Anda layak menderma jika:
- Berat badan melebihi 45 kg
- Berumur 18 hingga 60 tahun (umur 17 – 18 dengan kebenaran ibu bapa / penjaga)
- Telah bersarapan pada hari menderma
- Tidak mengambil antibiotik dalam tempoh satu minggu sebelum menderma
- Tidak hamil dan tidak haid
- Tidur melebihi 5 jam
- Tidak menghidap sawan, darah tinggi, kencing manis dan lain-lain penyakit
- Tidak menyusukan anak
Jangan menderma darah jika anda:
- Mengamalkan hubungan seks sejenis
- Mengamalkan hubungan seks dengan kedua-dua jantina
- Menghidap penyakit kelamin
- Melanggani pekerja seks
- Bertukar-tukar pasangan
- Mengambil dadah melalui jarum suntikan yang dikongsi
- Mengambil minuman keras
* Sila jangan menderma darah jika anda berpendapat darah anda tidak selamat diberikan kepada orang. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut daripada pegawai perubatan bertugas.
* Sekiranya anda ingin mengetahui status jangkitan HIV, hepatitis B, hepatitis C dan penyakit kelamin, sila ke klinik kesihatan untuk ujian pengesahan.
p/s : Kempen Derma Darah Sempena Sambutan Ulangtahun ke-125 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dengan kerjasama Tabung Darah, Hospital Tunku Fauziah Kangar pada 6 Oktober 2010 jam 9 pagi hingga 1 petang di Ruang Legar Bangunan Persekutuan Kangar.





