Friday, July 30, 2010

kiBar jaLur geMiLang


semalam row call berjalan dengan agak lama sebab PT nak brief pasal majlis ahad ni.. ada majlis pe ahad ni?

Aktiviti : Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Peringkat Kebangsaan 2010 Sempena Hari Kemerdekaan Ke-53 (Dirasmikan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia)
Tarikh : 1 Ogos 2010
Masa : 8.00 malam
Tempat : Stadium Utama, Kangar, Perlis


so banyak la benda yang dibincangkan dalam row call pagi tu.. menteri mana yang nak datang, heli nak landing kat mana, JKR tak bagi parking kat padang stadium, ATM tak jadi buat acara payung terjun, majlis perbandaran dah luluskan lesen menjaja, anggota trafik kena jaga kat point mana.. so agak serabut la aku dengar.. mungkin PT nampak muka aku berkerut2 kot, maka beliau berkata, "ema baik tak yah gi la, sesak".

encik lie menjawab, "ema boring tu tuan. ari ahad kan abang dia keje"

huhuhu.. ye..

kalau kat NRE dulu, aku hanya terlibat dalam kempen kibarkan jalur gemilang peringkat kementerian, tu pun sebagai pengibar bendera kat lobi.. tapi tahun ni agak membanggakan apabila organisasi aku terlibat dalam event yang besaq macam ni, walaupun aku tak terlibat langsung.. huhuhu.. keje aku cuma buat semboyan untuk mendapatkan anggota bantuan tambahan dari trafik kedah..


KANGAR 29 Julai 2010 - Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, YB Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim hadir menyaksikan raptai Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Peringkat Kebangsaan 2010 di Stadium Utama Kangar, Perlis pada malam 1 Ogos 2010 ini di sini.
(dipetik dari portal rasmi kementerian penerangan, komunikasi dan kebudayaan)



p/s : kibarkan bendera malaysia ye, bukan bendera sepanyol   :D


Wednesday, July 28, 2010

maRi bertuKang


semalam kan, aku buat projek dengan asben.. hep, pikir pe tuh? bukan yang tu la.. projek ni namanya "nak jimat duit punya pasal, beli rak tv yang kena pasang sendiri tu".. kalau nak tunggu eric leong datang rumah ktorg buat makeover, sampai pencen pon dorang takkan datang.. so DIY je la..

* beli kat pasaraya aneka kat jitra mall RM109.00 *

projek bermula lepas maghrib.. aku yang duduk bersimpuh kerana sakit perot senggugut telah menawarkan diri untuk membantu.. asben kata, "bagus la.. dok buat keje admin je, praktikkan sket skill engineering tu", sambil menghulurkan skru dan skru drebar.. nah, pasang ni.. amik yang tu.. tau tak nak buat camne.. skru bagi lurus.. dan ini.. dan itu.. (arahan dari semasa ke semasa)

tiba2 asben berkata, "ayang nak brodben tak?" uihh, sudah semestinya, gila apa tak nak.. lalu asben continued, "tapi syaratnya, abang kena gi men futsal.. 1 jam je.. balik kang kita sambung pasang rak ni".. ayang eh aku pon menjawab, "demi brodben, abang gi 3, 4 jam pun tak pe".. so sistem barter berlaku, aku telah menukarkan asben aku dengan brodben..

meng'on'kan pc dengan penuh bersemangat ni.. tiba2.. eh.. WTF??!! pesal ni?

' ..... failure ..... insert ...... boot.... ' (ntah pe benda yang pc tu tulis)

tak boleh men ternet la ni? aarrrgghhhh!!!!!

so duduk tenangkan fikiran kat sopa.. mengadap papan2, skru2 yang berterabur.. maka..

 * bahan-bahan yang diperlukan *

* amik papan no 13.. cantumkan dengan papan no 14.. pakai skru no 24 *


* almost done.. memerlukan dedikasi dan integriti walaupun tak reti *


* tadaaa!! *


dah siap rak tv aku.. pasang sorang2 beb.. perfecto.. alejendro.. kemas dan berdiri teguh, harap2 la, sebab aku lupa nak bubuh gam dan aku dah pasang papan tu terbalik.. huhuhu.. tapi itu langsung tak menghalang aku daripada terus meninggi diri.. huawahaha.. asben balik pun tekejut.. dia kata, "mula2 tengok ayang macam blur2 je, skali balik dah siap.. i'm impressed.." tengkiu encik abang *termalu-malu*


p/s : don't underestimate people.. u'll never know..

