Tips 1: Memandu dengan kelajuan yang sesuai
Jangan gopoh dan membuat sesuatu secara mengejut, misalnya ketika menuju ke plaza tol atau membelok di selekoh tajam, jangan sesekali menukar gear (misalnya gear 5) terus ke gear rendah.
Pesanan penaja: Berhati2 dengan lembu yang melintas jalan.
Tips 2: Kurangkan berat / bebanan kereta
Jangan bawa barang yang tidak perlu, but kereta anda bukan stor ye. Penambahan berat sebanyak 50kg meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 2%.
Pesanan penaja: Kalau boleh, kurangkan berat badan pemandu dan penumpang2nya sekali.
Tips 3: Tayar diisi dengan tekanan tayar angin yang betul
Jangan biarkan tayar kurang tekanan kerana ia menyebabkan kereta dipandu lebih berat dan ini tidak menjimatkan minyak. Tekanan tayar yang kurang menyebabkan penambahan penggunaan minyak sehingga 35%.
Pesanan penaja: Memandu dalam keadaan tekanan perasaan juga perlu dielakkan.
Tips 4: Kurangkan kelajuan
Lebih perlahan anda memandu, lebih jimat minyak digunakan. Memandu melebihi 90 km/j meningkatkan penggunaaan minyak. Secara perbandingan, pada kelajuan 100 km/j, penggunaan minyak bertambah 10%, 105 km/j (15%) dan 110 km/j (25%).
Pesanan penaja: Jangan pula memandu terlalu perlahan sehingga dipotong oleh pejalan kaki.
Tips 5: Matikan saja enjin kereta jika menunggu
Jika kereta tak bergerak, buka tingkap kereta dan matikan saja enjin untuk menjimatkan minyak kereta anda.
Pesanan penaja: Kalau orang yang ditunggu tu lambat sangat, hon je.
Tips 6: Bijak dalam penggunaan gear
Pilih gear yg sesuai dgn kelajuan. Menggunakan gear rendah untuk kelajuan tinggi menyebabkan pembaziran petrol kerana tekanan terhadap enjin terlalu tinggi. Pemanduan dengan kadar yang laju pada gear rendah boleh meningkatkan penggunaan minyak sehingga 45% dari yang sepatutnya. Penggunaan kenderaan bertransmini manual membolehkan anda menjimatkan minyak.
Pesanan penaja: Sup gear box juga sedap dimakan.
Tips 7: Membrek pada jarak yang selamat
Jika ada sudah tahu di mana hendak berhenti, misalnya di tol atau stesen minyak di tepi highway, perlahankan kenderaan dari jarak yang selamat. Jangan membrek mengejut.
Pesanan penaja: Juga jangan membuat drift tak tentu hala.
Tips 8: Rancang perjalanan
Ini dapat mengelakkan kesesakan lalulintas dan secara tidak langsung akan dapat menjimatkan minyak.
Pesanan penaja: Kalau nak gi pasar malam tu, jangan gatal2 nak melencong gi Giant ke, Jusco ke.
Tips 9: Panaskan enjin sebelum memulakan perjalanan
Hidupkan enjin sekurang-kurangnya 5 minit sebelum memulakan pemanduan. Ini untuk meningkatkan prestasi enjin dan memastikan enjin dapat berfungsi secara optimum.
Pesanan penaja: Optimum tu macam optimus prime dalam cite transformers.
Tips 10: Minimumkan perjalanan jarak dekat
Kurangkan perjalanan jarak dekat kerana ini mampu meningkatkan penggunaaan minyak sebanyak 40%.
Pesanan penaja: Kalau setakat nak gi kedai yang jaraknya sejengkal dari rumah, jalan kaki je kak long.
Tips 11: Gunakan saiz tayar dan sport rim yang sesuai
Saiz tayar dan sport rim yang tak sesuai akan menyebabkan penambahan penggunaan minyak sehingga 10%.
Pesanan penaja: Penggunaan sport rim yang terlebih kilat juga boleh menyebabkan silau pada pengguna jalan raya yang lain.
Tips 12: Isi petrol pada waktu yang sesuai
Waktu yang paling sesuai untuk mengisi minyak adalah pada waktu pagi atau malam. Ini kerana pada waktu ini minyak pertol kurang termeluwap ke udara akibat cuaca panas.
Pesanan penaja: Termeluwap dengan termeluat tu sama tak?
Tips 13: Barang yang perlu dibawa
Anda harus membawa barang yang perlu dan penting saja seperti alat membaiki kereta atau alat yang dapat membantu ketika kecemasan atau first aid kit. Carrier (alat membawa barang atas bumbung kereta) boleh menambahkan penggunaan minyak pada kadar 5%.
Pesanan penaja: Membawa bedak carrie junior dalam kereta adalah dibenarkan.
Kesimpulannya,
Jika anda mendapati penggunaan minyak kereta anda sangat tinggi, periksa la puncanya dulu. Ini mungkin berpunca drpd keadaan teknikal kereta atau mungkin sikap pemanduan anda. Atau anda memang jenis yang tak reti duduk rumah, suka merayau buat perabis minyak kete je. Bila minyak abis, anda plak yang naik minyak..
p/s: nantikan tips2 akan datang.. tips menjimatkan penggunaan minyak masak dan tips menjimatkan penggunaan minyak rambut..
Rahim Rempit
6 months ago




