tanpa berlengah, harith segera mengutuskan salam perkenalan kepada gadis itu. sebenarnya, jezamine jarang membalas mesej lelaki di facebook. apatah lagi jika lelaki itu tidak dikenalinya. pada tanggapannya, lelaki yang berada di dunia virtual tidak boleh dipercayai kerana lebih suka bermain-main.
namun, bagaikan sudah ditakdirkan jodoh mereka, mesej daripada lelaki yang bernama harith iskander musa yang ingin berkenalan dengannya tidak semena-mena dijawab jezamine. dari situ perkenalan mereka berlanjutan ke dunia realiti pula apabila mereka bersetuju untuk berjumpa. setahun berkenalan, kedua-dua mereka tidak boleh menyembunyikan perasaan cinta yang wujud dalam diri.
akhirnya, kata sepakat dicapai apabila pada 12 jun yang lalu, mereka telah selamat diijabkabulkan dalam satu majlis ringkas tetapi meriah di kota damansara. pasangan ini dinikahkan pendaftar nikah, cerai dan rujuk daerah petaling dengan mas kahwin RM300. pihak lelaki membawa hantaran perkahwinan RM50,000 beserta tujuh dulang dan dibalas sembilan oleh pihak perempuan.
begitu la kisah cinta facebook di antara pelakon, penulis skrip, 'stand-up comedian' dan penggiat teater, harith iskandar dengan jezamine lim, seorang doktor dan model part-time.
p/s : hah, kaki facebook, tunggu pe lagi.. mana tau korang dapat kawin dengan cristiano ronaldo ke.. try anto salam perkenalan dulu.. agak2 dia balas tak? huhuhu..






