tadi aku kuar gi pos opis.. lepas balik pos opis, aku ngular jap, gi mph.. aku telah membeli majalah cosmopolitan dan yang tak tahan tu, majalah saji.. yo yo oo je..
suma orang kat opis ni tengah sibuk pasal nak minta tukar.. ini berikutan daripada info yang dikeluarkan oleh pihak JPA tentang Penempatan Pegawai Kumpulan Sokongan ke PDRM..
"Pihak Kerajaan sedang melaksanakan pengisian pegawai kumpulan sokongan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17, Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17 dan Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N17 bagi jawatan di Perkhidmatan Gunasama Persekutan di bawah KPPA di seluruh Negara. Oleh itu, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa kepada semua pegawai-pegawai jawatan kumpulan sokongan berkenaan yang berminat untuk mengemukakan permohonan dengan menggunakan borang online yang telah disediakan DENGAN KADAR SEGERA sebelum 29 April 2010. Semua keputusan pertukaran/penempatan adalah tertakluk kepada keputusan akhir Jabatan ini."
norzawati, kawan aku yang pertama skali kat BPSM ni time aku mula2 masuk keje dulu, adalah antara orang yang telah berjaya ditawarkan untuk bekerja di balai polis gua musang dan bakal tinggal di berek polis.. huhuhu.. sedihnya aku..
ala.. aku pun sama.. aku pun ada minta tukar gak.. harap2 dapat.. bukan aku nak sangat pun, tapi lepas kawin, aku kena la ikut suami.. sesungguhnya tempat seorang isteri itu adalah di sisi suaminya (poyo tak bertempat)..
p/s: gambar yang tak de kaitan.. promosi semata-mata..





