* sunny day *
apabila anda berada di pagi hari, janganlah menunggu waktu petang kerana hari ini adalah kesempatan untuk hidup.. oleh itu, anda tidak perlu memikirkan hari kelmarin yang telah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukan yang mneghiasainya.. tidak juga dengan hari esok yang belum tentu datang..
hari yang saat ini mataharinya menyinari anda dan siangnya menyapa anda, membuat anda mampu memandang alam sekitar.. itulah hari anda, maka manfaatkan hari itu sebaik2nya.. maka anggaplah masa hidup anda hanya hari ini sahaja, atau seakan2 anda dilahirkan hari ini dan akan mati hari ini juga..
falsafah ini akan menyelamatkan kehidupan anda, sehingga tidak tersepit di antara dua kehidupan, masa lalu dengan berbagai kesedihan dan kegundahan yang terjadi masa itu, dan masa depan yang penuh ketidakpastian dan seringkali menakutkan..
pusatkanlah seluruh perhatian dan kreativiti anda untuk satu hari saja.. dan pada hari inilah, anda harus bertekad mempersembahkan kualiti solat yang paling khusyuk, membaca dan memahami Al-Quran secara mendalam, merenungi kehidupan dunia dengan sepenuh hati, keseimbangan dalam segala hal, keindahan dalam akhlak, kerelaan dengan semua yang Allah berikan, perhatikan keadaan sekitar, perhatian terhadap kesihatan jiwa dan raga serta memberi manfat kepada orang lain..
p/s : motivasi yang sangat best.. sesuai untuk orang yang malas gi keje macam aku T.T
p/s : motivasi yang sangat best.. sesuai untuk orang yang malas gi keje macam aku T.T
Sumber : Buku ‘ Jangan Bersedih (Setelah Kesulitan Pasti Ada Kemudahan)’
Penulis : Dr. Aidh Bin Abdullah Al-Qarni
Penterjemah : Noraine Abu
Terbitan : Al-Hidayah Publications





