KAPTEN pasukan Itali, Fabio Cannavaro dipilih sebagai pemain paling tampan di Piala Dunia Afrika Selatan, menurut http://www.beautifulpeople.com/
Dan cuba teka siapa pemain paling hodoh dalam Piala Dunia 2010? Pemain dari pasukan yang sudah terkeluar daripada persaingan iaitu Wayne Rooney dari England.
Pengarah urusan BeautifulPeople.com, Greg Hodge, dalam kenyataannya berkata, pemain paling tampan menurut undian anggotanya ialah Cannavaro, 36, diikuti dua pemain pasukan Sepanyol, Fernando Torres dan David Villa.
Pemain termahal dunia, Cristiano Ronaldo menduduki tempat kelapan di belakang pemain Brazil, Kaka.
Pasukan yang mempunyai pemain tampan ialah Sepanyol, Itali, Brazil, Perancis, Denmark dan Amerika Syarikat - kesemua pasukan itu mempunyai sekurang-kurangnya seorang pemain tampan dan paling sedikit jumlah pemain kurang menarik.
Menurut laman web itu, pasukan yang mempunyai paling banyak pemain tidak menarik ialah Switzerland, Australia, England, Serbia, Korea Utara dan Algeria.
“Secara kolektif, pasukan dengan barisan pemain paling tidak menarik ialah Algeria diikuti England yang diketuai pemain paling tidak menarik di planet, Wayne Rooney,” kata Hodge.
Beliau berkata pemain pasukan England mempunyai isteri dan teman wanita yang sangat cantik, namun semua itu disebabkan wang dalam akaun yang menjadikan mereka lebih menarik. Penjaga gol David James menjadi pemain tunggal England yang dikategorikan sebagai cukup tampan bagi laman web itu.
Pemain Paling Tampan Piala Dunia 2010
(mengikut tahap ketampanan)
1 - fabio cannavaro (itali)
2 - fernando torres (sepanyol)
3 - david villa (sepanyol)
4 - landon donovan (amerika syarikat)
5 - thierry henry (perancis)
6 - edinson cavani (uruguay)
7 - kaka (brazil)
8 - cristiano ronaldo (portugal)
9 - didier drogba (ivory coast)
10- keisuke honda (jepun)
11 - david james (england)
"aku tau aku memang hensem pun. tengkiu ek"
Pemain Paling Hodoh Piala Dunia 2010
(mengikut tahap kehodohan)
1 - wayne rooney (england)
2 - frank ribery (perancis)
3 - carlos teves (argentina)
4 - vladimir stojkovic (serbia)
5 - benjamin huggel (switzerland)
6 - zdenko strba (slovakia)
7 - rafik saifi (algeria)
8 - scott chipperfield (australia)
9 - john terry (england)
10 - ryan nelson (new zealand)
11 - daniel agger (denmark)

.jpg)




