Friday, February 5, 2010

saRi beRita utaMa..



memasuki hari yang ke-4, hari ini kita dikejutkan dengan kemunculan sejenis wabak penyakit yang agak kronik yang telah menyerang 77 orang peserta Kursus Induksi Modul Umum Kumpulan II Bil. 1/2010 NRE bermula hari ni.. penyakit yang dikenalpasti sebagai 'monologue syndrome' telah mula merebak kerana esok bakal bermulanya upacara pengucapan awam yang sangat dinanti2kan dan disukai ramai.. antara simptom2 penyakit ini ialah para peserta akan bercakap seorang diri di mana saja mereka berada, di dewan dahlia (bilik kuliah), dewan sri tanjung (dewan makan) dan di penginapan sri inai (asrama)..


pihak paramedik mengesyaki penyakit ini adalah disebabkan oleh ke'nebes'an yang melampau serta tahap konfiden level para peserta yang sangat rendah melebihi paras -26.. sehingga kini, pakar perubatan masih belum dapat menemui vaksin yang dapat merawat penyakit ini.. menurut saksi yang terdiri daripada para fasilitator dan barisan urusetia, penyakit ini akan berakhir secara automatik sejajar dgn berakhirnya sesi pengucapan awam nanti.. sama2 la kita nantikan kesudahannya..


itu saja perkembangan buat masa ini.


saya, emasusila melaporkan dari Kompleks JPS Ampang untuk emasusila.blogspot.com

 

♥ bLoG aKu ♥ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino