Monday, January 31, 2011

kaK paH Mai daH


kak pah adalah salah seorang mak2 kat PSM dulu.. sape tak kenal kak pah, satu opis boleh dengar suara beliau.. dengan adanya kak pah di PSM maka riuh rendah la jadiknya.. dari jauh tau dah, kak pah datang wei kak pah datang.. selalu jumpa kak pah kalau nak mintak alat tulis or nak pinjam laptop.. kak pah memang tak benti bercakap, kadang2 aku tak tau pun dia cakap dengan sape.. hehe.. kalau ada sape2 nak layan, layan la.. kalau tak de sape nak layan dia, dia cakap sorang2 dengan partition pun no hal la.. kerana beliau adalah kak pah :)

so pagi tadi, time aku tengah sarapan dengan siti (makan nasi goreng ayam pepagi kira sarapan ke?), tetiba Pak Ku Fauzi tepon.. dia kata ada orang dari opis lama nak jumpa.. emmm, sape dari opis lama nak jumpa? so aku pun cepat2 la balik opis..

sampai je kat opis, aku nampak sorang makcik ni, muka bertepek dengan bedak sejuk.. KAK PAH!!

borak dengan kak pah memang seronok.. macam2 cerita.. cite pasal PSM, of cos la.. dia kata PSM dah tak best.. banyak yang nak kuar sebab tak tahan.. kak odah tu selalu tepon kak pah sambil nangis2.. sian kak odah, dah tak de kawan.. kak pah kata nasib baik dia pindah BPM.. walaupun orang kata Puan Marsineh cerewat (maklumlah pompuan), tapi dari segi kebajikan terjaga.. abang zali pun steady je kat bahagian pembangunan tu..

kak pah, kak odah dan abang zali adalah antara mak2 dan pak2 yang baik hati kat PSM tu.. kami yang muda2 ni suma respek dan hormat kat dorang.. dorang sporting, mengambil berat dan selalu bagi nasihat2 yang berguna.. rindu kat dorang..

  * gambar dicilok dari facebook kak pah tanpa kebenaran.. ampun ye kak pah *



Sunday, January 30, 2011

seLamat peNgantiN baRU aYu raudHah & zaQuan adHa


Ayu raudhah atau nama sebenarnya Raudhah Che Wan dilahirkan pada 7 Disember 1984.. Berasal dari Alor Setar, Kedah.. Seorang pelakon, antara drama yang dibintangi oleh beliau ialah Nur Kasih (memegang watak sebagai Alia, isteri kepada Aidil lakonan Fizz Fairuz).. Merupakan adik kepada Rozita Che Wan.. 

Zaquan Adha atau nama sebenarnya Mohd Zaquan Adha Adbul Radzak dilahirkan pada 3 Ogos 1987.. Berasal dari Seremban, Negeri Sembilan.. Seorang pemain bola sepak Negeri Sembilan FA di Liga Super Malaysia.. Merupakan adik kembar kepada Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak.. 

* kad jemputan kawin *

* malam berinai *


* bersama abang kembar, Aidil Zafuan *

* sebak den *



* kakak pun nak melawa gak *


* minum sirap je? *

* wow pelamin *

* kakak, rozita che wan *


* bersama kakak, Rubytah Che Wan & abang ipar, Lan Pet Pet *



* macam muka dato' siti nurhaliza pun ada *

* gambar comel ni favourite aku :) *



Thursday, January 27, 2011

Baby Yang Cute, Blanket Yang Cute


semalam pepagi makan capati kuah sardin..

lepas tu gi rumah tuan syed.. tengok syarifah qayla qasyrina binti syed mohd fahmi.. lahir pada 22/1/2011 pukul 0347 hrs.. tuan syed ni, kok ye pun excited tak yah la anto msg pukul 4.52 pagi kot.. buat tekejut aku je..

baby sangat2 la comel.. kulit kemerah-merahan, mesti nanti putih mcm maknya.. memula tuan syed ingatkan dapat anak laki, so beli baju, stokin, tilam, bantal, botol susu suma kaler biru.. hehe..

aku gi dengan kak mira, jue dan siti.. dorang suma berkongsi cerita pasal pengalaman bersalin masing2.. aku, dengar je la.. bila tengok baby comel2 camni, rasa tak sabar nak beranak.. mak aku cakap aku lahir tak cukup bulan.. due bulan 10, bulan 8 dah kuar.. tak sabar nak tengok dunia rupanya aku ni.. tapi bila dengar cerita pasal sakit bersalin, terus jadik kecut perut.. harap2 semuanya berjalan lancar untuk aku bila sampai masanya nanti.. insyaallah..

nama baby zaman sekarang canggih2.. aku dengar masa kat klinik, aireen xandria.. kayra damia.. dah tak de orang bubuh nama abu bakar or siti zaleha lagi dah.. nama anak tuan syed ni, payah nak sebut, so dorang panggil saripah je.. huhu..

balik dari rumah tuan syed, masuk opis jap.. time lunch, kuar gi jualan ekspo plak.. gi dengan siti, chi, kak liza dan kak ana.. siti beriya2 nak gi beli tudung.. nak matching dengan baju yang dia beli kat butik peace kelmarin.. aku plak, macam biasa, tak plan nak beli pape, just tengok2 je (tengok2 je ye?? kita tunggu dan lihat.. hehehe..)




tanpa disedari, aku telah memborong 5 helai blanket.. aku suka beli blanket ni sebab blanket ni sangat sesuai untuk dijadikan adiah kawin member2.. dari segi packaging, dah siap masuk dalam beg, tinggal letak reben je.. besar blanket ni, queen size.. harga pun reasonable.. dulu aku beli jauh2 kat padang besar, beli 3 helai je.. kali ni up sket.. so, sape nak blanket ni, cepat2 la kawin ye.. nanti aku bagi sebijik..

Monday, January 24, 2011

Tak Suka Kena Injek


semalam gi check up.. datang pukul 8, ingatkan dah awal.. rupanya ramai yang sampai lagi awal.. seat pun penuh.. so aku duduk kat depan bilik pemeriksaan kanak2 dan bayi.. kiri kanan aku budak2.. sorang panjat2 kerusi, sorang guling2 atas lantai.. mak2 nya fokus berborak, lepas tu kenalkan anak masing2.. “salam kawan ni cepat”.. mungkin 20 tahun akan datang, budak2 ni akan bertemu kembali dan terasa seperti dejavu.. 

“rasanya macam kita pernah berjumpa sebelum ni.. tapi di mana ye?” 
“ala, kat klinik kesihatan la, masa mak2 kita bawak nak gi cucuk bontot..” 

maka mereka mengimbau kenangan lalu dan matahari pun menyinar..
tengah gelak sorang2 dalam hati, tiba2 nama aku dipanggil.. macam biasa, kena timbang berat, check tekanan darah, check air kencing dan amik darah.. lepas tu masuk bilik check perut, nurse bagi taklimat ringkas pasal kebaikan penyusuan susu ibu.. lepas tu nurse tanya, dah penah amik suntikan tak? aku terpaksa menjawab dengan jujur, tak penah.. ok, kata nurse.. ari ni kena amik suntikan untuk kancing gigi ye.. kalau anak sulung, kena amik 2 kali, time 6 bulan dengan 7 bulan.. hah, padan muka aku..

so masuk plak bilik suntikan.. tempat budak2 injek bontot tu.. tapi aku tak kena injek kat bontot ok.. masuk2 je muka cuak (aku ni nak kena injek pun dah takut, camne la nak beranak).. nurse tanya, biasa buat keje tangan mana? aku jawab, tangan kanan.. nurse kata, saya injek tangan kiri ye sebab nanti akan rasa lenguh2.. memang betul pun.. sampai ari ni masih terasa lenguhnya..

sebenarnya, masa ari sabtu tu ada nurse datang rumah.. tekejut aku.. dah la tak mandi lagi.. rumah plak bersepah.. dia tanya, kenapa tak datang check up 18hb? aku cakap, hah?? tak de tulis kat buku pun, cuba tengok.. lepas dia tengok buku merah aku, sah aku tak menipu.. so dia pun check la tekanan darah dan ukur diameter dan radius perut aku.. lepas tu dia tanya ubat ada lagi tak, makan ubat tak, dan pelbagai soalan lain.. lepas tu dia setkan tarikh lain untuk appointment aku.. aku cakap, saya plan nak gi sok (ahad).. dia kata, ok la kalau camtu.. sok maybe akak kena injek tau.. disebabkan dia dah bagitau awal2, malam tu terus tak boleh tido.. huhu.. 


Tuesday, January 18, 2011

Hantaran Kawin Termahal Di Malaysia


1 - Puteri Netty Izma Sawiji berkahwin dengan Mohammad Mat Atan dengan hantaran RM999,999.99.

* Puteri Netty Izma Sawiji (tengah) *


2 - Ahli perniagaan, Datuk Roslan Hashim dengan bekas model, Puteri Shahanaz Hazlin Hamdan yang melangsungkan perkahwinan pada tahun 2006 dengan wang hantaran berjumlah RM444,444.44.

 * Puteri Shahanaz Hazlin Hamdan (kanan, takkan kiri plak kot) *


3 - Juliana Banos menerima wang hantaran sebanyak RM77,888.77 daripada suaminya, Mokhtar Ahmad di mana ia merupakan satu jumlah yang cukup besar dan sehingga kini, Juliana menjdai satu2nya artis yang menerima wang hantaran tertinggi.


4 - Dengan hantaran sebanyak RM77,777,77 pelakon Eizlan Yusof, 36 memilih Vie Shantie Haroon Khan, 21, sebagai pasangan hidupnya.


5 - Ning Baizura dan Omar Sharif melangsungkan pernikahan mereka pada 31 Januari 2008 dengan wang hantaran sebanyak RM66,666.66.


6 - Pengacara terkenal, Fifi atau Noor Hafiza menerima wang hantaran sebanyak RM50,000 daripada suaminya, Feriz Omar.


7 - Datuk Mohamed Nazim Tun Razak menyerahkan wang hantaran sebanyak RM40,000 kepada Norjuma Habib Mohamed.


8 - Erra Fazira menerima wang hantara sebanyak RM33,333.33 daripada Yusry.


9 - Penyanyi ternama negaram Datuk Siti Nurhaliza pula menerima wang hantaran dari suaminya Datuk Seri Muhammad Khalid Jiwa sebanyak RM30,000 dan mas kahwin RM22,222.


10 - Nora'Asikin Rahmat atau Ekin menerima wang hantaran sebanyak RM30,000 daripada Asmawi Ani atau Mawi.

Saturday, January 15, 2011

maK aKu taK maKan orEo cHeeSe caKe


setiap kali besday mak or pak or yandi or kudik, aku la tukang pembeli kek nya.. kadang2 kalau rajin, untuk hari ibu or hari bapa pun aku gak la tukang pembeli kek nya.. macam2 kek dah aku beli.. dari secret recipe, baskin robbin, lavender, bee's sampai la ke kedai kek smile/sunshine kat taman perwira tu..

so ari khamis lepas adalah besday mak aku.. aku nak puji la adik aku si kudik tu kerana bersifat bertimbang rasa untuk membelikan kek, tapi, dah tau mak ko tu jawa made in medan mangan iwak pepes karo nyayur godong ubi, yang ko gi beli oreo cheese cake tu pasaipa?? last2 mak ko tak makan pun kan.. oreo cheese cake tu dah la fully cheese.. mana mak ko doyan.. lain kali ko tanya aku dulu.. FYI, mak ko suka makan properity beger, ayam kfc, satay, pandan layer cake.. besday bapak ko nanti, ko belikan cendol je.. bapak ko suka tu..

* cheese cake seperti di atas adalah tidak digalakkan untuk dijadikan sebagai 
kek besday bapakku dan emakku *





Friday, January 14, 2011

Kerana Sehelai Bulu Mata


Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia untuk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah, “Tidak demi langit dan bumi, sungguh tidak benar. Saya tak pernah melakukan perkara itu.”

“Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa.”

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yang ada. Kemudian dia pun menyanggah, “Mana saksi-saksi yg engkau maksudkan? Di sini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja.”

Jawab malaikat, “Inilah saksi-saksimu…”

Tiba-tiba mata berbicara, “Saya yang memandang.”

Disusuli dengan telinga, “Saya yang mendengar perkara itu.”

Hidung pun tidak ketinggalan, “Saya yang mencium.”

Bibir pun mengaku dengan slumbernya, “Saya yang merayu.”

Tangan tanpa malu meneruskan, “Saya yang memegang dan meraba.”

Kaki pula menyusul, “Saya yang berjalan dan berlari semasa itu.”

“Nah! Kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu," ujar malaikat.

Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahnya lagi. Dia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi dia akan dihumban ke dalam neraka jahannam. Padahal dia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi.

Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, “Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini.”

Malaikat menjawab dengan tenang, “Silakan wahai bulu mata.”

“Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah Rasulnya telah berjanji, apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yang dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.”

Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga.

“Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata..”

Thursday, January 13, 2011

Kasih SeoRang iBu kePaDa aNakNya


Ini adalah kisah benar di mana membuktikan betapa hebatnya kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.. kisah ini berlaku semasa kejadian gempa bumi yang melanda China tahun lalu di mana seorang ibu telah mengorbankan nyawa sendiri demi menyelamatkan insan yang dipanggil anak..


* klik kat gambar untuk bagi besar 
 



  x o x o x o x x o x o x o x x o x o x o x



ari ni 13 januari yek?? 
besday mak aku la.. hehehe..
di kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat hari jadi kat mak..
yang ke-51 kan mak??
semoga mak panjang umur, murah rezeki dan cepat dapat cucu (eh eh).. 
amin..
saya sayang mak saya..





Wednesday, January 12, 2011

Sape Nak Beli Kete Ferrari



p/s : cepat! sementara stok masih ada :D


Tuesday, January 11, 2011

10 tHings boUt AJL25


1) Ana Raffali
Bukan nak kata ana raffali tu tak bagus or tak layak menang, tapi aku memang tak minat suara dia yang macam dibuat mengada2 dan tak cukup nafas tu.. tapi harus diingat, AJL adalah sebuah pertandingan kehebatan lirik dan melodi sesebuah lagu tu, bukannya siapa yang menyampaikan lagu tersebut.. so bukan salah dia kalau dia menang kan.. jangan la sampai buat page kat facebook camni.. kesian dia..



2) Opening Act
Francesca peter, nash dengan m.nasir memang terbaik dari ladang.. cuma, kalau jamal abdillah ada duet dengan m.nasir lagu ghazal untuk rabiah tu mesti lagi tip top..

3) Faizal, Ally dan Cheryl
Dorang memang lawak (walaupun tak selawak tahun lepas) tapi boleh pergi derr (kata cheryl).. what is your name? my name is faizal.. what is faizal? faizal is-mail.. diam tak diam dalam BI ialah 'shut up not shut up' :D

4) Dato’ Siti Nurhaliza, Datuk Sharifah Aini dan Ziana Zain
Emm.. daripada jemput sharifah aini, baik jemput aishah nyanyi lagu janji manismu, or fauziah latif lagu teratai layu di tasik madu.. persembahan ziana zain stiil terangkat macam kening dia, tapi music arrangement yang ntah pape menjadikkan lagu anggapanmu dengan madah berhelah tak sedap sungguh.. dato’ siti plak, aku harap sangat dia akan nyanyi lagu jerat percintaan, tapi lagu balqis, nirmala dengan cindai pun ok la.. 

5) Persembahan Terbaik
As i predicted, lagu hanyut menang persembahan terbaik.. mana penah dalam sejarah AJL orang nyanyi basah2 beb.. bila dah basah, mesti suara gigil.. tapi faizal tahir tetap maintain.. gimik lagu selamat malam dengan kemunculan datuk aziz satar, fatimah abu bakar dan norkhiriah aku tak paham konsep pe.. kan lagi best kalau dia jemput anak2 dia, lepas tu perform lagu tu ala2 lullaby selamat malam untuk anak2 dia.. so sweet..

6) Vokal terbaik
Aku saspek black akan menang, tak kisah la untuk lagu drama king atau sofea jane.. suara black memang power.. pape pun, vokal hafiz antara yang terbaik.. tapi aku lagi suka kat gimik persembahan dia.. tiba2 kena tembak, lepas tu menjelma balik dengan suit serba putih, konon2 dah jadi angel la tu..

7) Juri
Juri2 suma pro, ada acis, azmeer, pacai, amy search, habsah hassan, andy flop floppy dan m.nasir selaku ketua juri.. aku rasa disebabkan adanya m.nasir, maka lagu yang ala2 kesusasteraan dan puitis macam lagu 'tolong ingatkan aku' la boleh menang..  

8) Dressing  
Aku rasa baju adira dengan stacy cute sangat.. adira macam dewi greek, stacy macam chun li.. aku tak berkenan dengan baju yuna, dah macam lady gaga plak.. dato’ siti pun, mana pegi imej bertudung?

9) Buat hari ahad, pukul 12 lebih baru abis
Sok orang nak keje tau tak!!

10) Tak jumpa point dah
xoxo



Monday, January 10, 2011

tahNiah aNa raFFaLi



Finalis Anugerah Juara Lagu ke-25

1.  Hanyut – Faizal Tahir
2.  Kebahagiaan Dalam Perpisahan – Shahir
3.  Noktah Cinta – Hafiz
4.  Drama King – Meet Uncle Hussein dan Black
5.  Ku Ada Kamu – Adira
6.  Cinta Sempurna – Yuna
7.  Pelita – A.P.I
8.  Berlari – Tomok
9.  Sofea Jane – Black
10.  Mencari Konklusi – Hujan
11.  Selamat Malam – Faizal Tahir
12.  Ekstravaganza – Bunkface
13.  Jahat – Stacy
14.  Tolong Ingatkan Aku – Anna Raffali

emm.. personally aku saspek either drama king or hanyut akan menang AJL25 ni.. tapi dah rezeki ana raffali, so congrats my dear.. jom kita hayati bait-bait kata 'tolong ingatkan aku'..

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi


Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa


Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari


Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu


Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa


Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu


Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa


Tolong ingatkan aku
Kisah kita
 

♥ bLoG aKu ♥ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino