apabila raya menjelma seluruh kampung bertukar menjadi fashion runaway.. masing-masing sibuk nak memperagakan baju baru dan kasut baru.. bukan sahaja budak kecik malah budak besar pun.. kalau budak kecik, dia ikut je pe yang mak dia belikan or jahitkan.. kalau kena pakai kaler oren ke kuning, nasib ko la.. ada orang yang buat baju raya sampai 6, 7 pasang.. untuk pegi rumah opah 1, tok wan 1, mak long 1, mak andak 1, mak teh 1.. belum lagi rumah sedaramara dan kawankawan dan jiranjiran yang lain.. tak nak ada siaran ulangan.. ada gak famili yang suka buat tema, laki bini dan anakanak suma pakai kaler yang sama.. yang lagi ekstrem jenis kain pun nak yang sama.. kalau maknya dan anakanaknya pakai sutera maka bapaknya pun.. nasib tak cotton..
bagi makcikmakcik ini la masanya untuk menayang rantai dan gelang emas masing-masing.. lagi lip lap lip lap lagi meriah.. aku tak suka pakai barang kemas tapi mak selalu paksa aku pakai especially kalau gi beraya atau gi rumah orang kawen.. setakat pakai subang tu aku boleh accept lagi sebab dia dah melekat kat telinga dan tak efek pape dalam aktiviti seharian aku.. tapi kalau rantai, ke gelang ke cincin ke, agak rimas dibuatnya.. masa kecikkecik dulu, teringin nak pakai barang kemas tapi mak tak bagi sebab kecik lagi tak reti jaga.. maka pakai la gelang dan cincin plastik yang dapat dari jajan ali baba atau men tikam.. kalau main kawenkawen, suka buat rantai dari batang daun ubi.. dah la bergetahgetah, lepas tu pakai kat leher.. kreatif tak bertempat..
sebagai budakbudak yang tak penah pegang duit lebih dari lima posen, time raya la sibuk nak kumpul duit raya sebanyak mungkin.. masa kecik dulu, dapat duit raya terus bagi kat mak sebab tak tau nak letak duit tu kat mana.. time tu kita pecaya banget kat mak.. mak gunakan duit tu untuk beli sayur ke ikan ke, kita pun tak tahu.. bila dah tak innocent lagi, buat baju raya mesti ada poket supaya senang nak letak duit raya, tak yah bagi mak pegang lagi.. yey!! tapi kesan jangka masa panjang, sampai sekarang pun baju kurung aku suma berpoket dan selalu menjadi tempat kawankawan tumpang letak henpon dan beg duit..
tak hidup suasana raya kalau tak dengar lagu raya kan.. kedai CD kat belakang opis aku tu, dah pasang lagu raya sejak hari pertama puasa lagi.. kedai cina plak tu.. semangat 1 Malaysia kot.. walaupun tiaptiap tahun ada je artis yang nak buat lagu raya sendiri dengan harapan lagu raya dorang akan menjadi evergreen macam lagu raya p.ramlee atau saloma tapi lagulagu lama tetap menjadi pujaan hati ku.. lagu raya sekarang ntah pape, macam bukan lagu raya pun ada.. lagu raya generasi baru yang aku boleh layan, lagu dato' siti macam sesuci lebaran dan nazam lebaran.. dan sekarang ni aku ada sebuah lagu yang aku tujukan khas untuk aku.. dendang perantau.. waaaaaaaaa..
dulu main mercun dan bunga api masih dibolehkan.. sebab budak dulu tak nakal macam budak sekarang.. aku termasuk dalam kategori penakut tapi nak main gak, so berani main bunga api je.. bunga api tak bahaya sangat, dia menyala je tapi tak meletup.. mercun sori, bagi kat budak laki.. sebab tu yang selalu masuk paper putus jari akibat main mercun mesti budak laki kan.. bukan nak menidakkan undangundang, tapi kalau tak main bunga api tu macam tak real je raya.. sampai sekarang pun dalam video klip lagu raya mesti tunjuk scene main bunga api kat halaman rumah kan.. eh, bukan ke sekarang ni bunga api dah diharamkan? tangkap kang..
* eh, eh.. bukan bunga api yang ni.. *
dan yang paling best pasal raya is of cos la ketupat, rendang, lemang.. buang tebiat la namanya kalau masak ketupat time hari biasa kan.. belum lagi dengan pelbagai variasi dan koleksi kuih muih raya yang memang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas (kena tak dengan ayat ni..?) contohnya ialah tat nenas mak aku.. terbaek.. kalau buat tat nenas, aku tolong part masukkan inti nenas tu dalam tepung dia.. kadangkadang kena marah dengan mak sebab aku masukkan inti sikit tapi tepung banyak.. huhuhu.. tahun ni aku tak dapat tolong mak buat kuih raya sebab lagi dua hari nak raya baru aku balik.. huhuhu.. kalau tak, aku la yang tabur bijikbijik yang warna warni tu atas biskut dan aku susun biskut dalam balang.. tiaptiap tahun mak buat kuih raya yang lebih kurang sama je.. mesti ada biskut milo, biskut cornflakes, asam yang kaler merah dan hitam tu serta jeruk.. lepas tu roka, jajan yang macam ferero roche tu.. wajib.. kalau tak pecaya, tengok la raya tahun ni.. mentos pun mak aku kira sebagai kuih raya gak.. siap letak dalam balang lagi.. sekarang baru aku tau minat aku terhadap jajan mewarisi genetik sape..
tahun ni aku telah mendapat vision bahawa ramai yang akan meminta duit raya daripada aku.. tahun lepas anakanak prisma 4 ekor tu dah mintak, tapi aku buat derk je.. tahun ni insyallah aku bagi.. hehehe.. so aku pun sibuk gi asb, cimb dan celcom sematamata nak dapatkan sampul duit raya.. masa bayar bil kat celcom, dengan tak tahu malunya siap mintak.. akak tu cakap tak ada, tapi dia bagi aku pen sebatang.. desperate sungguh.. kalau beli majalah intrend pun dapat sampul duit raya free tapi gambar fasha sandha.. nak? nak?
di kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua umat islam di seluruh dunia terutama sekali mami and dedi ku, asben ku, adik adik ku dan semua kenalan ku.. jika ada salah dan silap sama ada yang disengajakan ataupun tak disengajakan, ampun dan maap ku pohon jua.. halalkan ye segala makan minum dan jajanjajan yang telah ku rembat selama ini.. semoga sambutan aidilfiiri kali ini membawa seribu kegembiraan di samping keluarga dan rakan-rakan yang tersayang..
p/s : malam ni balik kampong.. YEEEEHHHHHHAAAAA!!!!
segalanya bermula pada ari khamis.. tibatiba PT masuk row call.. ahh, sudah.. kalau PT masuk row call ni mesti ada benda penting yang nak dibincangkan dan bakal memakan masa yang lama dan aku bakal dapat banyak keje dan aku tak dapat main pikachu.. wow, i can predict the future..
ya, tepat sekali firasat aku.. PT kata tuan ishak suruh buat majlis pelancaran ops sikap ke-22 peringkat negeri perlis.. biar betol, ops sikap start ari jumaat, ari khamis baru bagitau nak kena buat majlis? kebetulan aku plak yang masuk row call, so aku la yang kena uruskan hal2 semboyan, mintak kanopi dengan PA sistem, jemputan kepada ketuaketua jabatan dan aturcara majlis.. memang kalut.. bila dah kalutkalut camni, mesti ada buat silap.. macam semboyan tu, tak buat makluman kepada KJKA.. abis kena tazkirah dengan tuan ishak.. kad jemputan plak susah bebeno nak edit.. lepas tu, lupa nak letak logo PDRM, dah macam kad jemputan kawin je.. bila dah siap, lupa nak despatch.. terpaksa la jenjalan kaki gi majlis perbandaran jadik despatch girl sekejap.. yang jauhjauh tu encik rafi anto.. sori ye encik rafi, vroom vroom..
tiba ari jumaat.. ramai anggota tak masuk opis sebab dah start bertugas untuk ops sikap.. kalau yang kena bertugas malam, so siangsiang ni dorang tido la.. lepas solat jumaat, nampak pak ku tengah memuatnaik goodies ke dalam pajero polis.. tibatiba PT panggil, "ema, siti.. tak nak ikut skali ke? boleh tolong bagibagi goodies kat pengguna jalan raya.. lepas tu pesan la sket, selamat memandu dan berhatihati di jalan raya".. uih, skema sungguh ayatnya..
so aku dengan siti telah dibawa ke sempadan kedah-perlis (jalan kangar-alor setar) menaiki van polis macam pesalah trafik je.. huhuhu.. lupa nak mintak vest polis trafik yang warna kuning striking tu.. baru la nampak pdrm sket kan..
majlis telah dirasmikan oleh timbalan ketua polis perlis.. walaupan majlis berlangsung dalam keadaan hujan tapi ramai gak wakilwakil dari agensi luar yang hadir.. telekom, JPJ, RTM, JKJR, bomba dan beberapa agensi lain.. majlis simple je.. bagi ucapan sket lepas tu dah.. aku tengok kat tv, majlis pelancaran kat selangor siap ada lepaskan belon, perarakan lintas hormat dan segala bagai.. ktorg ni lepas ucapan timbalan KP, bunyikan siren, lepas tu semua serbu kat tengah jalan untuk mengiringi timbalan KP bagi goodies.. tekejut driverdriver yang tak pakai seat belt tu, terus kelam kabut pakai.. hahaha.. reporter pun sibuk tangkap gambar timbalan KP.. so gambar aku, jangan harap nak ada la ye..
mulamula aku dengan siti jadi penunggu kat tempat goodies tu sebab dah ramai sangat yang membagi goodies.. lepas tu dorang kata ada banyak lagi, kalau cepat bagi, cepat la balik.. maka aku dengan siti terus meng'grab' seberapa banyak goodies yang mampu di'grab', pegi kat tepi jalan, lepas tu bagi kat setiap kete 2,3 goodies.. cepat abis kan? bila dah abis, lupa plak nak amik untuk diri sendiri.. cuak sekejap, tapi bila din kata dia dah reserve untuk kitakita punya, terus lega.. aaaaaa.. (bunyi lega)
so pengalaman terlibat dalam operasi yang dijalankan oleh polis trafik adalah sesuatu yang sangat menarik.. selalu duduk opis je, taip surat, men pikachu.. skali sekala dapat keluar camni syok gak.. asalkan jangan suruh gi buat road block ke, kejar mat rempit ke sudah..
21st august was my birthday.. sweet 16!!! (err.. plus 10).. just face it, you are not young anymore okay.. huhuhu..
the funny thing about birthday is, eventhough we are getting older and we should not be proud of it, but we still celebrate it.. maybe because it's the only day in a year that make us feel really special.. birthday cake, birthday presents, birthday wishes, birthday party espcially for us.. so what's not to like? we don't get those kind of treatment on regular days rite, rite?
we were brought into this so called life, given the chance to grow, to explore, to develop and to learn.. along the way, we experience a lot of cool stuff, gain knowledge and meet people.. shit happens sometimes but in the end, there's a silver lining in every cloud.. so be grateful that you are able to live for yet another day.. the older the wiser.. just like coconut..
so here is my birthday vows.. i wish i hope i will be a good person, good wife, good daughter, good sister, good collegue, good employee, good neighbour, good friend and just be good in everything i do..
thanks to mami and dedi yang telah membesarkan aku dengan makanan yang sedapsedap dan kasih sayang yang tak boleh belah bahagi (tibatiba BM plak).. i was granted with such a wonderful parent, i could not ask for more.. to all my friends, it is true that friends come and go.. but once a friend, always a friend..
rencana ini bertajuk 'pengalaman berbuka puasa di luar'.. bukan luar negara, tapi luar rumah je.. sejak mula berpuasa, ini la first timer aku berbuka puasa di luar.. selalu beli kat bazar je.. lepas gaji ari tu, makan kfc.. tu pun take away.. kalau tak ada idea nak beli apa kat bazar, aku balik umah masak.. aku jarang masak untuk berbuka sebab aku sampai rumah pun dah dekat pukul 7.. bukak puasa pukul 7.28.. ada skali tu buka puasa masak nasi goreng cili padi.. 3 hari 3 malam aku cirit.. gatal, dah tau perut kosong, bukak puasa makan pedaspedas sape suruh.. ampun, tak buat lagi dah..
so pada hari merdeka, aku, asben dan kudik nak memerdekakan diri kami keluar dari kepompom rumah.. destinasi bajet yang pertama, c-mart.. memang membajet sebab dynamo 4.7kg dijual pada harga RM18.50 (harga asal RM23.90) untuk 1 hari sahaja.. susu marigold harga asal RM2 jadik RM1.69.. slogan c-mart 'harihari harga rendah' patut ditukarkan kepada 'hari merdeka je harga rendah'..
destinasi bajet yang ke-dua ialah padang besaq.. umum mengetahui bahawa padang besar adalah syurga bagi kaum wanita.. kain, periuk belanga, toto.. sumamuramura.. kalau makanan, pulut hitam dan bubur cha cha memang feveret makcik makcik.. kudik beli mr.bean punya anak patung yang kaler coklet tu, dijual pada harga RM10.. kalau kat souvenir shop kat area klang valley, mau dekat doploh hinggit.. so berkunjung la ke padang besaq atau buat la border pass dengan hanya RM10 dan anda boleh terus pergi ke siam.. oh ya.. jika nak mensoping di sana, adalah lebih baik jika anda pandai berbahasa siam.. boleh tawaq lebih sket.. p/s: setakat reti sebut 'sawadeekap' tu tak termasuk dalam kategori pandai berbahasa siam ye..
destinasi bajet yang ke-last yang memang kelas ialah seafood by the sea.. spot ikan bakar yang femes kat perlis ni tentulah kat kuala perlis.. tiba di kedai ikan bakar mona pukul 6.30 tapi meja yang kat tepi laut suma dah fully booked.. kami mengoder ikan besar masak sweet sour (aku namakan ikan besar je sebab aku pun tak tau ikan pe yang aku amik tu), sotong goreng tepung setengah kilo (tamak tak hingat), kerang bakar, kailan ikan masin, apple juice 1 jug dan air kosong 1 jug.. masa nak bayar tu bajetbajet dalam 100 lebih kot.. skali 70 hinggit ye.. memang berbaloi..
* ocean *
* dawn *
demikian tadi pengembaraan kami dalam mencari erti sebenar kemerdekaan (huh???!!).. dengan penuh semangat patriotisme, kami bangga menjadi rakyat malaysia yang kaya dengan tempattempat yang menarik dan makananmakanan yang sedap.. kepada malaysia, kami ucapkan selamat menyembut hari kemerdekaan yang ke-53..
setiap tahun terdapat beberapa hari yang sangat kita nantinantikan.. antaranya ialah hari hujung minggu, hari cuti, hari gaji, hari raya dan hari jadi..
hari hujung minggu terdiri daripada hari sabtu dan hari ahad.. atau di negeri kedah dikenalpasti sebagai hari jumaat dan hari sabtu.. biasanya hari hujung minggu ialah hari untuk kita bermalas-malasan dan bangun pukul 12 tengahari.. walau bagaimanapun, hari hujung minggu juga menggalakkan kita untuk mengemas rumah dan menghabiskan masa bersama keluarga.. setelah berakhirnya hari hujung minggu, maka secara otomatik hari isnin akan menjadi hari malas sedunia.. bohong sape yang kata tak betul.. wekk..
hari cuti ialah hari di mana kita tidak perlu pegi bekerja.. kalau kita pegi juga, itulah yang dinamakan silap hari bulan.. hari cuti adalah hari yang sangat dinanti-nantikan kerana ia merupakan tambahan kepada cuti hari minggu dan kita dapat ber'relaks' dengan lebih lagi.. namun hari cuti juga berbeza-beza ikut negeri.. nuzul quran merupakan cuti umum bagi negeri perlis dan selangor ku sayang, tapi bukan di kedah dan putrajaya.. putrajaya mempunyai cuti hari wilayah dan kedah mempunyai cuti awal ramadhan tetapi perlis tiada.. paham tak ni..
hari gaji ialah hari di mana kita mendapat upah yang sewajarnya di atas hasil usaha dan sumbangan kita terhadap organisasi.. apabila hari gaji telah tiba, maka mesinmesin ATM dan pasar raya tesco bakal menjadi tumpuan umat manusia.. telah diumumkan barubaru ni bahawa kakitangan kerajaan dan pesara bakal menerima duit raya sebanyak RM500 pada 1 september nanti..yey!!
hari raya dengan hari jadi aku cite lain la..
kesimpulannya, 1,7,8,14,15,21,22,28,29 adalah hari hujung minggu.. 27, 31 adalah hari cuti.. 25 adalah hari gaji.. dan 21 adalah hari jadi.. livin' la vida loca..
NEWLY ADDED
beautiful monster – ne-yo
halo & walking on sunshine – glee cast
airplanes – B.O.B feat hayley williams
club can’t handle me – flo-rida feat david guetta
love the way you lie – eminem feat rihanna
need you now – lady antebellum
world behind my wall – tokio hotel
goodbye – secondhand serenade
hush hush (remix with i will survive) – pussycat dolls
IN THE COLLECTION
love remains the same – gavin rossdale
all i ever wanted – kelly clarkson
ridin' solo – jason derulo
in my head – jason derulo
when i look at you – miley cyrus
the last song – miley cyrus
eenie meenie – justin bieber feat sean kingston
what you waiting for – mizz nina feat colby o’donis
neutron star collision (love is forever) – muse
MALAY SELECTION
seperti yang ku jangka – KRU
jalanmu bukan jalanku – andra and the backbone
gemersik – krisya
mencari sinar – lefthanded
terbakar cemburu – padi
COOL VIDS
the fire - the roots feat john legend (penjajah yg sangat kejam)
beautiful monster - ne-yo (ala2 the matrix)
misery - maroon 5 (awek yang sangat ganas)
love the way you lie - eminem feat rihanna (in this vid : Megan Fox and Dominic Monaghan from Lost)
ramadhan mengajar kita untuk lebih bersabar.. tapi kalau orang dah kuang ajaq, camne nak sabar lagi kowt..
semalam gi bazar.. dengan letih, hujan lagi.. ok sabar.. dah la parking jauh, terpaksa menapak kat tengah2 lalu lintas yang sibuk.. ok sabar.. dah pusing bazar 2 round still tak tau nak beli pe.. ok sabar..
makcik penjual ni plak, dah tau ari hujan mesti la air penuh atas payung/khemah dia.. yang dia sebokkk nak jolok air tu buat pe.. konfirm la air tu mencurah.. jatuh atas aku plak tu.. aaaarrrrrggghhhh!!! kuang ajaq.. abis lencun baju aku.. nak marah, orang tua.. minta maap pun tak.. macam tak buat salah je.. sakit ati aku.. menyumpah maki segala.. tak kira dah.. terus ilang mood aku nak beli makanan.. baju dah basah.. lagi nak jalan2 ke..
bila marah, aku jadik rajin masak.. sampai rumah pukul 7.30 pun mensempatkan diri masak nasi, masak sardin makarel dan taucu kangkong.. kesudahannya, berbuka pukul 8.. dammitt..
di bulan puasa ini marilah kita sama2 muhasabah diri dan cuba menghargai orang di sekeliling yang banyak memberi sumbangan dalam kehidupan seharian kita sama ada secara langsung atau tidak langsung.. kita mulakan dengan makcik cleaner..
di bulan puasa ini, makcik cleaner mesti penat.. so kita kurangkan la buat sampah.. macam kat sini, disiplin anggota trafik begitu tinggi, kami tak pakai khidmat cleaner pun.. dari sapu sampah ke buang sampah ke cuci tandas ke cuci motor suma kami buat sendiri.. aku pun rajin menyapu bilik.. aku banyak buat filing, so punch kertas sampai benda kecik2 tu berterabur seluruh bilik.. nak pakai vacuum, vacuum tak boleh pakai.. bila on je, bukan sedut habuk, tapi kuarkan habuk (reverse psychology namanya).. abis satu bangunan jadi kelabu2 asap.. uhuk uhuk huk..
toilet aku comel.. nama dia bilek ayer.. klasik gitu.. toilet share laki pompuan.. jangan buat jakun, kat umah pun toilet share gak kan kan.. toilet ni ada 2 pintu, pintu luar dan pintu dalam.. so kalau kami yang guna toilet ni, kami akan kunci pintu luar dan pintu dalam.. tapi kalau orang luar yang guna, dorang akan kunci pintu dalam je.. sebab pintu luar ada sinki untuk basuh tangan..
al-kisahnya, pada satu hari aku masuk toilet.. dengan konfidennya terus tutup pintu luar.. tiba2 ada lelaki kuar dari pintu dalam.. aaaaaaaaaaaaaa.. tekejut aku.. dia pun tekejut tengok aku tekejut.. dia cepat2 keluar sambil minta maap.. aku harap dia tak lupa zip seluar.. hahahaha..
p/s : kebersihan itu separuh daripada iman - riwayat muslim