapi.. ada org kata, mungkin.. x de pape la kot.. aku seorang yang cemerkap.. hehehe..


khatam sudah Kursus Induksi Modul Umum Kumpulan II Bil. 1/2010.. 2 hingga 10 Feb 2010.. Kompleks JPS Ampang.. jawab exam ntah pape.. mati aku..


p/s: dari mana datangnya sayang, dari mata turun ke hati (pantun pengucapan awam ustaz a.k.a fizan)

Monday, February 8, 2010

soMewheRe i beLoNg


baki kesabaran aku dah mencapai kurang daripada 40% sehingga melayakkan aku dikategorikan sebagai penjawat awam yang mengalami keber'tension'an yang serius..

pe yang aku buat suma tak kena.. memang dari awal lagi mood tu tak de.. tak excited langsung.. stress.. aku tak de pape masalah.. aku cuba untuk membuat yang terbaik, tapi bagi dia, aku blm cukup baik.. dia meletakkan expectation yang tinggi terhadap aku, kerana baginya, aku mempunyai advantage berbanding orang lain.. dia nak aku stand out of the crowd.. malangnya setakat ni, dia tak nampak sebarang kemajuan dalam diri aku.. aku masih belum mencapai target yang disasarkannya.. aku tak perform.. i'm so lost.. totally lost..

tadi untuk riadah, aku main badminton.. aku nak pinjam raket azmil, maka aku dgn dahlia terpaksa merentas padang untuk ke gelanggang futsal jumpa azmil.. bila ktorg sampai kat sana, ada budak2 laki yang tak pakai baju.. pe lagi, kelam kabut la dorang gi cari baju.. hahaha.. ada yang tak sempat tu, cover je la mana yang patut..


nape nama aku tak dipanggil2 lagi untuk pengucapan awam? dah abis 3 slot, tapi nama aku still tak menjadi pilihan.. kalau cepat setel, cepat la lega.. boleh concentrate kat benda lain plak.. esok aku kena jadi MC utk slot En. Wahid.. huhuhu.. En. Wan dah siap bagi amanat terakhir supaya kump 6 bersedia.. huhuhu.. tak konfidennya aku..

p/s: tak sabar nak balik opis, huhuhuhu.. the place where i belong..

Sunday, February 7, 2010

berbaloi or 'bebal' ooii?


mengantuknya aku dalam kelas tadi.. maybe sbb ari ni aku tak duduk sebelah rasul kot.. hahaha.. dia tu, kalau tido dalam kelas, kang penceramah marah.. tapi kalau dia tak tido, dia kaco aku plak.. nasib baik ari ni kak nita telah menyelamatkan aku.. dia suruh ustaz duduk sblh aku.. hahaha.. padan muka si rasul.. duduk kat sblh syukri tu, reti plak senyap..


ni la geng kump 6, kump bumi hijau.. ada 11 org kesemuanya.. ari tu main permainan telefon rosak.. urusetia bg perkataan, merpati 2 sejoli.. so tanpa bersuara, ktorg kena buat gaya untuk sampaikan maksud perkataan tu kat orang depan kita.. tapi bila sampai kat ustaz kat depan skali, dia jwb, burung memadu asmara!! hahaha.. adoi..

perwakilan 77 dgn cheers tujuh, tujuh.. HEBAT!!


pertama kali dalam sejarah aku gi kursus, makanan tak cukup!! ada ke patut.. sampai urusetia terpaksa bagi makanan dorang kat peserta, dorang makan nasi bungkus je.. bab2 makanan ni memang aku sensitif dan amat aku titikberatkan.. dah la makanan tak cukup garam, air tak cukup gula, lps tu ayam kecik, lps tu lauk suma tak berapa nak menyelerakan, komplen dan lagi dan lagi.. aku rasa ni la 1st time aku balik kursus, jadi kurus.. dah la asrama kat penginapan sri inai aras 2, kelas plak kat dewan dahlia aras 4.. aaaaaaaa..


aku dgn dahlia macam blackship of the family.. malam2 suma pkai blouse dgn slack, aku dgn dahlia pkai baju kurung yang sama dari pagi sampai malam.. lps tu smlm, lengkap berpakaian sukan, dengan t-shirt, track suit, kasut sukan.. gi beriadah main....... congkak!! hahaha..

hari ni gi men futsal.. turun lambat, cuak gak la dgn fasi.. dah tertido, nak buat cmne.. huhu..

p/s: tak sampai turn lagi pengucapan awam.. it's killing me.. aaaaaa..

Friday, February 5, 2010

saRi beRita utaMa..



memasuki hari yang ke-4, hari ini kita dikejutkan dengan kemunculan sejenis wabak penyakit yang agak kronik yang telah menyerang 77 orang peserta Kursus Induksi Modul Umum Kumpulan II Bil. 1/2010 NRE bermula hari ni.. penyakit yang dikenalpasti sebagai 'monologue syndrome' telah mula merebak kerana esok bakal bermulanya upacara pengucapan awam yang sangat dinanti2kan dan disukai ramai.. antara simptom2 penyakit ini ialah para peserta akan bercakap seorang diri di mana saja mereka berada, di dewan dahlia (bilik kuliah), dewan sri tanjung (dewan makan) dan di penginapan sri inai (asrama)..


pihak paramedik mengesyaki penyakit ini adalah disebabkan oleh ke'nebes'an yang melampau serta tahap konfiden level para peserta yang sangat rendah melebihi paras -26.. sehingga kini, pakar perubatan masih belum dapat menemui vaksin yang dapat merawat penyakit ini.. menurut saksi yang terdiri daripada para fasilitator dan barisan urusetia, penyakit ini akan berakhir secara automatik sejajar dgn berakhirnya sesi pengucapan awam nanti.. sama2 la kita nantikan kesudahannya..


itu saja perkembangan buat masa ini.


saya, emasusila melaporkan dari Kompleks JPS Ampang untuk emasusila.blogspot.com

Tuesday, February 2, 2010

peSaNan uNtuK eRks


dear,

i have to leave you for a while, i'm going for induksi.. we won't see each other for the next 9 days.. i don't want to, but i have to.. i'm going to miss you a gazillion.. every morning, i can't wait to get to office to see you.. i have lotta fun when you are around.. i love to hang out with you, i don't mind to spend hours with you cause you are so cute and you always makes me happy.. i hope you are going to miss me as much as i do.. i love you so much.........

















........ CAFE WORLD!!



yours truly,

emilia & emilin

nape cafe aku ramai bdk2 baju putih, seluar biru.. ni cafe ke, kantin sekolah?

pesanan utk erks.. jangan lupa tolong masak kan, serve kan, amik kan suma mknn free yang ada.. kalau rajin, gi nom.. nom.. nom.. kat cafe neighbours.. thanks, dear.. U R DA MANNN....

Monday, February 1, 2010

tHis tiMe, it'S miNe


apek told me, according to how i met your mother, in every relationship, there is going to be a reacher and a settler.. the reacher does all the chasing while the settler stay.. as for us, apek said, it seems that he's the reacher and i'm the settler.. or should i add one more character, the outsider??!!



lately, the possibility of involving ourselves in an argument has increase dramatically.. maybe the pressure is on, due to the fact that the wedding is finally going to happen.. but it doesn't make sense.. for the last 8 years, i never saw this side of him.. but now, we argue at every opportunity we have.. even for the silliest thing.. i wonder, WTF??! is goin on.. i don't know him anymore.. he's becoming a total stranger to me now..

from my observation, arguer can be divided into 3 categories.. 1st, the aggressive one, who will do whatever it takes to win.. motto: nothing can stop me.. 2nd, the slow-motion one, who accept whatever the decision is, no problemos papitos.. 3rd, the kesian one, the one who don't stand a chance at all.. who try so hard to get the attention but still her voice is remain unheard.. so which one is me??



p/s: do i have a choice?
 

♥ bLoG aKu ♥ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino