Tuesday, March 6, 2012

babab kang


rasa macam nak babab je anak si beckham ni.. jelir-jelir lidah ye.. amboi, baru 7 bulan dah nakal ni..

sukati kita la.. wekk.. 



harper, awat lagu tu? hishh, malu papa..



Monday, March 5, 2012

kurang asam


tadi PT trafik masuk.. dia nampak asam atas meja.. dia kata, "aik, ema.. takkan ada lagi kot.. rehat la dulu.."

waaaaaaa!! orang lain yang makan asam, aku yang kena!!

ni! ni! asam ni! kurang asam punya asam!




Monday, February 27, 2012

054


jumaat lepas ada mesyuarat perkep.. suma para-para wanita dipaksa pegi, so kena pegi la.. sebelum gi mesyuarat, pegi shopping kat c-mart dulu.. baru dapat gaji kan.. beli snowy mountain.. tapi tak sempat nak makan.. so tumpang simpan kat peti ais rumah kak faizah dulu.. 

sampai kat dewan perumahan seriab, register.. dapat doorgift iaitu pengupas kentang/carrot dan tupperware kecik, juga buku aturcara program berserta nombor cabutan bertuah 054.. dewan dah la panas, berucap tak abis-abis.. belakang aku dah lencun, peluh.. camne nak pegi depan ni kalau dapat cabutan bertuah n? eceh.. ceh.. ceh..




salah satu hamper berikut bakal menjadi milik aku (mulut kumat kamit baca jampi)..




seketika kemudian..

.

.

.

.

.

054!!

.

.

.

.

.


waaaaaaa!!! no aku!!!


aaaaaaaaa!! maluuuu.. kena gi depan amik hadiah.. suma orang pandang.. (bergedik)


>.<


unfortunately, aku tak dapat hamper.. so korang tak boleh la nak paw jajan-jajan.. 
aku dapat ini.. apakah ini??




teko bancuh ayaq!! siap dengan penapis kot nak buat kopi o ke.. so bendalah ni aku namakan coffee maker boleh??






Monday, February 20, 2012

whitney elizabeth houston


setiap kali ada singing competition, judge akan pesan, jangan nyanyi lagu whitney, mariah or celine.. sebab dorang tu macam the ultimate divas, jangan nak compare diri korang dengan dorang dan jangan bajet korang boleh bawak lagu dorang sebagus dorang.. sebab dorang tu macam the ultimate divas (berapa kali nak ulang..)

so bila whitney dah mati, the ultimate diva pun macam dah patah kaki.. cuba bayangkan kalau kumpulan KRU tak cukup korum.. atau charlie's angel tak cukup sorang.. atau wonderpets tak cukup sekor.. kumpulan sepah bila mamat dah keluar pun tukar jadi sepahtu.. the three musketeers kalau dah tinggal bedua pun dah tak boleh panggil three lagi dah kan.. the point is, telah perginya seorang penyanyi yang hebat and i..... will always love youuuuuuu...





Wednesday, February 15, 2012

jom cubit suami





Rasulullah SAW pun selalu bersenda gurau dengan Saidatina Aisyah. Kata hadis Nabi SAW 
yang ringkas dalam pencarian pasangan yang sepadan dengan anda:

"..sehingga kamu dapat tertawa dengannya dan ia tertawa denganmu.."
( HR Muttafaqun 'Alaih )

Cubit mesra pipi si isteri, dapat pahala. Cubit mesra pipi si suami, dapat pahala. 

Berpahala, membawa ke SYURGA..(✿◠‿◠)


*      *     *     *     *      *     *     *

pagi-pagi tu sebelum aku gi keje, aku cium iman sambil wish "hepi valentine's day iman".. lepas tu balik keje aku ajak asben gi makan roti nan ayam tandoori.. aku cakap, "jom la kita gi makan, celebrate hari valentine".. asben jawab, "valentine haram".. aku respon, "ok la, hari kasih sayang, boleh?".. hehehe.. aku nak wish selamat hari kasih sayang kepada dua orang kekasih hatiku.. mmuuaahh..




Monday, February 13, 2012

dolphin hidung merah


dolphin hidung merah adalah nama saintifik bagi beskal iman yang telah dibelikan oleh ayahnya 2-3 minggu yang lepas.. planning nak pegi men beskal kat tasik darulaman pun dah 2-3 kali jugak terbantut.. akhirnya, semalam pegi jugak la tasik tu walaupun dah lewat (nak dekat pukul 7).. asal-asalnya memang tak nak gi sebab nak maghrib dah.. tasik tu pun bukannya dekat.. tapi keluar jugak la sebab ayahnya dah macam sangat berkobar-kobar..

i am the transformers (sambil berdiri)


kagum dengan keindahan alam (sambil melopong)



time maghrib pegi rumah adik aku.. roommate dia kemain la suka dapat main dengan iman.. siap nyanyi, "iman adalahhhhh mutiaraaaaa".. huhuhu..

lepas maghrib perot pun lapo.. pegi makan stimbot kat kedai ORI STIMBOT dekat dengan rumah adik aku (gambar tak sempat nak tangkap sebab dah gelojoh sangat).. satu kepala RM9.90.. kepala iman tak kira la, kecik lagi.. kecik-kecik pun, time ibu dengan ayah dia nak makan, dia pun sibuk nak mintak.. bagi sikit, nak lagi.. lambat bagi, menjerit.. adoii.. malu tu ada la sket, tapi normal la bagi parents yang ada baby kan.. kalau tak baby yang menjerit, mak bapaknya yang menjerit.. hehehe..

makan stimbot ni penat kan.. nak kena amik lauk, kena masak lauk, tuang kuah, amik sambal.. penat seh.. 


Friday, February 10, 2012

surah al-khausar





Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud 

sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. 

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih 

wangi daripada kasturi. 



Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan 

ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan 

bapa saudaranya Abu Talib. 



Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:- 


1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.


2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang 

dahaga. 


3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah 

dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata. 


4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi 

ilham pada kita dimana letaknya sihir itu. 


5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah. 


6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan 

solat. 


7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan 

memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.



Perkara yg baik kita amalkan selalu. Salam Ukhuwah..~



Monday, February 6, 2012

makanan kegemaran rasulullah S.A.W


1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut.

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular di restoran Itali)

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.
♥ ^_______




Salam Maulidur Rasul 2012 / 1433H


Friday, February 3, 2012

surah yaasiin ayat 1-9 (untuk keselamatan diri)



Jom sama-sama kita hafal dan amalkan membacanya setiap kali nak keluar rumah. Ajarkan juga pada anak-anak supaya menghafalnya dari kecil kerana budak-budak sangat senang utk menghafal. Ia bertujuan untuk keselamatan diri, dijauhi daripada pandangan orang-orang jahat dan orang-orang kafir. Setiap kali keluar rumah tak kira sama ada nak pergi sekolah, bermain atau berjalan-jalan, baca ayat ni bersama anak-anak dan sentiasa ingatkan mereka supaya membacanya. Semoga Allah melindungi kita sekeluarga di sepanjang perjalanan dan di mana-mana saja kita berada. Insyaallah. Yakinlah kepada Allah s.w.t. Sesungguhnya Dialah Maha Pelindung dan Maha Pengurnia segala kebaikan.



Thursday, February 2, 2012

jangan sikat rambut berdiri




Rasulullah s.a.w melarang menyikat rambut di dalam kamar mandi kerana perbuatan itu melemahkan umbi rambut.

Seseorang itu hendaklah duduk ketika bersikat kerana ia akan mengguatkan otot jantung dan elak daripada melakukannya secara berdiri sebab ia akan melemahkan jantung.

Seseorang yang bersikat ketika berdiri akan terjebak dalam masalah hutang.

Adalah makruh menggunakan sikat yang diperbuat daripada perak atau bersadurkan perak.



Wednesday, February 1, 2012

inilah janji manisku


disebabkan kesibukan yang asyik datang tanpa diundang, masuk bulan februari baru sempat nak buat new year resolution.. boleh lagi tak?? huhuhu.. tapi sebenarnya kalau nak berubah tu bila-bila pun boleh.. agak-agak dah timbul kesedaran sivik, berubah la.. tak yah tunggu hari dan masa.. tiada istilah 'terlambat' untuk berubah.. (pandai cakap kan)

misi #1
nak kurus
jumaat lepas gi timbang, berat 6* kg (angka kedua terpaksa dirahsiakan, kalau dah pangkal nombor 6 tu pun dah tau obes la kan).. ari tu mak pak aku datang pun kata aku dah gemmm.. ayooo.. dulu boleh la bagi alasan, baru lepas bersalin tak sempat kurus lagi.. tapi ni dah lebih 8 bulan, tak kurrr-kurrr pun.. maknanya tuan punya badan la yang malas nak diet..

misi #2
jaga kesihatan
keje jauh.. kuar awal, balik lewat.. bila balik rumah kena kemas apa yang patut sambil melayan karenah mamat kecik tu.. kat opis beban keje makin bertambah.. so basically, memang penat dan tak cukup rehat.. bila dah jadi lagu tu, badan pun mula la rasa tak sihat dan sakit sokmo.. dorang nasihatkan suruh amik supplement or minum jamu.. emm, aku minum scott emulsion je boleh tak? menolong membina ketahanan terhadap jangkitan serta menolong pertumbuhan tulang dan gigi yang kuat.. huhuhu.. lagi satu, aku ni suka minum ais.. ye la, dengan cuaca yang extra panas kat kedah/perlis ni, dapat pekena ayaq aih memang la syiok.. tapi orang kata kalau minum ais badan jadi lemah.. dan bagi orang macam aku yang antibodi memang dah lemah (kena hujan sikit dah demam, sejuk sikit dah selsema), kalau betul-betul nak jaga kesihatan kena la belajar minum air suam, kurangkan minum ais.. dan kalau boleh, kurangkan minum manis sekali.. makan pun jangan ikut sedap tekak ko je ema.. kalau berkhasiat tak pe.. ni makan bergoreng, berminyak, berlemak.. jajan, cikedis memang feveret.. mana tak gemmm.. lepas tu minum manis je kejenya.. tak cukup dengan obes, diabetes plak kang..




misi #3
bercemat jirmat
ye, memang aku boros.. makan melantak satu hari dekat 30ringgit.. lepas tu komplen kata dah gemmm..  kalau dapat kurangkan makan, secara tak langsung dapat jimatkan duit gak kan.. lagi satu, lepas ni kalau nak beli barang dapur, jangan gi tesco.. kat tesco tu macam-macam barang ada, so macam-macam barang gak la yang aku beli.. lari bajet tu memang selalu la.. tak larat nak kejar..  lepas ni gi shoping kat kedai-kedai biasa je.. amik apa yang perlu je..


sekian..
 

♥ bLoG aKu ♥ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino