tujuan aku balik kampung pada weekend yang lalu ialah kerana eddie kawin.. sape eddie? eddie ialah anak pengasuh asben yang dipanggil abah dan mak mus.. dorang ada menyertai rombongan menghantar masa aku kawin dulu.. eddie siap jadik pengapit asben lagi.. bapak dia plak jawa, dah jadik geng ngomong ngomong dengan bapak aku.. so kalau tak gi kenduri dia, segan la plak kan..
kebetulan kandungan aku dah 7 bulan.. selalunya bila seseorang wanita yang hamil pertama dan kehamilan memasuki usia 7 bulan, upacara lenggang perut akan diadakan bagi memohon keselamatan ibu dan bayi.. mak aku pun penah buat gak dulu, tapi lepas dengar ceramah2 yang mengatakan lenggang perut tu boleh mendatangkan syirik, maka mak aku tak buat untuk aku.. sekadar buat kenduri doa selamat sikit2 sudah..
sehari sebelum balik kampung, aku tepon adik aku suruh order kan kek kat taman perwira.. tujuan aku beli kek ialah untuk celebrate besdet asben 16hb ni.. dulu masa aku nak kawin, aku berkenan sangat kat kek coklat ni yang ada huruf2 terpacak diperbuat daripada coklat putih.. cute sangat kalau dijadikkan hantaran.. tapi memandangkan masa aku kawin dah banyak sangat dapat kek free, maka aku kensel je niat tu untuk mengelakkan pembaziran.. masa aku gi survey dulu, orang kedai tu kata 1 huruf seringgit, tapi disebabkan aku tak nak perkataan H.A.P.P.Y B.I.R.T.H.D.A.Y tu, aku nak ganti dengan E.M.A & S.U.H.A.I.Z.A.N maka dia tak cas pape.. tak sempat nak tangkap gambar la, tau2 kek tu dah tinggal suku..
berbalik kepada cite lenggang perut, asben kata ada kawan dia tu bini dia orang jawa gak.. buat lenggang perut betul2 ikut adat jawa.. kena mandi bunga berkemban la.. lepas tu kena pecah kelapa.. kalau pecahnya lurus, maka dapat anak lelaki je.. kalau senget, dapat anak pompuan je.. kalau lurus lepas tu senget, maka dapat anak berselang seli, silang bunga namanya.. kelapa plak bukan sebarang kelapa.. kena cari kelapa pertama dari pokok yang belum pernah dikait atau dipetik..
tu adat jawa.. kalau adat melayu, lain plak ceritanya.. lenggang perut adat melayu..
aku ada gak jemput kengkawan aku sorang dua yang duduk dekat2 ni.. thanks so much syura, elly, pecei dan sal yang sudi datang makan2 kat rumah aku.. aku siap pesan, rugi kalau korang tak datang, mak aku masak sedap.. hehe.. menunya memang berunsur kejawaan.. ada sambal tempe, urap, jengkol, telur masin.. selain tu, mak aku ada sediakan ayam masak kicap, gulai daging.. huishhh, ape tu air liur meleleh2 tu.. lap.. lap..
* pecei, syura, aku, elly (mak buyung gak) & fana (anak buah asben) *
tima kasih gak kat mak dengan pak aku yang bersusah payah main masak2 kat dapur tu.. bapak aku panggil ayam penyet, ayam kemek.. adoyai..




