pagi2 bangun, rumah dah berbau bawang.. mak suruh aku basuh pinggan2 dan sudu2.. lps tu aku goreng naget, beger dgn french fries untuk serapan (makanan yang sangat tak berkhasiat untuk bakal penantin).. lps tu mak suruh aku gam uhu kan labuci kat langsir.. petang plak gi angkat tangga untuk sangkut langsir, kain corak, bunga2 segala bagai.. konon2nya, nak uji skill sendiri dalam menghias bilik penantin.. tapi ternyata aku memang tak de skill.. huhuhu.. walaupun carcamarba, tapi aku bangga dengan hasil keje koleborasi mak, kudik dgn aku.. mak cakap, dulu mak kawin tak de pun buat ni suma, kawin jugak.. jeles la tu..
tu cite kelmarin.. cite semalam plak.. aku nak gi facial, mandi susu dan scrub kat alam sentral.. sekali lagi ayat yang sama diulang, dulu mak kawin tak de pun buat ni suma, kawin jugak.. huhuhu.. sebenarnya, mak tak kasi aku kuar.. mak kata banyak keje nak dibuat kat rumah ni, tapi aku asyik merayau je.. mana tak marah..
so skip cite aku kena marah dgn mak, ni cite psl aku kat kedai facial tu.. tujuan scrubbing ialah untuk membuang segala daki2 yang ada di badan.. selepas daki2 tersebut dibuang, kita akan kelihatan lebih bersih dan putih :D
kemudian, aku dimandisusukan.. penah dengar pepatah, 'sambil menyelam minum air?'.. ye, itulah yang cuba aku lakukan tetapi susu tersebut telah dicampur dengan sabun dan rasanya pahit.. maka pepatah yang sesuai ialah 'kerana sabun setitik, rosak susu ke tab'.. bijak tak aku.. (aku rasa mandi susu ialah mandi sabun susu kambing kot.. kan..)
balik dari facial, aku terus tolong mak bungkus pulut panggang (nak amik ati).. adik aku dgn anak2 jiran sebelah rumah tengah buat bunga manggar.. lepas tu mak suruh aku mop lantai.. huhuhu.. sia2 je facial aku.. lepas tu tengok jam dah pukul 8.. malam ni final american idol.. so aku buat job rotation, aku packing goodies plak, depan tv.. sambil masukkan air kotak dalam beg, aku minum sekotak.. sambil masukkan kek sebijik, masuk mulut pun sebijik.. so sepatutnya goodies tu boleh dapat dalam 100, tinggal 80 je.. yang lagi 20 mana pegi, aku tak tau la..
lepas balik dari masjid, pak aku cakap, tadi dia jumpa tok imam.. kan sepatutnya aku nikah lepas solat jumaat.. tapi lepas solat jumaat ni, tok imam tu kata, ada mesyuarat agung masjid la plak.. adoiyai.. dan dan je.. time aku nak nikah tu lah dorang nak buat meeting.. so terpaksa majlis akad nikah aku di'postpone' ke lepas asar..
sok aktiviti aku, gi testing baju.. lepas tu mintak adik aku tolong inaikan.. tanggungjawab ini amatlah berat sebab bila nak sarung cincin nanti, suma mata akan tertumpu pada jari aku.. aku mengharapkan agar inai aku nanti akan menjadi secantik inai aishwarya rai dalam cite devdas.. bukan comot2 macam nota yang biasa aku tulis kat tangan sebelum masuk exam.. ooppss.. hehehe..
dah pukul 2 a.m.. tak tido lagi.. huhuhu.. sekarang ni kena tunggu mak tido baru boleh men ternet.. tadi mak bising sebab suma orang tengah sibuk, boleh plak adik aku main tiki farm.. dah la broadband cuma ada line kat dapur.. tu pun kena gantung kat grill pintu.. so sebelum laptop ni dijadikan gulai, baik kitorg simpan.. bila mak dah tido, kudik guna.. lepas tu baru aku.. tu yang pukul 1 a.m baru sampai turn tu.. huhuhu.. ok la.. goodnite everybody..




