Saturday, May 18, 2013

the two years of muhammad ilham iman



the day he was born..



a month later..



two months old..



three months old...



four months old..



five months old..



it's been half a year now...



seven months old..



eight months old..



nine months old..



ten months old..



one month to go..



a one-year-old iman..



a year and a month..



1 year and 2 months old..



1 year and 3 months old..



1 year and 4 months old..



1 year and 5 months old..



a year and a half..



1 year and 7 months old..



it's 2013 and i am 1 year and 8 months old..



1 year and  9 months old..



1 year and 10 months old..



1 year and 11 months old..



i'm turning two..



simple birthday celebration with cousins.. 





ibu sayang iman selamanya.. 
mmmuuuaaahhh..




Wednesday, May 8, 2013

hari kuku biru


PRU ke-13 telah selamat diadakan pada 5 Mei yang lalu.. macam-macam isu timbul, dakwat tak kekal, blackout, bangla mengundi.. biasa la, rumah siap pahat pun berbunyi.. sedangkan lidah lagi tergigit kan.. kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.. (macam tak kena je).. pape pun, aku sebagai rakyat malaysia telah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.. i'm a first-time-voter at 29 but better late than never, right?

harapan aku agar para pemimpin yang telah diberi kepercayaan oleh rakyat tak akan mensia-siakan amanah yang diberi dan memikul tanggungjawab dengan penuh dedikasi.. menang tu senang.. but to gain and maintain the trust of people is not easy.. even a small step will bring a huge difference.. you want it, you got it, so prove it! (macam lagu k-pop je)..

tak nak cakap lebih-lebih la sebab kat facebook pun dah penat baca macam-macam komentar mengalahkan YB.. lagipun tak sesuailah blog aku yang comey lote kaler pink ni nak bercakap pasal politik kan.. aku cuma nak hidup dalam keadaan aman damai, tak de gaduh-gaduh, makan minum cukup, kemudahan lengkap.. this is malaysia that i know and that is where i want to be.. peace ya'll..


aku mengundi di sekolah kebangsaan kebun bharu.. planning nak pergi petang, dalam pukul 4.45 agak-agak nak tutup gate sebab malas nak beratur panjang.. tapi asal petang je hujan, asal hujan je petang.. mak aku kata, masa nak gi beli sayur pukul 8, kereta tak banyak.. bila balik beli sayur pukul 9, kereta dah banyak.. aku pun malas nak tangguh-tangguh, pukul 10 aku gi.. padanlah muka aku, memang ramai pun..

aku dah tau saluran mana, tapi tengok semua orang beratur check saluran, aku pun beratur buat menyemak je.. lepas tu aku tanya abang SPR tu, saluran 5 kat mana? dia kata depan ni je, yang paling pendek.. aku ingat dia perli ke hape, tapi bila aku tengok saluran lain, tuuuu diaaa lagiiiiii panjanggggg.. saluran 1 siap dengan kerusi, saluran 4 dah macam game snake dalam henpon tu.. saluran aku ni pendek-pendek pun sempat la mekap cair.. neves pun ada, first time kan.. aku masuk, dia check ic, lepas tu dia baca nama dan no. ic aku kuat-kuat, lepas tu cat kuku, lepas tu bagi kertas undi, lepas tu aku gi kat kotak mengundi, aku pangkah besar-besar, settle! mengundi tak sampai 5 minit tapi tunggu berejam.. huhu.. harap-harap undi aku tak rosak sebab every vote counts ;)



Tuesday, April 30, 2013

MSAM masam manis



hari jumaat yang lepas, tatkala kaum adam sedang menunaikan solat jumaat, dua orang kaum hawa telah ter-pergi la ke dewan wawasan dan ter-pergi ke Minggu Saham Amanah (MSAM) 2013.. semua ter- sebab plan asal nak gi tempat lain.. ter-singgah la pulak sebab tengok tak ramai sangat, linda kata alang-alang dah sampai.. semua yang gi situ dapat payung.. saya nak payung! kalau lucky, boleh menang cabutan bertuah.. ada yang dah menang notebook, ipad, galaxy tab, blender.. kalau extra lucky, boleh menang ford fiesta, toyota vios, perodua alza.. waaa waaa waaaaaaa.. tu yang menyirap dengar tu.. bajet macam aku ni bertuah la sangat kan.. mana la tau, rezeki ayam nampak di kaki, rezeki aku nampak di dewan wawasan ke.. hehe.. 

objektif utama penganjuran MSAM ini ialah untuk menyalurkan sebanyak mungkin maklumat tentang pelaburan dan perancangan kewangan kepada rakyat malaysia supaya mereka bijak mengurus kewangan mereka.. dalam erti kata lain, MSAM dianjurkan untuk melahirkan lebih ramai pelabur bijak di kalangan rakyat malaysia.. tapi aku datang nak payung, so cepat-cepat penuhkan cop dalam pasport, jawab e-peraduan, betul ke salah dapat payung.. apadaa aku.. lagi satu yang bestnya, kemudahan bas percuma disediakan bukan hanya kepada penduduk perlis, malah pengunjung dari alor setar pun boleh menaiki bas-bas percuma dari shahab perdana.. tak pasal-pasal gi keje seminggu free.. hehe.. 


menapak ke tapak pameran.. panas, sebab tu kena dapatkan payung..



nak sangat payung kan? hamik kau! kaunter pendaftaran yang sangat crowded.. 



ini dia pasport ke arah mendapatkan payung.. huhu..



rujuk peta agar tak sesat.. tapi sesat jugak.. apa saja demi payung..



dapatkan cop dari booth-booth terpilih, baru boleh dapat payung (payung lagi)..



DYMM Tuanku Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail (duduk, tengah) diiringi oleh DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail (kiri) dan DYTM Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Dato' Akashah Khalil bergambar kenangan selepas mencemar duli melawat pameran MSAM 2013 



cer cari aku kat mana? tak nampak? aku nyorok kat belakang lisa.. hehe..



cari aku plak kat sini.. tak nampak gak? aku gi toilet masa ni.. hai dr. sms..



last, last, last.. nampak aku tak? tak? aku memang tak de pun.. peace ya'll..



YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia menyempurnakan upacara penutup.. 



hasil pancingan dari MSAM 2013.. yang biru tu la payung pujaan hatiku.. haha.. 
champs, flavettes dan proviton tu beli sendiri okay.. kalau semua nak free, bankrap company.. huhu..




Tuesday, April 23, 2013

buat teddy bear daripada stokin


Adakah anda :
1) mempunyai banyak stokin terpakai di rumah?
2) berminat dengan aktiviti homemade dan DIY?

Syarat utama anda haruslah seorang yang rajin. Jika jahit butang baju pun malas, malas la nak cerita. Syarat kedua ialah pastikan stokin yang digunakan tidak berbau cuka.... >.<


bahan-bahan yang diperlukan.. 



buat lakaran begini..



gunting begini..



jadi begini..



sumbat begini..



mulut dia begini..



kaki dia begini..



jahit begini..



cantumkan begini..



hasilnya begini..

hai kawan-kawan.. sayalah teddy bear itu..




Friday, April 19, 2013

Kebesaran Allah | Tasik Muncul Di Tengah-tengah Gurun Gobi




Kira-kira 6 kilometer dari selatan bandar Dunhuang, China terdapat sebuah keajaiban alam yang mana ia mempunyai satu lanskap tasik yang sangat menarik. Ia juga turut dikelilingi dengan gunung pasir.
Kebiasaannya kita sering dibayangi dengan suasana gurun yang hanya berlatarkan tempat yang kurang menarik. Terdapat sebuah gurun yang terletak kira-kira 6 kilometer dari selatan bandar Dunhuang, China. Ia dikelilingi oleh gunung pasir menjadikan tempat ini satu keajaiban alam. Jika dilihat seolah-olah tempat ini menyerupai bentuk bulan sabit Sejak tahun 1960 kedalaman tasik disini terus menurun, tapi pada tahun 2006 kerajaan tempatan dengan bantuan kerajaan pusat mula memulihkan kembali kedalaman tasik ini. Jom lihat gambar di bawah ini.















Subhanallah, sungguh hebat ciptaan Allah. Terdapat sebuah tasik di tengah-tengah gurun tersebut. Apa yang menariknya, ia turut dikelilingi dengan gunung-gunung pasir. Alhamdulillah, pihak sana telah mengambil inisiatif mencantikkan lagi tempat tersebut walaupun ia jauh dan agak sukar untuk orang ramai bertandang ke sana.

Thursday, April 18, 2013

G.I. Jom



Dah sampai Jitra Mall. First pitstop, Bata. Tengok selipar saiz iman, cute, tapi selipar iman dah banyak. Next! Gi Hari-Hari. Tak tau nak cari apa sebenarnya, tapi dah masuk, pekerja pun dah greet 'selamat datang' dalam volume sebatu boleh dengar. Tengok blouse. Tak menarik pun. Last-last beli seluar bodo-bodo dan sapu tangan untuk lap hingus iman. Lap hingus aku pun boleh. P/S: Dalam pada tak tau nak cari apa kat Hari-Hari, habis jugak 20 ringgit. Memang pompuan. Jalan lagi. Depan tu ada kiosk kopok lekor. Sedap ni hujan-hujan. Sebelah kopok lekor, ada kedai tudung. Singgah jap. Memang pompuan kan. Survey fesyen terkini. Tak nak la outdated sangat walaupun aku ni setia hujung nyawa to bawal. Tadi nak beli pe? Oo, kopok lekor. Patah balik, dah terlajak jauh. Ada chilli, blackpepper dan cheezy mayo. Cheezy mayo please! Saiz pe kak? S, M, L? Oo, sekarang kopok lekor pun ada saiz naa.. S je la. RM2.50. Lepas dapat kopok lekor, terus blah. Tak sedar baki duit tak cukup. Nasib baik budak tu tiba-tiba celik matematik, terus panggil dan pulangkan baki kepada baki yang tak cukup tadi. Tengok jam. Ada lagi 10 minit. Amik shortcut. Lalu Butik Peace. Shortcut yang sepatutnya short dah tak jadi short. Sebab memang pompuan. Sila paham-paham. Ok, lepas ni harus terus menuju ke destinasi. 

Dah sampai. Buat-buat tengok skrin padahal dah survey pagi tadi kat internet. Gi kaunter. Bang, G.I. Joe petang ni ada lagi tak? Abang tu jawab, show kensel la dik sebab tak ada orang. Tak ada orang? Terpinga-pinga aku sekejap sebab selama ni wayang hari rabu memang full. Adoi.. Apa aku nak buat sementara nak tunggu apek balik ni? Ingat tengok wayang boleh isi masa lama sikit. Estimated time of arrival dia 9 pm. Tu pun kalau flight tak delay. Kalau delay? Dah mati kutu. Nak gi ronda-ronda mall tu pun bukan besar mana. Plan A gagal. Plan B tak ada. Gi food court dulu la. Fikir kat sana. Tak lapar sangat. Order fish 'n chip. Hantar messsage kat apek. Kalau flight delay, bagitau. Nak beli tiket pukul 8.40 punya. Apek kata, orang kata, G.I. Joe tu best. Gi la tengok. Sejak duamenjak ni aku dah kurang tengok movie yang gaduh-gaduh, lawan-lawan, bom-bom, tembak-tembak, letup-letup ni.  Sakit dada dibuatnya. Dah tua-tua ni jantung kena jaga. Tapi dah tak ada pilihan lain. Selain movie hantu, ada movie tom cruise. Errr..... G.I. Joe je la.. 




Berapa bintang aku nak bagi untuk G.I. Joe: Retaliation? Beribu-ribu bintang! Memang ohsem! Ternganga dibuatnya. Tapi hati-hati, nanti kunang-kunang bom tu masuk mulut, abis la korang. Haha.. Kalau nak paham, kena la tengok. Take your Miley Cyrus and Ryan Seacrest friend with you. And Brenda. Haha.. Saspen pun saspen, lawak pun lawak. Highly recommended.




all this, all by myself.. win!




Tuesday, April 16, 2013

haruskah terpisah by cakra khan




Sendiri sendiri ku diam, diam dan merenung
Merenungkan jalan yang kan membawaku pergi
Pergi tuk menjauh, menjauh darimu
Darimu yang mulai berhenti, berhenti mencoba
Mencoba bertahan, bertahan untuk terus bersamaku

Ku berlari, kau terdiam, ku menangis, kau tersenyum
Ku berduka, kau bahagia, ku pergi, kau kembali
Ku mencoba meraih mimpi, kau coba tuk hentikan mimpi
Memang kita takkan menyatu

Bayangkan bayangkan ku hilang, hilang tak kembali
Kembali untuk mempertanyakan lagi cinta
Cintamu yang mungkin, mungkin tak berarti
Berarti untukku rindukan

Ku berlari, kau terdiam, ku menangis, kau tersenyum
Ku berduka, kau bahagia, ku pergi, kau kembali
Ku mencoba meraih mimpi, kau coba tuk hentikan mimpi
Memang kita takkan menyatu

Kini harusnya kita coba saling melupakan
Lupakan kita pernah bersama

Ku berlari, kau terdiam, ku menangis, kau tersenyum
Ku berduka, kau bahagia, ku pergi, kau kembali
Ku mencoba meraih mimpi, kau coba tuk hentikan mimpi
Memang kita takkan menyatu




 

♥ bLoG aKu ♥ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino