* Tutup TV, komputer, telefon bimbit, jam digital atau apa-apa peralatan yang mengeluarkan lampu biru sejam sebelum tidur kerana gelombang pendek lampu biru itu boleh mengganggu tidur.
* Elakkan tidur di waktu siang, jika letih sangat pun tidur sebelum pukul 3 petang dan pendekkan ke 20 minit sahaja. Jika anda merasa mengantuk juga, bawa berjalan, telefon kawan-kawan atau minum segelas ais.
* Jangan letak jam dekat dengan katil, kerana ianya akan membuatkan anda asyik tengok jam sudah pukul berapa. Letakkan jauh-jauh, dalam laci ke, bawah katil ke.
* Jika belakang badan atau pinggang anda selalu sakit semasa tidur, cuba letakkan bantal di bawah kaki semasa tidur bagi mengurangkan sakit belakang dan pinggang.
* Jika anda selalu merasa sakit tengkuk bila bangun tidur, salahkan bantal, samada bantal terlalu keras dan gemuk atau terlalu nipis. Cari bantal kepala yang cukup menyokong kedudukan leher anda bila baring.
* Kalau anda suka tidur mengereng, pastikan kedudukan hidung sebaris dengan tengah badan. Elakkan tidur meniarap.
* Alergi di waktu tidur seperti bersin, selesema dan hidung tersumbat mungkin disebabkan oleh bantal dan tilam yang berabuk, ada kulat atau najis hama. Gantikan tilam atau bantal yang dah berlapuk atau gunakan sarung khusus untuk alergi.
* Bilik tidur hanya untuk tidur dan bersenggama (bagi yang dah berkahwin). Bilik tidur sepatutnya tempat untuk berehat dan relax. Jadi elakkan menonton TV, buat kerja pejabat dan berbual di dalam telefon di bilik tidur.
* Pastikan suhu di dalam bilik tidur tidak terlalu sejuk atau panas.
* Tetapkan waktu jam badan anda dengan tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari walaupun di hari minggu.
* Elakkan kafein selepas pukul 6 petang. Ini termasuk berhenti merokok selepas waktu tersebut kerana rokok juga mengandungi kafein. AMARAN! Sesetengah ubat penahan sakit dan ubat menguruskan badan juga mengandungi kafein.
* Bersenam selalu dapat memperbaiki kualiti tidur. Pastikan anda bersenam 3 atau 4 jam sebelum tidur.
* Elakkan makan makanan yang banyak dan berat selepas pukul 8 malam. Ini membebankan sistem penghadaman dengan memaksanya bekerja lebih masa sehingga waktu tidur. Waktu tidur diperlukan oleh sistem badan untuk membaiki sel-sel yang dah rosak, bukannya memproses makanan.
* Susu suam dan teh chamomile boleh membantu melenakan tidur anda.
* Jangan minum selepas pukul 8 malam bagi mengelakkan anda terpaksa bangun tengah malam untuk ke tandas.
* Tutup atau kurangkan cahaya lampu 2 3 jam sebelum tidur dapat menghantar isyarat ke otak untuk menghasilkan melatonin,hormon yang membawa kepada tidur.
* Jangan tidur bersama haiwan peliharaan anda. Bukan sahaja pergerakkan mereka semasa tidur boleh mengganggu tidur anda, malah mereka membawa bersama kutu, bulu, air liur yang dah kering dan debunga. Eeeee! Tak geli ke?
* Tenangkan fikiran anda sebelum tidur dengan mencuba mandi air suam, membaca buku atau mendengar musik yang menenangkan atau lebih baik lagi berzikir.
* Berhati-hati apabila menggunakan ubat tidur, kerana ubat tidur boleh mendatangkan kesan sampingan yang teruk jika digunakan kerap.
* Sekiranya selepas mencuba mana-mana tips di atas, anda masih tidak boleh tidur (insomia) dan melebihi sebulan, kaji semula apa punca yang menyebabkan anda tidak boleh tidur. Mungkin disebabkan masalah tekanan hidup, masalah kesihatan seperti asma, arthritis, refluks asid dan sesetengah ubat. Cuba dapatkan nasihat pakar.
* Atau pun lupa nak baca doa tido kot.. hehehe..
Tengkiu petua petui.. tapi kalau dah ngantuk tu, depan komputer ni pun boleh tertido kan.. zzzz..





