Tarikh: 13 Mei 2010 (Khamis)
Masa: 7.30 pagi - 5.00 petang
Tempat: Putra Banquet Hall, Universiti Putra Malaysia
* Maklumat Tambahan
Makan Pagi: Kuew Teow Goreng + Donut + Air Mineral
Makan Tengahari: Nasi Putih + Ayam Goreng + Gulai Ikan + Sambal Udang + Kacang Panjang + Air Sasi + Air Mineral Putra, UPM
Minum Petang: Karipap + Cucur Badak + Kuih Kaswi + Air Kotak Laici
seramai 1,700 orang pegawai telah menghadiri kursus ini, yang terdiri daripada pegawai lantikan baru, dan juga pegawai yang dah berkhidmat tapi gatal nak minta tukar.. nak tau camne nak bezakan pegawai baru dengan pegawai lama? tengok je muka dorang.. kalau budak baru, muka tak tau pape.. kalau budak lama, muka tahu segalanya..
mari kita mulakan dengan sejarah ringkas PDRM.. sejarah kepolisan di malaysia bermula dengan termaktubnya Piagam Keadilan (Charter of Justice) di Pulau Pinang pada 25 Mac 1807.. maka, setiap 25 Mac kita akan menyambut Hari Polis.. tak aci, kenapa tak de Hari Kerani?
ok, ok.. sambung.. pada zaman tu, watak ketua polis dipegang oleh pakcik temenggung.. kes curi telur ayam dan larikan kerbau orang, dah dianggap sebagai jenayah berat dalam undang-undang adat.. kes curi tulang, tu aku tak pasti..
pada masa kini, PDRM terdiri daripada 96,251 orang pegawai beruniform dan 7,531 orang pegawai awam, menjadikan jumlah keseluruhan warga PDRM sebanyak 103,782 orang (tu belum kira aku, atie, linda dgn shidah lagi).. menurut pegawai PDRM tu, keje kat PDRM memang seronok, memang bahagia.. sampai ada yang lupa nak pencen (agak2 la)..
wawasan PDRM ialah:
- mengamalkan prinsip 'Mesra, Cepat dan Betul' (bukan 'Cepat Betul Mesra' tau)
- meningkatkan profesionalisme di kalangan anggota secara berterusan
- memastikan pasukan sentiasa dipercayai, disegani dan dihormati oleh masyarakat
- menimbulkan perasaan gerun di kalangan penjenayah (bayangkan penjenayah nak takut kat aku.. hmmm..)
setelah diperkenalkan dengan latar belakang organisasi pasukan PDRM, slot seterusnya pula telah menjawab pelbagai spekulasi tentang skop tugas kerani PDRM.. sesungguhnya, jaga lokap, amik repot, kawal lalulintas dan buat road blok tu bukan bidang tugas ktorg ye.. tugas ktorg macam biasa je la, menjalankan tugas2 pentadbiran dan perkeranian..
p/s: lepas ni kena join PERKEP plak (Persatuan Keluarga Polis)..