Sunday, July 25, 2010

beBas kanSeR


aku, siti dan ain (IPD padang besar) telah menghadiri suatu ceramah kesihatan bertajuk "Bebas Kanser dan Pencegahannya Untuk Lelaki dan Wanita" pada 22 julai 2010 (khamis).. siti yang beriya2 ajak aku pegi sebab dia malas nak duduk opis.. maka kedua2 kerani trafik telah membawa diri ke dewan residensi, kangar dan meninggalkan opis terkontang-kanting.. jahat tak? ini adalah aktiviti kokurikulum aku yang pertama sejak bekeje di IPK dan aku agak excited untuk mengetahui apakah lauk makan tengahari yang bakal dihidangkan..

sesampainya aku di tempat tersebut, aku berasa sangat muda kerana kebanyakan yang pegi ialah akak2 dan makcik2, juga datin2.. encik yang akan menyempaikan ceramah tersebut ialah Dr. Rushdan dan Dr. Clement dari Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah..


ceramah dimulakan dengan fakta:

"setiap 4 minit, ada 1 orang yang mati kerana kanser di seluruh dunia"

faktor peningkatan kanser adalah:
1 - peningkatan warga emas (semakin panjang jangka hayat hidup, makin byk risiko penyakit)
2 - penggunakan tembakau (merokok)
3 - pemakanan cara barat yang tak sihat (McD, ciken cop, big apple donat)
4 - cara hidup yang tak sihat (tak bersenam, seks rambang)
5 - jangkitan virus dan bakteria
6 - pencemaran alam sekitar (air, udara, makanan laut, sayur, buah)

kanser no. 1 ialah kanser paru2 diikuti dengan kanser payudara, usus besar, perut, hati dan pangkal rahim (serviks)..

kita fokus pada kanser wanita ye..

1 - kanser payudara
mereka yang berisiko untuk mendapat kanser payudara ialah mereka yang mula datang haid pada usia muda (<12 tahun) dan putus haid pada usia lanjut, mula hamil pada usia lebih 25 tahun, pengambilan lemak haiwan yang tinggi, merokok & minum alkohol, kegemokan dan keturunan. rawatan untuk kanser payudara adalah melalui pembedahan, radioterapi, kemoterapi, hormon dan ujian mamogram.

2 - kanser pangkal rahim (serviks)
punca kanser serviks adalah disebabkan jangkitan kuman HPV. antara gejala kanser serviks ialah pendarahan selepas hubungan seks, keluar lendir berdarah, sakit di bawah lutut dan turun berat badan secara mendadak. wanita yang dah berkahwin adalah berisiko untuk mendapat kanser ini dan ia akan menjejaskan fungsi reproduktif wanita. pencegahan boleh dilakukan melalui ujian saringan PAP SMEAR dan mengambil vaksin HPV.

3 - kanser ovari
kanser ovari ialah kanser yang tidak boleh dicegah. ia perlu dikesan pada peringkat awal supaya boleh dirawat. mereka yang berisiko rendah untuk mendapat kanser ini ialah pernah hamil, ibu2 yang menyusukan anak dan mengambil pil perancang. menurut cerita doktor, pasakit kanser ovari mempunyai perot yang boncit, yang mereka rasa adalah gemok atau mengandung. tapi sebenarnya ia adalah ketumbuhan yang boleh mencapai sebesar buah nangka. oleh itu, kalau rasa was2 terhadap isi perot, pegi la check.
 
4 - kanser rahim
kalau kanser serviks berlaku di pangkal rahim, kanser rahim plak berlaku di dinding rahim. mereka yang berisiko mendapat kanser ni ialah mereka yang dah menopaus.

ada gak bekas pesakit kanser payudara yang berkongsi pengalaman dia.. doktor tu pon banyak bercite pasal pengalaman berhadapan dengan pesakit kanser.. best gak dengar cite dorang ni.. the survivors..

aku pon nak berkongsi pengalaman aku gak.. geram tol dengan makcik2 yang potong line aku nak masuk toilet.. aku tak bagi potong kang kata aku tak hormat owang tua.. bila aku dah bagi sorang potong, kawan2 dia sambil sembang2 tu sambil masuk line sampai 2, 3 orang.. gila tak hangin..

lepas tu nak beratur makan pon.. boleh plak men amik2kan nasi untuk geng2 avon, amway dan tupperware dorang tu sampai 10 orang.. lepas tu tak yah beratur terus amik lauk.. nasib baik aku dpt kawan yang agresif macam siti.. makcik tak makcik, dia men cilok je.. salute ah attitude dia.. attitude yang aku nak buat tapi tak berani..hahaha..

so pukul 1 ceramah berakhir.. balik opis.. buat keje.. hah, amik ko..


p/s : destinasi seterusnya, 'bengkel membuat kek cawan dan muffin' anjuran puspanita dan 'promosi masakan/biskut menggunakan nestle cornflakes' anjuran perkep :)

Tuesday, July 20, 2010

dOn't stOp beLieVin'


Cite Glee ada 12 watak utama:

Will Schuester - McKinley High's Spanish teacher turns director of the glee club
Sue Sylvester - coach of "Cheerios" cheerleading, and the Glee Club's arch-nemesis
Emma Pillsbury - the mysophobic guidance counselor, has feelings for Will
Terri Schuester - Will's wife of five years
Rachel Berry - talented star of the glee club
Finn Hudson - star quarterback of the school's football team
Mercedes Jones - a fashion-conscious diva who resents having to sing back-up
Kurt Hummel - a gay male soprano
Artie Abrams - a guitar player and paraplegic
Tina Cohen-Chang - an Asian American student with a fake speech impediment
Noah "Puck" Puckerman - a friend of Finn's on the football team
Quinn Fabray - Finn's cheerleader girlfriend
Santana and Brittany - Cheerios and glee club singers respectively


antara performance yang aku suka sangat2 sepanjang season 1 ni ialah masa vocal adrenaline perform lagu rehab, rachel duet dengan mr. shue lagu endless love, mercedes nyanyi lagu burst your windows, rachel vs kurt for defying gravity, the boys perform mash up it's my life/this is my confession, the girls perform lagu bad romance.. aaaa.. banyaknya performance yang best2.. cite glee memang best.. no wonder la GLEE got nominated for 19 categories @ 62nd Primetime 2010 Emmy Awards.. sugoi!! end of season 1.. can't wait for season 2.. must be bigger and better.. hehehe..



p/s : big L on the forehead :D

Monday, July 19, 2010

to siR witH Love


Pre-regionals (Mr. Shue to the guys) :
 
“One day, all of you are going to be gone. 
And all of this—all of us—will be nothing but a hazy memory. 
It will take you a second to remember someone’s name. 
Someone will have to remind you of the songs we sung; the solos you got, or didn’t get. 
Life really has only one beginning and one end: and the rest is just a whole lot of middle. 
And I love you guys too much to let you not make the most of it.” 
 
 
Post-regionals (The guys to Mr. Shue) :
 
Rachel: "So we have something we need to say to you."

Matt: "In the beginning of this year, I was just another football player."

Tina: "I had a stutter."

Mercedes: "I was a closeted diva."

Quinn: "I used to be captain of the Cheerios."

Mike: "I was afraid to dance outside of my room."

Santana: "I hated everyone in this club."

Brittany: "So did I."

Kurt: "I wasn't honest about who I was."

Puck: "I was tossing kids into Dumpsters."

Artie: "I had never kissed a girl before."

Rachel: "And I was getting slushied."

Finn: "I didn't-I didn't have a father. Someone I could look up to.
Model myself after. Someone who could show me what it really meant to be a man." 

Rachel: "We don't care what the judges say. We won. 
Because we had you as a teacher."

Mercedes: "And Glee club will never end, Mr. Shue, because.... 
You are Glee Club. And you're in all of us now."
 
(starts singing)
                 
Those schoolgirl days of telling tales and biting nails are gone
But in my mind I know they will still live on and on
But how do you thank someone
Who has taken you from crayons to perfume?
Ooooh It isn't easy but I'll try,

Chorus
If you wanted the sky I would write across the sky in letters,
That would soar a thousand feet high,
To Sir, with Love

The time has come,
For closing books and long last looks must end,
And as I leave, I know that I am leaving my best friend
A friend who taught me right from wrong,
And weak from strong, that's a lot to learn,
What, what can I give you in return?
oooh..
 
p/s : GLEE season 1 finale, titled "JOURNEY".. such a metaphore :)
 

Sunday, July 18, 2010

moSt-watcHed viDeo eVer oN yOutuBe


Justin Bieber's music video for "Baby" is the most-watched video ever on YouTube.

The 16-year-old pop star's video passed Lady Gaga's "Bad Romance" video to take the all-time lead. More than 246 million have watched Bieber's video on the Google Inc.-owned website.

Bieber tweeted a thank you to "Beliebers" and said the video's success was "crazy." The singer wrote: "I started on youtube so ... WOW!"

Bieber's video and Lady Gaga's switched positions briefly Friday, but as of late afternoon, Bieber was ahead by more than 600,000 views.

The most-watched clip on YouTube that isn't a music video is the popular "Charlie bit my finger" viral video, which more than 210 million have watched.



p/s : video simple je, tapi dah 210,565,877 viewers (setakat 18/7/2010 pukul 3.50 am)

 

Saturday, July 17, 2010

muSic of tHe dAy


listening to :

 1 - billionaire by travie mccoy feat bruno mars

2 - nothing on you by b.o.b feat bruno mars

 3 - closer to the edge by 30 seconds to mars (video clip cool giler)

 4 - i can't be tamed by miley cyrus (miley all grown up)

 5 - to sir with love by glee cast (from glee finale, sedih lagu ni)

 6 - hush hush by pussycat dolls

 7 -  cinta by mohd (protege ziana zain)

 8  - kekasih halal by wali band

 9 -  manifestasi cinta by fiq feat mirwana

10 -  if you're not the one by daniel bedingfield


'Cause I miss you, body and soul so strong that it takes my breath away
And I breathe you into my heart and pray for the strength to stand today
'Cause I love you, whether it's wrong or right
And though I can't be with you tonight
You know my heart is by your side


p/s : from the backup plan - comel :)
 
 
 
 
 

Friday, July 16, 2010

beKeje di tRafiK


ema : pagi ni tak dak row call sebab depa suma pi operasi malam tadi.. cik wan ada bagi semboyan, sat gi cheq pi minit kat PT atau tuan zul na..

siti : tak per.. sikit jer..

kadang2 aku cakap perlih, siti cakap KL.. hahaha.. klaka bunyiknya..

collegue aku namanya siti.. kalau takut konfius, kita namakan dia siti trafik sebab ramai orang bernama siti kat sini.. siti rekod, siti gerakan.. si-tikus ada, kat opis linda.. kat pantry dia..

selain siti, aku memang tak de collegue lain sebab yang lain suma anggota.. PT (pegawai turus ok, bukan pembantu tadbir), tuan zul, tuan syed, pak chad, pak ku, pak ya, cik wan, cik lan, cik lie, cik joe, cik rafi, sarjan jamal, cik syed, cik lim, cik din, kak mira, jue, firdaus, faizal..

encik A : today is 15 rite?
encik B : yes la.. i know u know..
encik C : why you all speaking christian morning-morning?

hahahahaha..

selalu sebelum aku gi keje, aku akan sapan dulu kat rumah dengan asben.. lepas tu bagi kucing makan.. sampai opis, masuk row call.. kalau ari ni aku masuk, sok siti plak masuk.. dalam pukul 10 camtu, aku dengan siti kuar tapau nasi berlauk.. nampaknya aku telah di'back-to-basic'kan.. orang jawa memang camtu, makan nasi berlauk pagi2.. dulu pukul 10 mak dah masak.. tu la sapan, tu la lunch..

disebabkan ktorg dah makan awal, jadi tengahari, ktorg tak makan dah (kalau makan gak tu namanya perut tong dram).. so siti tido, aku plak men game dynomite (game yang tembak2 telur tu).. nak beronline, ternet lembab.. buat sakit ati aku je..

kang pukul 3 dah lapo balik.. so siti akan ajak aku beli cucuq (macam goreng2an la, pisang goreng ke, cempedak goreng ke) dengan air (kat sini dorang tak jual air bergas botol atau tin.. dorang beli yang 1.5 liter punya, kalau kita nak, dorang tuangkan kat cawan plastik tu, 1 singgit.. kawaii kan? hehehe..) time nak beli pun tak yah kuar dari kawasan opis, hulur tangan je dari celah2 pagar tu.. macam dalam penjara plak.. huhuhu..

opis aku terletak kat trafik light, betul2 kat tengah simpang, tengah bandar.. lokasi memang strategik, dekat dengan bata, avon, anakku, kedai2 makan, butik, cimb, maybank, bank rakyat, stesen bas, pos opis.. lengkap..

* pemandangan dari tingkap opisku *


cuma tempat shoping je tak berapa nak best.. ada the store je, kat kayangan square.. 1st time gi the store tu, temankan linda nak beli kasut.. tapi tak de yang cantik pun.. kedai pun tak banyak.. kesimpulannya, kat perlih ni, cuma tempat untuk aku bekeje je..

* nak naik tak muat *


kalau nak menyoping, baik gi kompleks changloon, kat rumah linda.. atau jitra mall, kat rumah aku.. pasar malam pun, tiap2 ari ada.. semalam kat tanah merah, dekat sangat dengan rumah aku.. tapi kalau nak beli pape, aku suruh asben yang cakap kan, sebab aku tak nak slang KL aku terkuluar.. hahaha..




p/s: orang kay elle ;D

Thursday, July 15, 2010

raHsia naK cePat daPat joDoH


ada orang tua tu kata, kalau nak cepat dapat jodoh, kena amik daun sirih dari sirih junjung orang kawin atau bertunang.. dengan syarat, masa nak amik tu jangan bagitau sape2..

so terdapat la seorang bdk pmpn ni yang begitu beriya2 ingin mencuba nasib..

suatu hari, ada orang bertunang.. bdk pmpn ni dengan kobar2nya gi ke majlis tersebut bersama kawannya.. sampai2 je terus cari sirih junjung.. malangnya, kat sirih junjung tu berkumpul la sekumpulan bdk2 laki.. so bdk pmpn ni pun tunggu la.. semakin lama, semakin lama.. dia dah penat menunggu, maka dia berkata kepada bdk2 laki tu, "nape korang duduk sini? gi la duduk tempat lain"

bdk laki2 yang kehairanan tu pun menjawab, "nape plak ktorg tak boleh duduk sini?"

dengan bebendulnya, bdk pmpn tu berkata, "sebab ktorg nak amik daun sirih ni! oppss.. err.."

arrgghh.. terbagitau.. abis rosak plan.. frust.. frust.. walau bagaimanapun, bdk pmpn tu amik gak la daun sirih tu.. buat penat je.. huhuhu..

selang beberapa bulan, datang rombongan meminang ke rumah bdk pmpn tu.. bdk pmpn tu pun tekejut.. tak sangka, lepas mission failed, petua tu masih lagi menjadi.. tapi dia tertanya2, sape yang meminangnya?

orang yang meminangnya ialah bdk laki yang duk kat sirih junjung masa dia nak curi daun sirih ari tu..

:D


p/s : jodoh ada di mana-mana..

Wednesday, July 14, 2010

deaRest


Being With You..
Is Simply The Best Way..
For Me..
To Spend My Life..

I Love You..
Today..
And All Of My Tomorrows..



Tuesday, July 13, 2010

pauL tHe octopuS


Paul (hatched January 2008) is a common octopus living in a tank at a Sea Life Centre in Oberhausen, Germany, who is used as an animal oracle to predict the results of football matches, usually international matches in which Germany is playing. He came to worldwide attention with his accurate predictions in the 2010 World Cup.

* Paul picks Spain over the Netherlands on July 9, 2010 *


During a divination, Paul is presented with two boxes containing food, each marked with the flag of a national football team in an upcoming match. He chose the box with the flag of the winning team in four of Germany's six Euro 2008 matches, and in all seven of their matches in the 2010 World Cup. He correctly predicted a win for Spain against the Netherlands in the World Cup final on 11 July by eating the mussel in the box with the Spanish flag on it. His predictions have thus been 100% (8/8) correct for the 2010 World Cup and 86% (12/14) correct overall.



p/s : khurafat ni.. kita goreng je sotong ni.. cicah sos.. maveles..
 

♥ bLoG aKu ♥ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino