Monday, February 28, 2011

greNade




I'd catch a grenade for ya
Throw my head on a blade for ya 
I'd jump in front of a train for ya
You know I'd do anything for ya
I would go through all this pain
Take a bullet straight through my brain
Yes, I would die for you baby
But you won't do the same


~ Bruno Mars


Thursday, February 24, 2011

tuMbuk samBaL beLacaN paLing raMai


4Event : Malaysia Book of Records Tumbuk Sambal Belacan Paling Ramai Sempena Pesta Angin TImur (De Bendang) 2011

Tarikh : 27 Februari 2011

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Kampung Banir Tembus, Mukim Sanglang, Simpang Empat, Perlis


Syarat-syarat penyertaan:

1. Terbuka kepada lelaki dan perempuan yang berumur 18 tahun ke atas.

2. Setiap peserta wajib menumbuk sambal belacan menggunakan lesung batu (lesung batu disediakan sendiri oleh pesrta mengikut saiz yang bersesuaian).

3. Peserta diwajibkan untuk memakai seluar panjang berkain pelikat bagi lelaki dan berkain batik bagi perempuan.

4. Peserta dikehendaki menumbuk serentak untuk menghasilkan sambal belacan.


Nota:

1. Bahan-bahan bagi membuat sambal belacan akan dibekalkan (cili, belacan, garam, gula, limau nipis, asam jawa).

2. Peserta akan diberikan nombor pendaftaran yang akan dilekatkan pada t-shirt yang dibekalkan untuk tujuan rekod rasmi pendaftaran sempena “Malaysia Book of Record”. Semua nama peserta akan dimasukkan dalam “Malaysia Book of Record” dan akan diberikan sijil penyertaan.

* nothing like a great sambal belacan to get your tastebuds going *



PESTA ANGIN TIMUR ( DE BENDANG ) 2011

26 – 27 Februari 2010

Antara program-program lain yang menarik:

Pertandingan Memasak Gulai Rebung Bersama Tulang
Pertandingan Memasak Nasi Kerabu, Sayur Keladi dan Asam Pedas Ikan Darat
Pertandingan Tuju Para
Pertandingan Tarik Tali
Pertandingan Mr. Badang Perlis
Pertandingan Tarik Upih
Pertandingan Galah Panjang (Toi)
Pertandingan Wau Helang / Wau Kucing
Pertandingan Wau Bulan
Pertandingan Jengket
Pertandingan Menggagau Ikan
Demonstrasi Membuat Ikan Pekasam
Demonatrasi Membuat Emping
Demonstrasi Menganyam Tikar Mengkuang
Demonstrasi Membuat Belacan
Demonstrasi Membuat Penangin
Demonstrasi Membuat Kelarai
Demonstrasi Membuat Serunai Batang Padi
Demonstrasi Bermain Gelang Getah
Demonstrasi Bermain Batu 7
Demonstrasi Bermain Gasing Kampung
Demonstrasi Membuat Kuih Karas
Demonstrasi Melukis Di Tengah Bendang
Demonstrasi Membuat Sagon Dan Menjual Tapai


Never forget your root ;) Tapi aku jawa, camne?

Tuesday, February 22, 2011

saPe buDak sKoLa yaNg coMeL Ni








budak tersebut ialah... TIZ ZAQYAH!!

(dengan dahi berkerut muka konfius korang akan scroll balik ke atas dan cari yang mana satu tiz zaqyah kan.. hahaha..)

masa aku skola dulu muka comot, kasut dah berbulan tak basuh, kapur je.. stokin jangan cakap la.. tapi tiz zaqyah ni memang dah cun dari zaman skola lagi, sape setuju angkat tangan!



Monday, February 21, 2011

haLus si Nasi


bulan ke-2 ---> 60.5 kg
bulan ke-3 ---> 62.0 kg
bulan ke-4 ---> 61.8 kg
bulan ke-5 ---> 63.0 kg
bulan ke-6 ---> 63.8 kg
bulan ke-7 ---> 66.2 kg

nurse kata.. adik, u ada salah timbang tak? timbang dengan handbeg ka? pegi timbang lagi skali.. huhu.. betul la.. dah memang nak naik 3 kilo, nak buat cmne.. lepas tu nurse nasihatkan, kurangkan karbohidrat, lebihkan sayur dan buah2an.. baik misi T.T

bila kandungan aku dah masuk 7 bulan ni, aku kena kira pergerakan janin.. bermula dari pukul 9 pagi, kira pergerakan baby sehingga 10x.. catatkan masa setalah genapnya 10 pergerakan.. faham tak? nak aku bagi contoh lain? camni ye murid2..

sepertimana eksperimen fizik tingkatan 4 halaju, v = sesaran, s / masa, t menggunakan pita detik di mana 10 detik terakhir mewakili halaju akhir gerakan.. tanpa mengetahui apakah motif dan tujuan eksperimen, maka lakarkan graf halaju, v melawan jisim, m.. lepas tu sila nyatakan pemboleh ubah dimanipulasi, pemboleh ubah bergerak balas dan pemboleh ubah yang dimalarkan.. weh, weh tengok tu.. ustaz baru tu.. hensem.. ngorat nak?

oo.. rupanya aku berhalusinasi sebab kena injek lagi.. benci la.. tangan kejang..


Thursday, February 17, 2011

bieBer iS nOt aMonG tHe wiNner


Record Of The Year
Need You Now - Lady Antebellum (Winner)
Nothin' On You - B.O.B feat Bruno Mars
Love The Way You Lie - Eminem feat Rihanna
Forget You - Cee Loo Green
Empire State Of Mind - Jay-Z & Alicia Keys


Album Of The Year
The Suburbs - Arcade Fire (Winner)
Recovery - Eminem
Need You Now - Lady Antebellum
The Fame Monster - Lady Gaga
Teenage Dream - Katy Perry


Best New Artist
Esperanza Spalding (Winner)
Justin Bieber
Drake
Florence & The Machine
Mumford & Sons


Best Pop Vocal Album
The Fame Monster - Lady Gaga (Winner)
My World 2.0 - Justin Bieber
I Dreamed A Dream - Susan Boyle
Battle Studies - John Mayer
Teenage Dream - Katy Perry


Best Female Pop Vocal Performance
Bad Romance - Lady Gaga (Winner)
King Of Everything - Sara Bareilles
Halo (Live) - Beyonce
Chasing Pirates - Norah Jones
Teenage Dream - Katy Perry


Best Male Pop Vocal Performance
Just The Way You Are - Bruno Mars (Winner)
Haven't Met You Yet - Michael Buble
This Is It - Michael Jackson
Whataya Want From Me - Adam Lambert
Half Of My Heart - John Mayer


Best Pop Performance By A Duo Or Group With Vocals
Hey, Soul Sister - Train (Winner)
Don't Stop Believin' (Regionals Version) - Glee Cast
Misery - Maroon 5
The Only Exception - Paramore
Babyfather - Sade



 eventhough u didn't win, i still love you bieber * muah muah *






Wednesday, February 16, 2011

haRi iNi miLik aNda


 * sunny day *


apabila anda berada di pagi hari, janganlah menunggu waktu petang kerana hari ini adalah kesempatan untuk hidup.. oleh itu, anda tidak perlu memikirkan hari kelmarin yang telah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukan yang mneghiasainya.. tidak juga dengan hari esok yang belum tentu datang..

hari yang saat ini mataharinya menyinari anda dan siangnya menyapa anda, membuat anda mampu memandang alam sekitar.. itulah hari anda, maka manfaatkan hari itu sebaik2nya.. maka anggaplah masa hidup anda hanya hari ini sahaja, atau seakan2 anda dilahirkan hari ini dan akan mati hari ini juga..

falsafah ini akan menyelamatkan kehidupan anda, sehingga tidak tersepit di antara dua kehidupan, masa lalu dengan berbagai kesedihan dan kegundahan yang terjadi masa itu, dan masa depan yang penuh ketidakpastian dan seringkali menakutkan..

pusatkanlah seluruh perhatian dan kreativiti anda untuk satu hari saja.. dan pada hari inilah, anda harus bertekad mempersembahkan kualiti solat yang paling khusyuk, membaca dan memahami Al-Quran secara mendalam, merenungi kehidupan dunia dengan sepenuh hati, keseimbangan dalam segala hal, keindahan dalam akhlak, kerelaan dengan semua yang Allah berikan, perhatikan keadaan sekitar, perhatian terhadap kesihatan jiwa dan raga serta memberi manfat kepada orang lain..


p/s : motivasi yang sangat best.. sesuai untuk orang yang malas gi keje macam aku T.T 


Sumber : Buku ‘ Jangan Bersedih (Setelah Kesulitan Pasti Ada Kemudahan)’
Penulis : Dr. Aidh Bin Abdullah Al-Qarni
Penterjemah : Noraine Abu
Terbitan : Al-Hidayah Publications





Tuesday, February 15, 2011

12 Rabi'ul Awwal 1432 Hijriyyah



Salam Maulidur Rasul


Monday, February 14, 2011

oNe iN a miLLioN


(currently my fave song.. aku suka lagu ni.. aku suka lagu ni..)



One In A Million lyrics


Girl you're so one in a million
You are
Baby you're the best I ever had
Best I ever had
And I'm certain that
There ain't nothing better
No there ain't nothing better than this

Ne-yo




Saturday, February 12, 2011

cUpkeK @ raTukeK


 * my very first rose *


* colourful *


 * silver & black *


 * lovely garden *


 * animal planet *


 * sweet like chocolate *


 * a day to remember *


 * the engagement *


* pretty in pink *
 

 * forever love *


 * retro love *


  * lavender *


 * will you marry me? *


 * cupcake bouquet *


 * cupcake as doorgift *


 * ni bukan cupcake tapi nak tunjuk gak sebab cantik :) *


 * kek lapis as doorgift *


 * dengan ucapan terima kasih *



Location : Seremban, Negeri Sembilan
E-mail : ratukek@yahoo.com
Phone : 016-310 4193
Website : http://www.flickr.com/photos/ratukek/


Tuesday, February 8, 2011

aNgpoW daN LiMau


masa aku keje swasta dulu, aku lebih excited nak celebrate raya cina daripada raya puasa.. sebab time raya cina bos akan bagi bonus.. so kalau dapat gaji sebulan + bonus sebulan + angpow sebulan, mau tak jadik billionaire aku.. tu belum lagi angpow dari setiap agent, lopek2 pun RM10 sorang.. lepas tu dapat hamper lagi, limau lagi..  

kat opis buka radio MY FM so menjelang raya cina aku akan dengar lagu kong si kong si kong si ni sepanjang hari.. lepas tu agents suma sebok jemput aku datang open house.. dorang kata dorang order makanan dengan katering melayu sebab customer dorang ada yang melayu, india.. tapi aku still tak nak gi, takut ada anjing.. huhu..

yang tak bestnya, cuti umum cuma 2 hari, tapi bos suruh cuti seminggu.. best pe ke benda, kena tolak cuti tahunan tu.. hampeh tol.. bila nak buka opis lepas tahun baru, kena tengok feng shui dulu, tarikh pe yang ong untuk bisnes dia tahun tu.. walaupun suma orang datang awal, tapi kena tunggu bos sendiri datang buka pintu.. lepas tu baling2 limau.. nasib baik tak bakar mercun dengan buat lion dance kat depan opis.. huhuhu..

camtu la sambutan tahun baru cina aku kat life power wealth management.. aku sorang je melayu kat company tu.. tak pecaya tengok gambar ni..


kalau korang tak cam aku yang mana satu, aku yang pakai tudung tu hah.. sebelah aku may yap.. may yap ni ex-bos aku.. dulu aku PA dia.. lepas pindah opis ni, aku jadi admin.. gambar ni masa celebrate besday aku dengan may yap.. besday ktorg sama, 21 OGOS, in case korang tak tau.. setiap kali ada besday sape2 mesti celebrate.. tak de la belon or decoration pape, just makan kek je.. 

masa memula keje dengan may yap, suma orang pesan, u hati2 dengan itu may yap, dia angin manyak kuat.. emmm.. kalau kita buat keje tak betul, mesti la kena marah.. kalau tak nak kena marah, buat la keje betul2.. kan kan..

masa tu aku praktikal.. bila may yap nak amik aku keje tetap dengan dia, ramai yang cam tak setuju, dorang kata, jangan amik melayu, melayu tak tau buat keje, melayu pemalas.. may yap kata, sebelum ni dia amik PA cina pun tak tau buat keje, pun pemalas gak.. hah, terus senyap.. hehehe..

may yap kata aku banyak tolong dia, sebab aku 'universiti punya olang'.. dia sekolah pun sampai darjah 6 je, keluarga susah.. so komputer tak reti, BI pun tak reti.. aku hanya membantu setakat yang termampu..

walaupun aku tak paham bahasa cina (dorang ngumpat aku pun tak tau), kadang2 kalau dorang makan bah kut teh, aku kena la gi tapau makan sorang2, tapi aku tak kisah.. janji gaji masyuk.. hehehe..

masa aku sekolah rendah pun, majoriti chinese.. melayu tak ramai.. so kalau ada pertandingan nasyid, balik2 muka yang sama je participate.. huhuhu..


kalau korang tak cam aku yang mana satu, aku pakai tie kaler merah dengan stokin sebelah panjang sebelah pendek duduk sebelah budak india yang duduk sebelah cikgu.. time ni darjah 4 Orkid Sekolah Rendah Kebangsaan Methodist (P) Klang.. nama cikgu, Puan Giam Yee Sim a.k.a Puan Peh.. cikgu ni baik, sebab tu aku ingat nama dia.. hehehe..


Selamat Menyambut Tahun Baru Cina.. 3 - 4 Februari 2011.. Tahun Bugs Bunny.. Makan carrot bebanyak :)


Tuesday, February 1, 2011

aKu peMinat tuDung baWaL


masa kat induksi, seorang penceramah telah bertanya kepada seorang peserta..

"mengapa kamu memakai mekap?"

peserta itu menjawab, "untuk kepuasan diri sendiri"

kemudian penceramah itu bertanya, "jika untuk kepuasan diri sendiri, ada ke kamu pakai mekap kat rumah, time tengok tv ke, time tido ke"

peserta itu hanya tersengih2..

jawapan yang sebenar ialah, kerana Allah suka kepada kecantikan dan keindahan.. tetapi hakikat manusia, kita berhias untuk dilihat oleh orang lain, untuk mendapatkan pujian dan perhatian.. namun ada juga yang ikhlas, untuk membina keyakinan diri (sebab kalau kita pakai baju yang koyak ke, kena sambal ke, luntur kaler ke, tak iron ke, memang malu nak jumpa orang beb)..

beauty is in the eyes of the beholder.. beauty is only skin deep.. beauty is universal.. beauty is subjective.. beauty is....

minggu lepas selak2 majalah mingguan wanita.. kak W kata, syok tengok fesyen2 tudung kat dalam majalah sekarang ni.. suma style tudung syria, mana ada pakai tudung macam ni lagi dah (sambil menunding ke arah tudung bawal aku).. p/s : makcik ni pemakai tudung syria..

hish, nak kena makcik ni.. aku malas nak cakap banyak, aku cakap, pakai tudung ni selesa.. lepas tu makcik ni tak puas ati.. dia kata, pakai tudung bawal ni kena pin sana pin sini.. kalau pakai tudung syria ni tinggal sarung je..

makcik ni memang tak mo kalah.. tak kuasa la aku nak bertekak dengan dia.. tapi berdasarkan pemerhatian aku, orang yang pakai tudung syria ni la lagi banyak mem'pin'.. pin kat bawah dagu, pin belakang tengkuk, pin kiri, pin kanan.. lagi banyak keje.. 

pasal bertudung ni, terpulang la pada individu.. yang penting niat harus betul, untuk menutup aurat.. aku lebih suka pakai tudung bawal, sebab nampak kemas, sopan, simple dan evergreen.. tudung syria ni, kejap je.. bila dah tak musim, orang dah tak pakai dah..

kalau lepas ni makcik tu cari pasal dengan aku lagi, aku cakap camni.. makcik, makcik kenal tak bruno mars? dia kata 'you are amazing, just the way you are'.. lagu tu memang ditujukan untuk saya..

kalau makcik tu kata dia tak kenal bruno mars, aku cakap, makcik ni pakai tudung je trendy tapi bruno mars pun tak kenal.. agak2 kurang ajar tak?

ala, kalau dah cantik tu, pakai pe pun cantik kan  :)



 

♥ bLoG aKu ♥ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino