Wednesday, June 16, 2010

seLamat dataNg kE peRtH


hari pertama melaporkan kes.. eh, ari pertama melaporkan diri di majlis perbandaran perth (bukan nama sebenar).. hubby anto gi keje.. konon nak dapatkan semangat baru so pakai kasut baru, kasut hantaran kawin ritu, made in primavera.. comel.. tapi aku senggugut la plak (maknanya perot aku tak isi baby lagi ok).. dari rumah aku ke opis dalam 40 minit..



sepanjang perjalanan yang tak jem tu, aku dihidangkan dengan pemandangan yang begitu indah.. saujana mata memandang.. hijau.. masih terpelihara kesemulajadiannya (ada ke perkataan camtu?) aaahh.. indahnya ciptaan allah.. kalau orang lain cuma dapat tengok pemandangan camni time naik bas balik kampung, sambil layan lagu 'restu ayah bonda ku harap selalu'.. aku plak dapat menikmati panorama sebegini setiap hari, 2 kali sehari.. mak aku cakap, kalau orang rabun, elok tengok benda2 hijau (tengok cite shrek tak termasuk ye).. so tak lama lagi power spek aku akan berkurang dan mata aku akan bersinar walaupun tak minum innershine..


 


sampai kat depan opis, tunggu linda.. nak masuk sama2 macam budak2.. linda pun di anto oleh hubby beliau.. dulu aku slalu pikir orang yang gi balai ni orang jahat yang ada buat salah.. sekarang ni aku sendiri kuar masuk balai tiap2 hari.. hahaha..


seperti biasa, budak2 yang baru lapor diri mesti akan ditempatkan di ruangan termenung, sementara menunggu penempatan yang tak dapat lagi.. maka aku, linda, kak suri dan kak liza (geng2 bini orang), akan berborak2 sambil tengok jam setiap 5 minit.. borak pasal family, tempat keje lama dan gosip artis..


sampai opis pukul 8 (kat sini tak de punch kad.. pecaya tak! pecaya tak!) lepas tu pukul 9 gi minum sebab duduk opis pun tak buat pe.. lepas tu masuk opis, budak2 opis tengah makan nasi campur.. ye, sila pecaya sebab kat sini memang dorang makan nasi berlauk pepagi.. nanti tengahari makan lagi.. adoi, abis rosak plan diet aku dengan linda camni.. 


untuk pengetahuan semua, dorang tak layan facebook.. tak main la cafe world, farmville ni.. dorang men game yang memang di main oleh suma orang kat opis tu, iaitu game pokemon.. aku tak tau nama sebenar game tu, sebab tulisan cina, tapi hanya aku dan linda saja yang tahu camne game ini dimainkan.. kak ros yang sebaya kak odah adalah masterji dalam game ni.. sape2 yang rasa dah nak mati, tak sempat nak match kan pikachu yang sama, panggil je kak ros.. dia akan tolong sebelum sempat game over.. terer betul dia.. orang lama.. hehehe..


yang bestnya opis ni, ada tv.. so kalau aku boring, aku akan duduk tempat siti dan tengok sukma.. tadi aku tengok renang, lepas tu tukar wanita hari ini.. petang plak aku baca metro, lepas tu borak2 dengan linda pasal budak2 nre.. dulu linda rapat dengan kak yat, aku rapat dengan daus.. sekarang aku rapat dengan linda, kak yat rapat dengan daus.. hehehe.. rabster dengan yatster.. macam wonder pet pot..


yang tak bestnya opis ni, toilet dia campur laki pompuan.. lepas tu tak de tisu, tak de sanitary bin.. lif pun tak de,. so tiap2 hari kena naik turun tangga kasi kurus drumstik.. lepas tu ada letak partition, tapi berkaca.. so boleh nampak orang sebelah buat pe, orang sebelah pun boleh nampak kita buat pe.. macam tak de pravasi je..


pukul 4.50 masing2 dah off pc, standby handbag atas meja, tutup air cond, gi kencing siap2.. pukul 5 opis dah kosong.. balik tu, aku tumpang linda.. laki dia bawa ktorg gi pasar malam kat jitra.. linda begitu galak melihat makanan begitu banyak dan murah.. dia beli nasi karisma dan aku beli laksa singgit.. seafood murah sangat.. bapak udang sebesar penumbuk 10 ringgit je sepinggan.. kalau buat steamboat ke tom yam ke udang goreng tepung ke, memang puas hati yang amat.. 


sok aku cite lagi..







 

♥ bLoG aKu ♥ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino