Wednesday, May 2, 2012

selamat hari pekerja - opisku panas


panas betul cuaca sekarang.. kalau panas, panas sangat.. kalau hujan, kang banjir plak kedah/perlis ni.. kat opis pun ada air-cond macam tak de air-cond je.. tiap-tiap bulan ada orang datang servis, tapi setakat cuci je, bukannya nak check ke hape.. aku rasa gas dia dah abis la (kata seorang pekerja air-cond yang tak bertauliah)..

dulu sebelum cermin di'tinted' lagi kesian.. asal pukul 10 je dah tak boleh nak tengok monitor, silau.. lepas tu bila matahari dah mula naik, lagi la rasa bahang.. maka terpaksa la mendapatkan khidmat kipas angin.. nasib baik la ada.. tala betul-betul depan muka ko! tak semena-mena dapat makan angin free waktu pejabat.. hehehe..

kan best kalau dapat keje kat tempat macam ni.. sejuk mata memandang, sejuk badan merasa.. woosshh..




pape pun, selamat hari pekerja kepada semua yang bekerja tak kira la opis korang sejuk ke panas.. yang penting, keje elok-elok ye, jangan stress-stress.. kalau stress, pikir camni.. hujung bulan ni dapat gaji, aku nak gi bershopping.. mesti hepi balik kan.. (motivasi yang tak patut diamalkan).. ok, jom sambung balik buat keje..



 

♥ bLoG aKu ♥ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino