Monday, February 13, 2012

dolphin hidung merah


dolphin hidung merah adalah nama saintifik bagi beskal iman yang telah dibelikan oleh ayahnya 2-3 minggu yang lepas.. planning nak pegi men beskal kat tasik darulaman pun dah 2-3 kali jugak terbantut.. akhirnya, semalam pegi jugak la tasik tu walaupun dah lewat (nak dekat pukul 7).. asal-asalnya memang tak nak gi sebab nak maghrib dah.. tasik tu pun bukannya dekat.. tapi keluar jugak la sebab ayahnya dah macam sangat berkobar-kobar..

i am the transformers (sambil berdiri)


kagum dengan keindahan alam (sambil melopong)



time maghrib pegi rumah adik aku.. roommate dia kemain la suka dapat main dengan iman.. siap nyanyi, "iman adalahhhhh mutiaraaaaa".. huhuhu..

lepas maghrib perot pun lapo.. pegi makan stimbot kat kedai ORI STIMBOT dekat dengan rumah adik aku (gambar tak sempat nak tangkap sebab dah gelojoh sangat).. satu kepala RM9.90.. kepala iman tak kira la, kecik lagi.. kecik-kecik pun, time ibu dengan ayah dia nak makan, dia pun sibuk nak mintak.. bagi sikit, nak lagi.. lambat bagi, menjerit.. adoii.. malu tu ada la sket, tapi normal la bagi parents yang ada baby kan.. kalau tak baby yang menjerit, mak bapaknya yang menjerit.. hehehe..

makan stimbot ni penat kan.. nak kena amik lauk, kena masak lauk, tuang kuah, amik sambal.. penat seh.. 


Friday, February 10, 2012

surah al-khausar





Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud 

sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. 

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih 

wangi daripada kasturi. 



Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan 

ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan 

bapa saudaranya Abu Talib. 



Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:- 


1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.


2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang 

dahaga. 


3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah 

dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata. 


4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi 

ilham pada kita dimana letaknya sihir itu. 


5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah. 


6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan 

solat. 


7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan 

memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.



Perkara yg baik kita amalkan selalu. Salam Ukhuwah..~



Monday, February 6, 2012

makanan kegemaran rasulullah S.A.W


1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut.

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular di restoran Itali)

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.
♥ ^_______




Salam Maulidur Rasul 2012 / 1433H


Friday, February 3, 2012

surah yaasiin ayat 1-9 (untuk keselamatan diri)



Jom sama-sama kita hafal dan amalkan membacanya setiap kali nak keluar rumah. Ajarkan juga pada anak-anak supaya menghafalnya dari kecil kerana budak-budak sangat senang utk menghafal. Ia bertujuan untuk keselamatan diri, dijauhi daripada pandangan orang-orang jahat dan orang-orang kafir. Setiap kali keluar rumah tak kira sama ada nak pergi sekolah, bermain atau berjalan-jalan, baca ayat ni bersama anak-anak dan sentiasa ingatkan mereka supaya membacanya. Semoga Allah melindungi kita sekeluarga di sepanjang perjalanan dan di mana-mana saja kita berada. Insyaallah. Yakinlah kepada Allah s.w.t. Sesungguhnya Dialah Maha Pelindung dan Maha Pengurnia segala kebaikan.



Thursday, February 2, 2012

jangan sikat rambut berdiri




Rasulullah s.a.w melarang menyikat rambut di dalam kamar mandi kerana perbuatan itu melemahkan umbi rambut.

Seseorang itu hendaklah duduk ketika bersikat kerana ia akan mengguatkan otot jantung dan elak daripada melakukannya secara berdiri sebab ia akan melemahkan jantung.

Seseorang yang bersikat ketika berdiri akan terjebak dalam masalah hutang.

Adalah makruh menggunakan sikat yang diperbuat daripada perak atau bersadurkan perak.



Wednesday, February 1, 2012

inilah janji manisku


disebabkan kesibukan yang asyik datang tanpa diundang, masuk bulan februari baru sempat nak buat new year resolution.. boleh lagi tak?? huhuhu.. tapi sebenarnya kalau nak berubah tu bila-bila pun boleh.. agak-agak dah timbul kesedaran sivik, berubah la.. tak yah tunggu hari dan masa.. tiada istilah 'terlambat' untuk berubah.. (pandai cakap kan)

misi #1
nak kurus
jumaat lepas gi timbang, berat 6* kg (angka kedua terpaksa dirahsiakan, kalau dah pangkal nombor 6 tu pun dah tau obes la kan).. ari tu mak pak aku datang pun kata aku dah gemmm.. ayooo.. dulu boleh la bagi alasan, baru lepas bersalin tak sempat kurus lagi.. tapi ni dah lebih 8 bulan, tak kurrr-kurrr pun.. maknanya tuan punya badan la yang malas nak diet..

misi #2
jaga kesihatan
keje jauh.. kuar awal, balik lewat.. bila balik rumah kena kemas apa yang patut sambil melayan karenah mamat kecik tu.. kat opis beban keje makin bertambah.. so basically, memang penat dan tak cukup rehat.. bila dah jadi lagu tu, badan pun mula la rasa tak sihat dan sakit sokmo.. dorang nasihatkan suruh amik supplement or minum jamu.. emm, aku minum scott emulsion je boleh tak? menolong membina ketahanan terhadap jangkitan serta menolong pertumbuhan tulang dan gigi yang kuat.. huhuhu.. lagi satu, aku ni suka minum ais.. ye la, dengan cuaca yang extra panas kat kedah/perlis ni, dapat pekena ayaq aih memang la syiok.. tapi orang kata kalau minum ais badan jadi lemah.. dan bagi orang macam aku yang antibodi memang dah lemah (kena hujan sikit dah demam, sejuk sikit dah selsema), kalau betul-betul nak jaga kesihatan kena la belajar minum air suam, kurangkan minum ais.. dan kalau boleh, kurangkan minum manis sekali.. makan pun jangan ikut sedap tekak ko je ema.. kalau berkhasiat tak pe.. ni makan bergoreng, berminyak, berlemak.. jajan, cikedis memang feveret.. mana tak gemmm.. lepas tu minum manis je kejenya.. tak cukup dengan obes, diabetes plak kang..




misi #3
bercemat jirmat
ye, memang aku boros.. makan melantak satu hari dekat 30ringgit.. lepas tu komplen kata dah gemmm..  kalau dapat kurangkan makan, secara tak langsung dapat jimatkan duit gak kan.. lagi satu, lepas ni kalau nak beli barang dapur, jangan gi tesco.. kat tesco tu macam-macam barang ada, so macam-macam barang gak la yang aku beli.. lari bajet tu memang selalu la.. tak larat nak kejar..  lepas ni gi shoping kat kedai-kedai biasa je.. amik apa yang perlu je..


sekian..

Monday, January 30, 2012

begitulah awan nano nano nano nano


KEPUTUSAN ANUGERAH JUARA LAGU KE 26



Juara: Trofi dan wang tunai RM35,000 
Awan Nano - Hafiz ( M. Nasir / Budi Hekayat )


Naib Juara: Trofi dan wang tunai RM15,000 
Beribu Sesalan - Ning Baizura / Jaclyn Victor / Shila Amzah ( Kevin Chin / Tinta )


Tempat Ketiga: Trofi dan wang tunai RM12,000
Karma - Faizal Tahir ( Audi Mok / Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir )


Persembahan Terbaik: Trofi dan wang tunai RM10,000
Kisah Hati - Alyah


Vokal Terbaik: Trofi dan wang tunai RM10, 000
Awan Nano - Hafiz



Persembahan Paling Comel (award ni aku sendiri bagi.. hehehe..)
Cinta Muka Buku - Najwa Latif


12 lagu yang berjaya layak ke peringkat akhir AJL ke 26:

1.     Sungai Lui oleh Aizat ( Aizat / Anas, Aizat / Anas )
2.     Awan Nano oleh Hafiz ( M.Nasir / Budi Hekayat )
3.     Kisah Hati oleh Alyah ( Manusia Putih / Manusia Putih )
4.   Kalau Berpacaran oleh Shohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/Altimet ( Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet )
5.     Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah ( Kevin Chin / Tinta )
6.     Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol ( Boy Clifford / Boy Clifford )
7.     Karma oleh Faizal Tahir ( Audi Mok / Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir )
8.     Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque ( Monoloque / Monoloque )
9.     Gadis Semasa oleh Yuna ( Yuna / Yuna )
10.    Penakut oleh Yuna ( Yuna / Yuna )
11.    Sedetik Lebih oleh Anuar Zain ( Edry Abd Halim / Edry Abd Halim )
12.    Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif ( Najwa Latif / Ika Latif )



    Thursday, January 26, 2012

    dari ibu negeri kedah ke ibu negeri perlis


    ari ni amik hap day.. sebab sebelah pagi sibuk dengan urusan di KWSP, ASB dan tabung haji.. gi tabung haji nak buka akaun si mamat kecik tu, tapi dorang minta salinan surat beranak budak dengan i/c mak or bapak budak.. aku ingat boleh pakai mykid je.. tak pe lah.. lain kali lah..

    sampai opis ngam ngam pukul 1.. pandai kan aku bajet masa.. terus gi makan koey teow kungfu dengan linda.. wachaa!!




    Friday, January 20, 2012

    (minggu baby comel) doa/tips untuk menangani anak yang nakal




    1. Baca “Ya Latif” sebanyak 7 kali dan hembuskan ke ubun-ubun sewaktu mereka tengah tidur.

    2. Cuba berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk.

    3. Banyak berdoa kepada Allah minta dilembutkan hati anak-anak.

    4. Bila bangun pagi, peluk anak, usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati.

    5. Baca surah Al-Fatihah, Surah Taha ayat 1 hingga 5, diikuti doa nabi Daud 3 kali. Doanya “Ya Allah lembutkanlah hati anakku (sebut namanya) sepertimana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu,hembus pada susu.

    6. Untuk membantu anak mudah belajar baca zikir Ya Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19 dari surah As-Syura yang bermaksud “Allah maha lembut pada hambaNYA. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dia kehendaki dan Dia lah yang Maha Kuat lagi Maha Kuasa.

    7. Baca surah Al-Insyirah sewaktu menemani nak-anak belajar.

    8. Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa dari Surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud ” Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah iman kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya”.

    9. Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Lakukan setiap malam ketika anak-anak dalam keadaan baru hendak tidur. Ketika ini otak mereka sedang berada dalam separa sedar dan mudah merakam apa yang kita lafazkan.

    10. Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud ” Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.

    11. Amalkan ayat 40 dari surah Ibrahim yang bermaksud “Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.


    Doa-doa dari ayat Al-Quran yang boleh diamalkan :D

    1. Supaya anak-anak pandai belajar, baca surah Al-Anbiya’ ayat 79 selepas solat Subuh sebanyak 10 kali dan diikuti doa.

    2. Sewaktu anak-anak bergaduh, baca surah Al-Baqarah ayat 102.

    3. Supaya anak-anak lembut hati dan elakkan panas baran, baca surah A-anbiya’ ayat 69, juga surah Al-Hasyar ayat 22 hingga 24.

    4. Anak-anak malas ke sekolah, baca surah Taha ayat 1 hingga 5.

    5. Anak-anak yang suka keluar malam, baca surah Ar-Rum ayat 31 sebanyak 33 kali.




    Insyaallah dengan doa yang tidak putus, anak-anak yang nakal akan berubah menjadi baik :)




    Tuesday, January 17, 2012

    (minggu baby comel) comel gila baby ni main dengan orang utan


    nanti kita gi pantai morib kita berenang camni..



    jom akak bawak gi tesco..



    akak buat teh o tadi ni...



    kita BFF forever ok..




    Monday, January 16, 2012

    (minggu baby comel) rob the robot





    Join Rob, the galaxy's most curious and adventurous robot as he explores wondrous planets with his friends Ema, the alien linguist, TK the walking toolkit, and Orbit the quirky artist. 


    Iman, ibu berlakon cite katun kat disney junior channel :D



     

    ♥ bLoG aKu ♥ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino