Aktiviti : Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Peringkat Kebangsaan 2010 Sempena Hari Kemerdekaan Ke-53 (Dirasmikan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia)
Tarikh : 1 Ogos 2010
Masa : 8.00 malam
Tempat : Stadium Utama, Kangar, Perlis
so banyak la benda yang dibincangkan dalam row call pagi tu.. menteri mana yang nak datang, heli nak landing kat mana, JKR tak bagi parking kat padang stadium, ATM tak jadi buat acara payung terjun, majlis perbandaran dah luluskan lesen menjaja, anggota trafik kena jaga kat point mana.. so agak serabut la aku dengar.. mungkin PT nampak muka aku berkerut2 kot, maka beliau berkata, "ema baik tak yah gi la, sesak".
kalau kat NRE dulu, aku hanya terlibat dalam kempen kibarkan jalur gemilang peringkat kementerian, tu pun sebagai pengibar bendera kat lobi.. tapi tahun ni agak membanggakan apabila organisasi aku terlibat dalam event yang besaq macam ni, walaupun aku tak terlibat langsung.. huhuhu.. keje aku cuma buat semboyan untuk mendapatkan anggota bantuan tambahan dari trafik kedah..
(dipetik dari portal rasmi kementerian penerangan, komunikasi dan kebudayaan)
p/s : kibarkan bendera malaysia ye, bukan bendera sepanyol :D






