Tuesday, May 15, 2012

selamat hari jadi - iman no.1


tahu tak, hanya 5% baby yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka.. kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.. dan antara yang termasuk dalam 5% tu adalah anakku yang tercinta, tercomel, terbijak, muhammad ilham iman.. weeee ~~


13 mei tahun ni adalah sangat sangat special.. selain aku menyambut hari ibu buat kali pertama, iman juga menyambut hari jadinya yang pertama! double celebration, double the happiness! cheers!


sekejap je dah setahun.. aku rasa macam baru semalam aku admit kat hospital banting.. pakai baju wad bersalin kaler pink.. duduk katil no.12.. aku admit sehari awal sebab dah rasa sakit nak bersalin.. tengok-tengok baru buka sikit.. so kena la overnight kat situ pulak.. kebetulan hari tu hari jururawat.. dapat la cupcake sorang sebijik.. huhuhu.. keesokan harinya iman pun lahir, sama dengan due date yang doktor bagi.. hebat kan, kan??


menjadi seorang ibu adalah the bestest thing ever happen to me.. macam tak percaya pun ada.. dulu hidup sorang, lepas tu berdua, lepas tu bertiga.. tanggungjawab dah bertambah.. cara hidup dan gaya hidup pun kena berubah.. kadang-kadang kesabaran kita teruji, jadi kena banyak bersabar.. sabar tu kan separuh daripada iman.. itu lah ujian..


iman baru bangun tido pada pagi hari jadinya..



lepas mandi, makan biskut sambil tengok katun.. tangan kiri pegang sikat.. 
sila rujuk rambut yang skema tu..



seronok tengok iman membesar.. dari meniarap, merangkak, duduk, berdiri, sampai la sekarang dia dah pandai melangkah 2-3 langkah.. iman is very friendly and talkative.. love to smile and laugh.. makan kuat tapi badan tak naik-naik pun.. camne nak naik, lasak kemain..  gigi ada 4 batang (2 atas, 2 bawah).. suka tengok lori..


sempena besday iman yang ke-1 ni, ibu doakan semoga iman panjang umur, murah rezeki, jadi anak yang soleh, bijak, baik budi pekerti, rajin, mendengar kata, tak nakal-nakal.. mmmmuuuuuaaaaahhhhh untuk leng chai ibu..    





 

♥ bLoG aKu ♥ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino