masa aku keje swasta dulu, aku lebih excited nak celebrate raya cina daripada raya puasa.. sebab time raya cina bos akan bagi bonus.. so kalau dapat gaji sebulan + bonus sebulan + angpow sebulan, mau tak jadik billionaire aku.. tu belum lagi angpow dari setiap agent, lopek2 pun RM10 sorang.. lepas tu dapat hamper lagi, limau lagi..
kat opis buka radio MY FM so menjelang raya cina aku akan dengar lagu kong si kong si kong si ni sepanjang hari.. lepas tu agents suma sebok jemput aku datang open house.. dorang kata dorang order makanan dengan katering melayu sebab customer dorang ada yang melayu, india.. tapi aku still tak nak gi, takut ada anjing.. huhu..
yang tak bestnya, cuti umum cuma 2 hari, tapi bos suruh cuti seminggu.. best pe ke benda, kena tolak cuti tahunan tu.. hampeh tol.. bila nak buka opis lepas tahun baru, kena tengok feng shui dulu, tarikh pe yang ong untuk bisnes dia tahun tu.. walaupun suma orang datang awal, tapi kena tunggu bos sendiri datang buka pintu.. lepas tu baling2 limau.. nasib baik tak bakar mercun dengan buat lion dance kat depan opis.. huhuhu..
camtu la sambutan tahun baru cina aku kat life power wealth management.. aku sorang je melayu kat company tu.. tak pecaya tengok gambar ni..
kalau korang tak cam aku yang mana satu, aku yang pakai tudung tu hah.. sebelah aku may yap.. may yap ni ex-bos aku.. dulu aku PA dia.. lepas pindah opis ni, aku jadi admin.. gambar ni masa celebrate besday aku dengan may yap.. besday ktorg sama, 21 OGOS, in case korang tak tau.. setiap kali ada besday sape2 mesti celebrate.. tak de la belon or decoration pape, just makan kek je..
masa memula keje dengan may yap, suma orang pesan, u hati2 dengan itu may yap, dia angin manyak kuat.. emmm.. kalau kita buat keje tak betul, mesti la kena marah.. kalau tak nak kena marah, buat la keje betul2.. kan kan..
masa tu aku praktikal.. bila may yap nak amik aku keje tetap dengan dia, ramai yang cam tak setuju, dorang kata, jangan amik melayu, melayu tak tau buat keje, melayu pemalas.. may yap kata, sebelum ni dia amik PA cina pun tak tau buat keje, pun pemalas gak.. hah, terus senyap.. hehehe..
may yap kata aku banyak tolong dia, sebab aku 'universiti punya olang'.. dia sekolah pun sampai darjah 6 je, keluarga susah.. so komputer tak reti, BI pun tak reti.. aku hanya membantu setakat yang termampu..
walaupun aku tak paham bahasa cina (dorang ngumpat aku pun tak tau), kadang2 kalau dorang makan bah kut teh, aku kena la gi tapau makan sorang2, tapi aku tak kisah.. janji gaji masyuk.. hehehe..
masa aku sekolah rendah pun, majoriti chinese.. melayu tak ramai.. so kalau ada pertandingan nasyid, balik2 muka yang sama je participate.. huhuhu..
kalau korang tak cam aku yang mana satu, aku pakai tie kaler merah dengan stokin sebelah panjang sebelah pendek duduk sebelah budak india yang duduk sebelah cikgu.. time ni darjah 4 Orkid Sekolah Rendah Kebangsaan Methodist (P) Klang.. nama cikgu, Puan Giam Yee Sim a.k.a Puan Peh.. cikgu ni baik, sebab tu aku ingat nama dia.. hehehe..
Selamat Menyambut Tahun Baru Cina.. 3 - 4 Februari 2011.. Tahun Bugs Bunny.. Makan carrot bebanyak :)