Gadis Pan Asian ini berdarah Melayu di sebelah ibunya serta Amerika Syarikat di sebelah bapanya. Malah, dia sendiri dilahirkan di Hosutan, Texas, Amerika Syarikat serta dibesarkan di Kuala Lumpur. Penglibatannya sebagai model pelakon sudah bermula sejak usianya kanak-kanak lagi.
Sharifah Sofea Syed Hussein (25 tahun)
Aktres kelahiran Liverpool, Englad yang berdarah Melayu di sebelah bapanya dan Scottish di sebelah ibunya ini pernah menggemparkan masyarakat apabila gambarnya bermain dengan 2 ekor anjing peliharaan rakannya tersebar di laman sosial. Namun Sofea yang sudah pun mendirikan rumahtangga dengan jejaka pilihannya menjelaskan dia tahu hukum hakam memegang anjing dia juga juga telah melakukan samak selepas memegang anjing tersebut.
Maya Karin Roelcke (31 tahun)
Dilahirkan di Bayreuth, Jerman, Maya Karin memiliki darah campuran Melayu, Cina dan India di sebelah ibunya, manakala Jerman di sebelah bapanya. Maya berkahwin dengan Steven Shorthose atau nama Islamnya, Muhammad Ali yang juga seorang guru matematik di sekolah antarabangsa The Alice Smith School di Itali pada 2008. Namun tidak lama selepas itu perkahwinan mereka mengalami masalah dan Maya menyebut ianya berkaitan dengan perbezaan budaya antara mereka.
Yasmin Hani Richardson (31 tahun)
Model, hos dan aktres acukan Melayu di sebelah ibunya dan Inggeris di sebelah bapanya ini mula dikenali menerusi rancangan Muzik@Ria di Astro Ria. Dia juga merupakan adik kepada pelakon Yasmin Suraya yang pernah membintangi filem Penyair Malam suatu ketika dulu.
Juliana Sophie Johari Evans (21 tahun)
Bermula sebagai model iklan komersil Pringles pada tahun 2005, gadis berdarah kacukan Melayu di sebelah ibunya dan Inggeris di sebelah bapanya ini sedang hangat menjalinkan percintaan dengan vokalis Bunkface, Sam.
Julia Binti Bob Fauzi Ziegler (25 Tahun)
Model dan aktres kelahiran Melayu-Inggeris ini mula menjadi model untuk TV komersial seperti Pringles, Nokia, Celcom, Olay Pantene dan Sendayu Tinggi. Memegang watak utama dalam filem Jangan Tegur dan pernah digosipkan dengan Yusry KRU.
Faradhiya Mohd Amin (26 tahun)
Dilahirkan di Sarzana Itali, penyanyi serta pelakon berdarah kecukan Melayu-Inggeris yang berbakat besar ini penah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan penyanyi Hattan. Malah, namanya juga turut menjadi perhatian apabila abangnya, Amin dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan aktres Norish Karman yang berusia lebih tua daripadanya.
Aishah Jennifer Mohamed Sinclair (30 tahun)
Model, hos dan aktres kacukan Melayu-Inggeris ini merupakan adik kepada aktor Ashraf Sinclair yang kini sudah mengahwini penyanyi serta pelakon Indonesia, Bunga Citra Lestari. Tidak seperti abangnya, Aishah yang juga sudah mendirikan rumahtangga dengan jejaka pilihannya nampaknya lebih selesa menceburi dunia pengacaraan berbanding lakonan.
p/s : merri krismas & hepi holiday everybody..
p/s : merri krismas & hepi holiday everybody..





