Tuesday, December 7, 2010

eMa LaHir paDa 24 ZuLkaeDah 1404H


Perilaku Berdasarkan Bulan Islam - ZULKAEDAH :
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.


* * * * * * * * * * * * * * * * *   

ya.. banyak perkara yang telah berlaku kebelakangan ini yang menyebabkan aku menjadi jahat.. blog aku yang kiut miut kaler pink ini telah aku jadikan medium untuk mencaci maki orang2 yang menyusahkan kehidupan seharian aku.. sedangkan dulu, dalam blog ini lah aku bercerita tentang perkara2 yang aku suka dan orang2 yang aku suka.. tiada unsur2 kebencian dan kejahatan langsung..


* * * * * * * * * * * * * * * * *  

assalamualaikum wbt..

kerana kamu salah seorang yang saya sayang kerana Allah, dengan niat ikhlas bismillahirrahmanirrahim :
ya allah.. insan yang membaca sms ini adalah insan soleh yang taat padamu, kuat, sabar, sayangilah dia serta kasihilah dia.. tolong bantu tingkatkan kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan badannya.. jika dia melangkah, selamatkanlah dia, mudahkan langkahnya.. amin.. salam maal hijrah..
(sms from safwan)


* * * * * * * * * * * * * * * * * 

aku perlu berhijrah, ke arah penghijrahan yang positif.. muhasabah diri.. nilai setiap perilaku dan tutur kata agar segala kelemahan dapat diperbaiki.. mulakan hari baru di tahun baru dengan semangat yang tinggi dan azam yang kuat.. seperti mana aku mulakan hari dengan meminum susu anmum materna untuk memenuhi keperluan zat baby.. yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan..


SALAM MAAL HIJRAH 1432H

 

♥ bLoG aKu ♥ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino