Tuesday, April 23, 2013

buat teddy bear daripada stokin


Adakah anda :
1) mempunyai banyak stokin terpakai di rumah?
2) berminat dengan aktiviti homemade dan DIY?

Syarat utama anda haruslah seorang yang rajin. Jika jahit butang baju pun malas, malas la nak cerita. Syarat kedua ialah pastikan stokin yang digunakan tidak berbau cuka.... >.<


bahan-bahan yang diperlukan.. 



buat lakaran begini..



gunting begini..



jadi begini..



sumbat begini..



mulut dia begini..



kaki dia begini..



jahit begini..



cantumkan begini..



hasilnya begini..

hai kawan-kawan.. sayalah teddy bear itu..




Friday, April 19, 2013

Kebesaran Allah | Tasik Muncul Di Tengah-tengah Gurun Gobi




Kira-kira 6 kilometer dari selatan bandar Dunhuang, China terdapat sebuah keajaiban alam yang mana ia mempunyai satu lanskap tasik yang sangat menarik. Ia juga turut dikelilingi dengan gunung pasir.
Kebiasaannya kita sering dibayangi dengan suasana gurun yang hanya berlatarkan tempat yang kurang menarik. Terdapat sebuah gurun yang terletak kira-kira 6 kilometer dari selatan bandar Dunhuang, China. Ia dikelilingi oleh gunung pasir menjadikan tempat ini satu keajaiban alam. Jika dilihat seolah-olah tempat ini menyerupai bentuk bulan sabit Sejak tahun 1960 kedalaman tasik disini terus menurun, tapi pada tahun 2006 kerajaan tempatan dengan bantuan kerajaan pusat mula memulihkan kembali kedalaman tasik ini. Jom lihat gambar di bawah ini.















Subhanallah, sungguh hebat ciptaan Allah. Terdapat sebuah tasik di tengah-tengah gurun tersebut. Apa yang menariknya, ia turut dikelilingi dengan gunung-gunung pasir. Alhamdulillah, pihak sana telah mengambil inisiatif mencantikkan lagi tempat tersebut walaupun ia jauh dan agak sukar untuk orang ramai bertandang ke sana.

Thursday, April 18, 2013

G.I. Jom



Dah sampai Jitra Mall. First pitstop, Bata. Tengok selipar saiz iman, cute, tapi selipar iman dah banyak. Next! Gi Hari-Hari. Tak tau nak cari apa sebenarnya, tapi dah masuk, pekerja pun dah greet 'selamat datang' dalam volume sebatu boleh dengar. Tengok blouse. Tak menarik pun. Last-last beli seluar bodo-bodo dan sapu tangan untuk lap hingus iman. Lap hingus aku pun boleh. P/S: Dalam pada tak tau nak cari apa kat Hari-Hari, habis jugak 20 ringgit. Memang pompuan. Jalan lagi. Depan tu ada kiosk kopok lekor. Sedap ni hujan-hujan. Sebelah kopok lekor, ada kedai tudung. Singgah jap. Memang pompuan kan. Survey fesyen terkini. Tak nak la outdated sangat walaupun aku ni setia hujung nyawa to bawal. Tadi nak beli pe? Oo, kopok lekor. Patah balik, dah terlajak jauh. Ada chilli, blackpepper dan cheezy mayo. Cheezy mayo please! Saiz pe kak? S, M, L? Oo, sekarang kopok lekor pun ada saiz naa.. S je la. RM2.50. Lepas dapat kopok lekor, terus blah. Tak sedar baki duit tak cukup. Nasib baik budak tu tiba-tiba celik matematik, terus panggil dan pulangkan baki kepada baki yang tak cukup tadi. Tengok jam. Ada lagi 10 minit. Amik shortcut. Lalu Butik Peace. Shortcut yang sepatutnya short dah tak jadi short. Sebab memang pompuan. Sila paham-paham. Ok, lepas ni harus terus menuju ke destinasi. 

Dah sampai. Buat-buat tengok skrin padahal dah survey pagi tadi kat internet. Gi kaunter. Bang, G.I. Joe petang ni ada lagi tak? Abang tu jawab, show kensel la dik sebab tak ada orang. Tak ada orang? Terpinga-pinga aku sekejap sebab selama ni wayang hari rabu memang full. Adoi.. Apa aku nak buat sementara nak tunggu apek balik ni? Ingat tengok wayang boleh isi masa lama sikit. Estimated time of arrival dia 9 pm. Tu pun kalau flight tak delay. Kalau delay? Dah mati kutu. Nak gi ronda-ronda mall tu pun bukan besar mana. Plan A gagal. Plan B tak ada. Gi food court dulu la. Fikir kat sana. Tak lapar sangat. Order fish 'n chip. Hantar messsage kat apek. Kalau flight delay, bagitau. Nak beli tiket pukul 8.40 punya. Apek kata, orang kata, G.I. Joe tu best. Gi la tengok. Sejak duamenjak ni aku dah kurang tengok movie yang gaduh-gaduh, lawan-lawan, bom-bom, tembak-tembak, letup-letup ni.  Sakit dada dibuatnya. Dah tua-tua ni jantung kena jaga. Tapi dah tak ada pilihan lain. Selain movie hantu, ada movie tom cruise. Errr..... G.I. Joe je la.. 




Berapa bintang aku nak bagi untuk G.I. Joe: Retaliation? Beribu-ribu bintang! Memang ohsem! Ternganga dibuatnya. Tapi hati-hati, nanti kunang-kunang bom tu masuk mulut, abis la korang. Haha.. Kalau nak paham, kena la tengok. Take your Miley Cyrus and Ryan Seacrest friend with you. And Brenda. Haha.. Saspen pun saspen, lawak pun lawak. Highly recommended.




all this, all by myself.. win!




Tuesday, April 16, 2013

haruskah terpisah by cakra khan




Sendiri sendiri ku diam, diam dan merenung
Merenungkan jalan yang kan membawaku pergi
Pergi tuk menjauh, menjauh darimu
Darimu yang mulai berhenti, berhenti mencoba
Mencoba bertahan, bertahan untuk terus bersamaku

Ku berlari, kau terdiam, ku menangis, kau tersenyum
Ku berduka, kau bahagia, ku pergi, kau kembali
Ku mencoba meraih mimpi, kau coba tuk hentikan mimpi
Memang kita takkan menyatu

Bayangkan bayangkan ku hilang, hilang tak kembali
Kembali untuk mempertanyakan lagi cinta
Cintamu yang mungkin, mungkin tak berarti
Berarti untukku rindukan

Ku berlari, kau terdiam, ku menangis, kau tersenyum
Ku berduka, kau bahagia, ku pergi, kau kembali
Ku mencoba meraih mimpi, kau coba tuk hentikan mimpi
Memang kita takkan menyatu

Kini harusnya kita coba saling melupakan
Lupakan kita pernah bersama

Ku berlari, kau terdiam, ku menangis, kau tersenyum
Ku berduka, kau bahagia, ku pergi, kau kembali
Ku mencoba meraih mimpi, kau coba tuk hentikan mimpi
Memang kita takkan menyatu




Monday, April 15, 2013

rombau most wanted





I representin this place
Where people say murder is the case
R.E.M.B.A.U
the food gonna make your tongue blaze
Step forward, hold your head high
Be proud for where you came from and stay fly
Dats what Im doin
Hobin Jang Hobin
We aint trippin Jang
Tahun dopan ado laie
Pialo Malaysia kito pogang
Lagu nogori berkumandang
Semuo player masuk padang
Tabik hormat tando monang
Kito monang kito monang (kito monang yo)
Duo satu kocik bona
Ompek satu sonyum lebar

Teringek bilo poghah keringek
Nyabit rumput poie sawah
Kojo macam nk mati tapi gaji kocik anak
Itu orang dulu
Tak mcm budak-budak sekarang
Susah sikit yo
Dah lari kampung tinggal bondang
Dulu maso kocik-kocik cito-cito angkosawan
Bilo bosa jadi rapper tukar dialek nogori sembilan
Tak ponah terlinteh kek ati nak lupo'an daratan
Sapo tak pueh ati
Jom kito jumpo dopan dopan

Being the most wanted
Dont wake me up from my dream C.R.E.A.M
Rembau Most Wanted
To my boys in N9
Who worked hard and strugglin
Rembau Most Wanted

My brain works faster than computer
Cuz Im the prime mover
Entrepreneur yes I am
Weve been busy chasin dollars
Chillin at Mui Fong with my homies yaw
And If u keep talkin shit others might listening bro
Then gangin up, just pick up your gear
Listen dear
I aint messin wit the coward
I aint messin wit fake gangstas
All I know I keep my rap clean
Being the most wanted
Don't wake me up from my dream
C.R.E.A.M

Lombu ado tali takdo pon tak guno
Tunggu hujan dh ghobeh
Baru payung nk dibuko?
Kojo tak kuek tapi berangan nak hidup sonang
Baik poie mampuih dari susah'an semuo urang
Polik Bona bilo pikir orang tuduh bukan-bukan
Takpo tunggu den dah kayo jangan cubo nadah tangan
Mintak pinjam duit apotah laie tandotangan
Time tu takdo nak berbaik
KAU BOLEH POIE JALAN

Being the most wanted
Dont wake me up from my dream C.R.E.A.M
Rembau Most Wanted
To my boys in N9
Who worked hard and strugglin
Rembau Most Wanted

Rajo Beralam
Penghulu Berluak
Lembago berlingkungan
Buapak beranak buah
Anak buah duduk bersuku-suku
Berapo suku eh?
12


Friday, April 12, 2013

jom karok 150 juta kali










Wednesday, April 10, 2013

bukan sebab skru longgar


kalau rasa diri tu agak-agak mereng, mungkin ada kerosakan sikit pada bahagian otak. kaji-kaji la 10 perkara berikut dan marilah sama-sama kita muhasabah diri. peringatan untuk aku jugak. sharing is caring kan..






Monday, April 8, 2013

hari terbuka ATM


tak tau pun ada hari terbuka ATM ni. kak ita yang bagitau. laki dia kan askar. tanya kak ita, hari terbuka ni sempena hari tentera ke? hari tentera berapa haribulan? kak ita cakap, ntah laa, sabtu kot. kak ita ponnn..

kem tentera tu dekat je dengan rumah pengasuh iman. so ari jumaat tu balik keje gi amik iman, dah nampak banyak khemah-khemah, banner-banner. kereta yang parking tepi jalan pun banyak. orang-orang kedah kan cuti ari jumaat. plan nak gi, tapi tak berapa sihat. tengok la camne nanti.

so petang semalam, agak-agak dah sihat, apek pun ajak, dalam pukul 6 lebih skuad batalion siap sedia dan bergerak! aku pun agak excited jugak la sebab polis dan tentera kan bff........ *wink*

macam-macam ada. nak naik kuda ada. nak nyanyi karaoke ada. nak naik kereta kebal ada. nak pegang senapang ada. nak makan bihun sup ada. nak beli blouse ada. tudung ada. toto ada. mainan ada. kan macam-macam ada. cuma duit je tak berapa nak ada. huhuhu..


kem sultan abdul halim mua'zam shah tapi orang-orang sini panggil kem tok jalai je..



jadi kita perlukan penyelamat bumi.... boboiboy!



balik kl boleh.. taiping boleh.. jb boleh.. meh, meh..



anak sape ni..



iman nak jadi pilot..



bring in the patient! quick!



abang tepi sket.. 



hah, ok dah.. senjata-senjata dan weapon-weapon..



masak lemang dalam ni boleh ke bang?


sape yang nak menyumbangkan suara yang sumbang dijemput ke pentas..



 pusat tumpuan kanak-kanak (dan mak-mak yang terpaksa)..



kelab basikal klasik alor setar..



 si baju putih kagum tengok buih.. alahai....



ole-ole dari kem tentera - vitagen :)



Thursday, April 4, 2013

It's Jalan Merak Okay, Jalan Merak


burung ape?


Sudahkah anda mendaftar sebagai pemilih? Jika sudah mendaftar, jangan lupa gi mengundi pulak nanti. Tunaikan tanggungjawab anda sebagai warga malaysia yang berdedikasi. Pilih dengan bijaksana. Pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan khas oleh kerani polis. Hihi..



Wednesday, April 3, 2013

Ga ga ga ganu kiter


Dah 3 minggu balik dari terengganu, tapi tak mengedan nak cite kat sini. Tak cerita tak boleh, bukan selalu dapat gi terengganu beb. Nasib baik ada bengkel kat sana. Kalau nak harap gi bercuti ke makan angin, ntah ke bila. Highlights of the terengganu is the dorm, the bengkel and the makan (oh bad english!)

The Dorm
(Macam tajuk filem horror thailand je. Huhu.)

Bila dalam surat tu kata kena bawa sarung bantal dan cadar, dah agak dah mesti kena duduk dorm. Kena berebut bilik air, berebut nak cas telepon. Tapi dorm yang ni cantik woo.. Bilik air banyak, plug pun sorang satu tepi katil. Ktorg sampai situ dekat pukul 12 tengah malam. Ktorg bedua je kat dorm tu malam tu, orang lain tak sampai lagi. Dorm dah la luas, katil lebih 20 bijik, tapi orang takdak. Mula la pikir macam-macam kan. Penakut dua-dua. Untuk keselamatan, suma lampu dan kipas ktorg buka (keselamatan?) Masuk bilik air pun sama-sama, tapi mandi asing-asing la. Jangan berfikiran kotor sangat boleh? Since masa tu aku demam, lepas telan ubat aku terus tidur tak sedarkan diri, tinggal la linda sorang-sorang berusaha untuk mentidurkan diri. Praise to Allah, nothing bad happen. Esoknya, sekoq-sekoq mai. Ada 10 orang dormmate ktorg. Duduk dalam dorm ni best. Gi kelas ramai-ramai, gi makan sama-sama. Macam budak asrama pun ada. Huhu.

kat la sini dorm, kat sini la tempat makan..


The Bengkel

Tujuan bengkel ni diadakan adalah untuk memperkenalkan format baru dalam penyediaan Anggaran Belanjawan Mengurus (ABM) daripada Modified Budgeting System (MBS) kepada Outcome Based Budgeting (OBB). Perrgghh! Bunyi macam menteri kewangan negara. Malangnya, bengkel ni dianggap gagal mencapai matlamat sebab majoriti tak tau apa itu PS5T di mana ia memainkan peranan yang penting dalam pelaksanaan OBB. Tak paham kan? Ok, tukar topik. Dewan taklimat cantik. Macam panggung. Hari penutup siap pasang cite the transporter lagi. Makan standard kursus 6 kali sehari. Dari emma maembong dah jadi emma menggelembong. Haha. Jadual pulak tak pack, start lewat, abis awal, malam takde kelas. Sayangnya, transport takde, takleh gi meronda. Duduk dalam dorm je la, memandom. Pukul 9 suma dah tido. Huhu. Penceramah kata, kalau lepas ni nak buat bengkel lagi, buat la kat perth ke. Tapi hanya orang yang tak tido masa taklimat je boleh ikut. Haha. 

dewan taklimat..


The Makan

Bab makan haruslah kena mention, kalau tak, bukan emma menggelembong la namanya. Haha. Satu menu yang aku baru cuba untuk pertama kali dalam 29 tahun ni ialah makan belut. Hihi. Better late than never kan. First time makan kat Jeli. Linda nak try belut masak halia. Aku buat muka, eeeeee! Lepas tu dia racun aku, dia kata orang demam makan belut boleh baik. Aku tak tau mana dia dapat teori tu, tapi sebab aku tengah demam dan tak boleh berfikir secara waras, aku ikut je la. It turns out that the bizarre food is actually addictive! Lepas tu gi mana-mana mesti nak belut, belut, belut. Nasib baik dapat driver yang kaki belut gak. Dia bawa ktorg melantak sup belut dan belut goreng tepung. Masa balik tu, benti rehat kat banjaran titiwangsa. Ada 1 makcik tu tengok ktorg suma amik rendang belut, dia tanya apa tu? Bila ktorg kata belut, dia buat muka, eeeeee! Macam muka aku dulu. Haha. Makcik, belum cuba belum tahu tau.

roti bakar istimewa, dibakar di atas arang..



breakfast at shark lounge @ ridel hotel, kota bharu



daun dalam pasu tu petik kat sini.. ok, tipu je.. huhu..



first time jumpa roti gardenia perisa rose.. harus tangkap gambar..



sebelum balik, singgah sini jap..



p/s : special thanks to drivers, encik fakri and encik meor, also sm samsudin yang incas dorm..




Wednesday, March 27, 2013

Kisah teh chrysanthemum kurang manis dan salesgirl kurang asam


Asben : Air tin tu murah. Satu singgit.

Aku : Air ape je ada. Sengkuang cina, kundur. Abg minum ke?

Asben : Teh bunga tu ada.

Aku : Oo, ye ke?

Aku ni pun saja buat tanya banyak-banyak. Dia nak suruh beli la tu. Aku berjalan menuju ke tempat air tin singgit. Di sana ada dua orang salesperson. Tengah belek-belek air tin sambil menyembang.

Salesboy : Murah. Nak clear stok ke? Tapi expired date lama lagi. 2014. Tahun 2013 pun tak habis lagi.

Salesgirl : Ni semua yang less sweet. Mana ada orang nak beli. Kalau tak manis, buat apa beli. Baik minum air kosong. Free.

Masa tu aku dah pegang 5 tin. Rasa macam nak ketuk-ketuk je kepala salesgirl tu dengan tin. Your personal opinion, better keep it to yourself okay (kan dah start speaking). As a salesperson, ko tak boleh cakap camtu especially depan customer. Bila ko cakap camtu, ko buat aku rasa macam orang bodo je sebab beli air yang tak manis, yang sama dengan air kosong yang free. Hak membeli adalah hak kami, sebab duit kami adalah suka hati kami. Faham?


Yang benar,
Customer yang sentap

inilah mangsa kutukan salesgirl tersebut..

sabar ye.. biarlah apa orang nak kata, yang penting kurangkan manis dalam minuman, lebihkan manis dalam senyuman (itu semua poyoooo...)




 

♥ bLoG aKu ♥ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino