Thursday, October 28, 2010

pAi tEe cHicKeN riCe sHop


tiba tiba teringin nak makan chicken rice shop.. tu la, dulu kat hometown melambak chicken rice shop tak nak makan puas puas.. sekarang dah susah nak carik, baru tergedik gedik nak mengidam.. kebelakangan ni selera aku macam ntah pape.. dah tak lalu makan nasi putih.. makan mee atau mihun, lepas tu letak lauk macam makan nasi putih, ayam goreng atau kangkung atau sambal telur..

i miss pai tee, my fave =(


ari tu balik keje lapa, ajak asben gi tesco alor setar makan rasamas.. lepas tu singgah kat big apple.. tapi sorang pun tak datang serve ktorg.. apa, ingat ktorg ni datang nak tengok tengok donat je ke.. the next day, teringin nak makan kat noodle station, tapi asben kata tak nak makan mee, nak makan nasi.. so gi makan kat food court, dia order sizzling yee mee.. kata tak nak makan mee.. grrrr.. aku plak order nasi goreng pataya paprik yang selama ini ku rasa sedap yang amat, kini makan pun tak abis..

berbalik kepada cite chicken rice shop, aku search la kat google lokasi beliau kat kedah ni.. ada, tapi kat sungai petani.. boleh tahan la gak jauhnya.. kelmarin balik dari check up, gi melantak kfc.. semalam dah gaji, ingatkan nak try pizza yang ada 6 jenis cheese tu, tapi ramai la plak.. so last last asben belikan 'oblong', prosperity beger versi tepian jalanan..

tak tau la sama ada suma perilaku perubahan pemakanan tersebut adalah disebabkan oleh pembawakan budak atau mak budak yang saja nak amik kesempatan dan mengada tak bertempat.. layan kan je la ye..

Monday, October 25, 2010

beLacaN kuaLa perLih


dari jumaat sampai la ni aku sebok menyiapkan borang penganugerahan darjah kepahlawanan pasukan polis dan pingat polis tahun 2011 untuk tuan rusli dan sarjan syed.. lampiran C, lampiran D, asas pencalonan.. borang 160 tak isi lagi.. adoi..

sepanjang hari aku selesema dan bersin bersin disebabkan belacan sarjan syed.. baik hati sungguh dia membelikan kami suma belacan.. dia kata belacan ni terbaek, diimport khas dari kuala perlis.. bau pun memang terbaek, tembus hidung terus ke paru paru.. aaaacccchhhhuuuu..

rindu kat sambal belacan mak :(





Tuesday, October 19, 2010

sCaN peRot


angin tuan no. 2 tak berapa elok sebab kami asyik salah buat semboyan je.. so bila aku nak amik half day gi scan baby pun jadi satu hal.. dia tanya ada surat tak.. apadaa... aku cakap tak de, tapi buku merah ada tulis ada appointment dengan doktor.. hah, bukti la tu..

so pukul 2.30 petang aku gi menjalani ujian ultrasound kat klinik kesihatan jitra.. doktor bubuh gel warna biru atas perut, lepas tu amik alat tu letak kat perut, lepas tu kuar kat skrin tu gambar ayam masak merah dengan kangkung lunch tengahari tadi baby ku yang semakin membesar.. dah 10 minggu.. ari tu 1st time scan baru nampak kantung.. 2nd time ni dah nampak janin, dah ada jantung pun.. aaaaa, macam tak pecaya plak dalam perut ni ada baby..

nantikan kemunculan baby (estimated time of arrival) pada 13 Mei 2011..

Tuesday, October 5, 2010

B+


Kriteria penderma darah

Anda layak menderma jika:
  1. Berat badan melebihi 45 kg
  2. Berumur 18 hingga 60 tahun (umur 17 – 18 dengan kebenaran ibu bapa / penjaga)
  3. Telah bersarapan pada hari menderma
  4. Tidak mengambil antibiotik dalam tempoh satu minggu sebelum menderma
  5. Tidak hamil dan tidak haid
  6. Tidur melebihi 5 jam
  7. Tidak menghidap sawan, darah tinggi, kencing manis dan lain-lain penyakit
  8. Tidak menyusukan anak
Jangan menderma darah jika anda:
  1. Mengamalkan hubungan seks sejenis
  2. Mengamalkan hubungan seks dengan kedua-dua jantina
  3. Menghidap penyakit kelamin
  4. Melanggani pekerja seks
  5. Bertukar-tukar pasangan
  6. Mengambil dadah melalui jarum suntikan yang dikongsi
  7. Mengambil minuman keras

*  Sila jangan menderma darah jika anda berpendapat darah anda tidak selamat diberikan kepada orang. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut daripada pegawai perubatan bertugas.

 * Sekiranya anda ingin mengetahui status jangkitan HIV, hepatitis B, hepatitis C dan penyakit kelamin, sila ke klinik kesihatan untuk ujian pengesahan.



p/s : Kempen Derma Darah Sempena Sambutan Ulangtahun ke-125 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dengan kerjasama Tabung Darah, Hospital Tunku Fauziah Kangar pada 6 Oktober 2010 jam 9 pagi hingga 1 petang di Ruang Legar Bangunan Persekutuan Kangar.



Sunday, October 3, 2010

taHniah zaMri dan syiKin


2 oktober 2010.. majlis berlangsung kat taman cermai, beberapa minit je dari rumah aku.. kawasan perumahan dia cantik, berlatarbelakangkan gunung dan ada kabus sket sebab masa tu lepas hujan.. macam gambar dalam poskad plak..

geng kutkm yang hadir - aku, asben, pecei dan zaren.. si pecei tu, kenduri belah pompuan kat kelantan dia gi, kenduri belah zamri kat kedah pun dia gi.. si zaren plak asal gi kenduri je mesti bawa awek lain lain.. kenduri nazim bawa awek pakai tudung.. kenduri alip, awek free hair plak.. kali ni pun free hair gak, tapi jantan.. hahaha..

bestnya kenduri zamri ni, lepas makan nasik, ada gerai laicikang plak.. so apa lagi, tak yah malu malu la kan..

lepas makan, borak.. macam dah 10 tahun tak jumpa.. ada je cite + gosip yang kuar.. cite pasal diri masing masing dan diri orang lain.. borak punya borak, sampai orang pasang khemah pun dah nak buka khemah.. takkan tak paham paham lagi kot..

selamat pengantin baru kepada zamri dan syikin.. kata zamri, 'minta diri ye, aku nak beristerirehat jap'.. hahaha..

* nape baju aku sama kaler dengan baju pengantin lelaki.. huhuhu.. *

Thursday, September 30, 2010

aPabiLa fLintstoNes ber'googLe'


nampak tak perkataan G.O.O.G.L.E kat situ? comel kan google ni..



Flintstone family - fred flintstone, wilma flintstone (wife), pebbles flintstone (daughter), dino & baby puss (pets)
Rubble family - barney rubble, betty rubbles (wife), bamm-bamm rubbles (son)



Tuesday, September 28, 2010

가족의 날


tajuk post dalam bahasa korea.. macam hebat tak? (memang tak de keje)

nak sebut pun tak tau, tapi maknanya ialah family day..

sabtu lepas aku telah menghadiri hari keluarga JKKP a.k.a opis asben.. lokasi kat yan, kedah.. tempat spesifik, chalet seri ayu, ke putri ayu (lupa dah).. tempat ni betul betul kat dalam hutan.. tak tau la sape yang jumpa tempat ni.. tapi memang best.. sunyi, tenang.. ada sungai..

* kat dewan sri mas tu la ktorg makan makan *


* tempat mandi + tempat bergayut *


* kan aku dah cakap ada sungai *


aku gi satu kete dengan najib, opismate asben.. dia pun bawa bini dia, yanie.. yanie sebaya aku, pun pregnen macam aku.. asal pun dari selangor, macam aku.. dia pindah kedah pun ikut suami, macam aku.. yang tak samanya, dia dah pindah kedah since disember tahun lepas.. lepas tu opis dia dekat, seberang jalan je.. tak macam aku, seberang negeri.. huhuhu..

asben jadi AJK permainan, so dia kena sediakan peralatan untuk acara cari gula gula dalam tepung, isi air dalam botol (mainan budak budak la suma).. staff tak ramai, tapi budak budak ramai.. so kebanyakan games suma untuk budak budak..

makanan bercorak pot luck, suma bawa sendiri.. lepas tu buat barbeque.. ada ayam, ikan, daging dan jagung bakar..

dalam pukul 4 camtu ktorg balik.. penat (padahal tak buat apa pun).. dalam kete tido, as usual..

Friday, September 24, 2010

répondez, s'il vous plaît


aku kena jadi pelayan VIP??? eh.. bukan, bukan.. ni bukan pelayan kat night club tu.. ni adalah surat arahan daripada inspektor kem komandan di mana aku telah ditugaskan untuk menjadi Pelayan-Pelayan VIP Majlis Jamuan Hari Raya Tahun 1431H Bersama DYMM Tuanku Raja Perlis pada 17/09/2010..

menurut linda, selaku pelayan VIP, aku kena berpakaian kemeja putih dan seluar hitam.. hish, ada ke jamuan raya kena pakai baju macam diner dash.. gila tak glamer.. tapi nasib baik la time tu aku cuti lagi.. linda kena jaga gerai untuk gerakan yang menyediakan nasi himpit dan kuah kacang..

selain daripada jamuan raya IPK, jabatan jabatan pun ada buat jamuan masing masing  gak.. jamuan KJKA buat ari rabu.. linda beriya iya ajak aku datang jamuan tu pakai lawa lawa sebab dia sponser laksa.. so aku gi la dengan siti dengan jue dengan firdaus, naik kereta peronda polis..

sampai sana, dah ramai.. ntah sape sape.. linda kata jamuan untuk kita kita je.. apadaa.. so aku amik la satay, roti jala, dodol, bahulu, agar agar.. alih alih lupa nak makan laksa linda.. huhuhu.. nasib baik linda baik.. dia tapau kan untuk aku.. nak bergambar pun tak sempat.. sebab jue dengan firdaus nak cepat.. so ktorg terpaksa la ikut dorang.. kalau tak, ktorg nak balik dengan sape.. huhuhu..

tak sempat nak amik gambar kat opis, amik gambar kat rumah linda pun jadi la..

* ni sofa baru linda *


* gambar terbaekk: lihat perutku, lebih ramping kan *



p/s :  "répondez, s'il vous plaît" or R.S.V.P is a French phrase which means "request for responses", written on an invitation. The person sending the invitation wo­uld like you to tell him or her whether you accept or decline the invitation.



Wednesday, September 22, 2010

dip 'N teLL


DIP 'N TELL ialah pregnancy test kit yang boleh dilakukan sendiri di rumah.. caranya ialah dengan mengkencing ke dalam cup yang disediakan (kencing yang dimaksudkan ialah pee, bukan menipu).. lepas itu kita celupkan strip yang disediakan ke dalam cup tadi..

jika ia bersifat alkali, maka ia akan menukarkan kertas litmus merah kepada biru..

(iklan daripada astro tutor tv)

ok, serius.. kalau anda pregnant, strip tu akan menunjukkan 2 line.. maknanya ujian anda positif.. tahniah, anda mengandung(i) baby.. tapi harus diingatkan bahawa ujian ini hanya untuk mengcheck positif mengandung sahaja ye.. jika positif hiv, positif dadah atau alkohol, sila gunakan test kit yang bersesuaian..

* muka depan *


* muka belakang *


so kalau anda berpuasa penuh (macam aku), anda bolehlah membeli pregnancy test kit ini di watson (sebab aku beli kat watson, so aku mention la watson).. the reason why i bought this brand, sebab dapat free pouch yang sangat comel :p

kalau anda masih tak pecaya yang anda dah mengandung dan anda rasa ujian tu positif sebab anda terlebih makan ketupat ke rendang, gi la check kat doktor.. doktor akan suruh kita kencing lagi.. cuma result doktor adalah lebih diyakini dan ada hitam putih yang boleh dipercayai..

bila dah sah mengandung, doktor akan bagi pil asid folik atau folic acid.. ianya penting untuk kesihatan baby.. mula mula tu memang asyik terlupa je nak makan ubat.. hanya 1 biji 1 hari lepas makan nasik..

makan pun kena pantang.. tak boleh makan benda tajam tajam.. bukan pisau, gunting.. tapi nanas, cuka.. kalau nak anak pompuan, banyak makan coklat dan manis manis.. kalau nak anak laki, banyak makan seafood dan benda masin masin.. kalau minum air soya, nanti dapat anak putih.. kalau banyak makan kicap, nanti anak hitam..

tu suma kata kata orang.. kita hanya merancang, ALLAH yang menentukan.. yang penting, baby aku kat dalam ni sihat.. cukup segala zat protein, vitamin dan karbohidrat.. maknya, kena makan buah dan sayur secukupnya.. minum air masak banyak banyak..

tiap tiap hari kudik suruh aku tengok hammy (hamster dia), dia kata supaya nanti anak aku comel macam hamster.. abis, kalau anak aku tak reti duduk diam macam hamster, ko nak jaga?? asben plak sibuk suruh aku buat soalan matematik supaya anak aku nanti genius.. aku men sudoku, kira matematik gak kan.. selain tu, kena banyak tengok tv dan juga banyak men internet (ok, yang tu aku tambah sendiri.. hehehehe..)

Tuesday, September 21, 2010

kerjaSama menjayaKan faCebook PDRM


Untuk makluman, facebook PDRM telah diwujudkan di atas arahan YDH Ketua Polis Negara menggunakan user name Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police). Ianya akan dilancarkan dengan rasminya pada 21 September 2010 (Selasa).

Sehubungan itu, mohon kepada semua pegawai / anggota / pegawai awam yang ada mewujudkan akaun facebook menggunakan nama Polis Diraja Malaysia atau Royal Malaysia Police untuk menutup akaun facebook berkenaan bagi mengelakkan kekeliruan kepada masyarakat dan juga menjaga imej pasukan.

Semua warga PDRM adalah dijemput untuk menyokong dan mneyertai facebook rasmi PDRM - Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police) atau di URL http://facebook.com/PolisDirajaMalaysia

p/s : 'like'

Monday, September 20, 2010

i'M boReD eNteRtaiN mE


boringnya hari ini.......

(aku tulis tu je untuk post ni boleh tak?)

ok, ok.. aku sambung la.. sungguh boring ari ni.. nak keje tak de mood.. mungkin mood aku masih di teluk panglima garang.. pagi tadi gi keje naik bas.. bas sampai lewat, hujan plak tu.. so aku datang opis lambat dan basah.. memang la tak de punch kad tapi sogan la gak bila tengok suma orang dah sampai.. dah la aku pulun cuti tak hingat.. cuti orang lain suma dibekukan, cuti aku je dicairkan.. special case, sebab kampung aku jauh dan aku baru kawin, kata PT..

hari ini aku sensorang je.. siti tak de.. dia amik alih cuti.. dia majuk dengan PT sebab tak bagi dia cuti raya so lepas je aku masuk opis, dia plak cuti seminggu.. lepas row call, aku makan nasi goreng yang aku tapau pagi tadi (sempat tapau tu, padahal dah tau lambat) dengan minum milo cereal 3 in 1 untuk kesihatan baby..

lepas makan, minit surat, macam biasa.. walaupun tulisan aku cantik (bukan aku yang cakap, orang yang puji) tapi aku memang tak suka menulis.. jari jemari aku lebih suka menaip.. tapi disebabkan tugas seharian aku yang kena banyak menulis, maka tulis je la sementara menunggu tibanya pukul 5.. post yang sangat B.O.R.I.N.G
 
 

♥ bLoG aKu ♥ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino