Monday, December 5, 2011

candy room


 comelnya kedai jajan ni.. kalau la ada kat malaysia, hari-hari aku datang..









Friday, December 2, 2011

ko gi keje makan je kejenya


insiden no.1
aku memasuki perkarangan ipk.. tiba-tiba aku perasan ada kereta lalu tepi aku dengan begitu slow skali.. aku dah pegang beg kuat-kuat, takut kena ragut.. tapi ni dah masuk dalam kawasan polis, ada yang berani nak ragut ke?? tiba-tiba tingkap kereta dibuka, aku toleh.. kereta polis.. alamak, tatatertib ke? aku tak pakai pas! ah, sudah! "bawa nasi goreng ka pagi ni cik kak??" aku pun, "hah?? err, nasi lemak je.." yang aku pun gi jawab buat pe.. senyum dah la..

insiden no.2
nak naik opis tu, ada kerete viva benti.. macam kenal.. KCU ****.. eh, kereta kak zue.. sekali kak ita turun.. biasa la kak ita dengan mulut bertih jagung dia tu.. "tadi kak ita nampok bah lalu.. kak ita dok ingat mesti ema naik bah ni ni.. awai naa bah la ni.. beli apa tu? kak ita tadi pi beli makan kat taman ira..... bla..... bla...." lama lepas tu baru aku jawab, "saya beli nasi lemak dengan mihun dekat dengan rumah saya"..

insiden no.3
aku nak amik kunci kat bilik ccc.. ada en azmi dengan pegawai bertugas sape ntah aku pun tak kenal.. aku masuk, bagi salam.. en azmi kata, "aik, awai ari ni".. aku jawab, "saya naik helikopter.. tak jem".. lepas tu pegawai bertugas tu plak cakap, "bawa bekai apa tu?" aku pun jawab, "macam-macam ada.. ada nasi lemak, mihun, roti, air.." dah macam orang jual kuih plak aku ni..

kenapa suma orang tegur beg yang aku bawa pagi ni? malu la aku.. aku bawa makanan gi keje pun salah ke? huhuhu..

 nampak beg ni macam banyak makanan ke?


ni je punnnn..


nasi lemak dengan mihun tu untuk sarapan.. roti-roti tu untuk minum petang.. minum pagi makan popiah, kak siti belanja.. lunch makan nasi kerabu, sin chan tolong beli.. banyak sangat ke aku makan? dulu orang penah cakap kat aku, "ko ni gi keje, nak keje ke, nak makan"..  huhuhu.. aku nak mogok lapar la camni..





Thursday, December 1, 2011

no hrmis for today


hari ini kerja aku adalah seperti berikut:

1 - buat kew 8 untuk anggota-anggota yang dapat APC
2 - minta slip gaji dorang depa
3 - masuk roll call
4 - temankan kak faizah gi JPN amik ic si fiffy
5 - oter minit mesyuarat penyelarasan banjir yang PT trafik dah semak
6 - tolong cik lau buat laporan nak hantar gi bukit aman
7 - tolong buat failing
8 - makan, baca paper dan sembang-sembang (3 in 1)
9 - update blog :D
10 - balik.......


tengkiu PTG sebab bagi jajan sempena kenduri anak dia sabtu lepas.. sori la tak dapat datang sebab jauh, kat taiping.. aku sempat gi kenduri anak pak ku kat beseri, hari yang sama gak.. aku ingat dekat, tengok dalam pelan macam senang, rupanya masuk dalammmmmm tuh.. asben kata kampung punya kampung.. nak sampai ke padang besar dah.. sampai sana parking tak de.. tayar plak sangkut kat tanah mendap.. terpaksa minta tolong budak-budak silat tu tolong tolak.. si iman plak pampers dah overload, kencing kuat.. adoi, macam-macam hal.. pape pun, selamat menerima menantu dan semoga cepat tambah cucu kepada tuan rosly dan encik ku abdul rahman..

oh, gula-gula cloud 9 yang tersesat sorang-sorang tu cik lau bagi sebab aku tolong dia buat keje pakai excel :)


Wednesday, November 30, 2011

kerani-keraniku gangster


rentetan daripada peristiwa semalam, ari ni mood aku ok sket.. pakai baju pun cantik.. kasut pun baru beli kat aneka semalam.. siap jumpa dengan siti lagi.. aku memang dah lama plan nak gi rumah dia sebab asben dah janji nak bawa iman gi jumpa mak siti....... bla....... bla....... (mula la lari topik)..

pagi ni macam biasa la, buat hrmis.. nasib baik rekod cuti en fuazi ok.. serabut memang serabut tapi boleh tolerate lagi la.. mood baik kot.. tengah-tengah angin aku elok, ada plak la yang angin tak elok.. bukan ada orang buang angin.. tapi ada orang HANGIN.. tak tau la nape.. ada la tu tak puas hati ke panas hati ke sakit hati ke.. dok gedegang gedegung, fail dihempuk-hempuk.. aku rasa macam nak berdiri je sambil cekak pinggang dan sinsing lengan baju “woi ko pehal?” tapi kuang ajaq la plak.. kang tak pasal-pasal kepala aku plak yang kena hempuk dengan fail..  

seminggu dua ni, aku dengan linda dok memulun nak abiskan buat cuti hrmis.. tuan nak ktorg siapkan sebelum hujung bulan.. dia kata, dia ada perancangan nak buat, tapi selagi ktorg tak siap hrmis, perancangan tu tak dapat dijalankan.. waahh, macam orang penting plak.. so ktorg pun bertungkuih-lumuih la nak siapkan hrmis sampai badan pun bau hamis.. tapi, bila dah congak-congak, rasa-rasa macam tak mampu nak siapkan gak, ktorg pun slow talk la dengan tuan..

tuan....... ktorg....... rasa....... ktorg....... tak....... sempat....... la....... nak....... siapkan....... (nama pun SLOW talk)..

nasib baik la tuan pun memahami dan understanding (bukan sama je ke?) tapi still rasa stress sebab ktorg dah cakap akan cuba sedaya upaya nak siapkan secepat mungkin.. so bila tengah buat keje under pressure, jangan ada yang mencuba-cuba nasib nak ajak men sep sep sep tom tom tom dengan ktorg.. kang aku sep sep sep sep-ak kang muka ko.. kan cari nahas namanya.. aku siap cakap, "ko ingat ada bini-biniku gangster je.. ni ktorg ni kerani-keraniku gangster tau tak.." linda plak menyampuk, "kat KL tu, aku ni KL gangster tau.. “ marah-marah pun sempat gak selitkan tajuk filem.. huhu..

kalau korang tak nak jadi kassim selamat, baik jangan cari pasal dengan aku.. aku ada garpu atas meja..



Tuesday, November 29, 2011

hantu kak limah balik keje


sori la ari ni angin aku tak elok.. pagi-pagi aku dah menyumpah seranah orang, maki hamun angin lintang letupan noodle station suma ber’combined’ menjadi satu.. orang yang aku maksudkan ialah kerani yang rekod cuti en khazali dalam a-sheet tahun 1988.. a-sheet haru-biru.. buat cincai boncai.. kira suma salah.. tulisan pun cakar ayam.. hodoh, tak dapat baca.. dah la bilik ni panas.. kata nak tinted.. sampai aku pencen tak tau la tinted lagi ke tak.. muka pun dah naik berminyak.. dah la ari ni pakai baju dengan tudung tak matching kaler.. datang keje pakai sandal je sebab tapak kasut aku tu tunggu masa je nak tanggal.. opis plak dah macam pasar ikan.. serabut wehhh.. aku pun dah kusut masai ni.. cepat la pukul 5..  ni hantu kak limah nak balik keje ni..





Monday, November 28, 2011

sape nak namakan anak aishwarya rai dan abhishek bachchan?


Me! Me! (angkat tangan sambil melompat-lompat)
aishwarya rai dan suaminya abhishek bachchan telah menimang cahaya mata sulung mereka pada 16 november lalu.. aishwarya bersalin secara manual normal di hospital swasta seven hills di mumbai.. aishwarya, 38 dan abhishek, 36 berkahwin pada 2007..
“Ia bayi perempuan!," kata abhishek di akaun twitternya, @juniorbachchan..

walau bagaimanapun, mereka masih belum memberi nama kepada bayi perempuan itu kecuali memanggilnya 'Beti B' (Baby B) buat masa ni.. abhishek menerusi twitter meminta peminatnya agar mencadangkan nama untuk anaknya.. abhishek memberi syarat bahawa ejaan nama anaknya itu mestilah bermula dengan huruf A.. 
beberapa nama-nama yang sudah disebut termasuk Abishta yang bermaksud 'lady of the house', Aditri bermaksud 'highest honor' dan Asha yang bermaksud 'hope'.. nama-nama lain yang dicadangkan oleh peminatnya termasuklah Ava, Aadya, Avisha, Aaliya dan Anaya.. 
menurut satu sumber lain, pasangan itu khabarnya bakal mengumumkan dan memberi nama bayi tersebut pada sambutan hari natal ini..
oleh itu, wahai aishwarya and abhishek, kot-kot la korang terbaca blog aku ni (kalau korang baca pun, macam la korang paham bahasa melayu.. huhuhu..) aku nak cadangkan nama ARYANNA.. perrgghh!! sedap seh nama yang aku bagi.. tapi maksud dia aku tak tau.. hehehe.. Pick me! Pick me! (sambung terlompat-lompat lagi)

Friday, November 25, 2011

yang mana barshisha pilih? bunuh, zina atau arak?


Barshisha adalah seorang lelaki zuhud yang mempunyai ribuan murid, kemudiannya telah terpedaya dengan pujukan iblis yang menyamar sebagai seorang alim. Kata iblis, jika ingin merasai manisnya ibadah, lakukanlah maksiat. Hanya sekali sahaja, kata iblis, sedangkan engkau Barshisha sudah berpuluh-puluh tahun menghambakan diri kepada Allah. Apa salahnya?

Antara membunuh, berzina dan minum arak yang dicadangkan oleh si iblis tadi, Barshisha memilih arak. Kata Barshisha, dosa itulah yang paling ringan. Lantas Barshisha pergilah ke sebuah kampung yang menjual arak, seperti yang diberitahu opeh iblis. Yang menjualnya adalahs eorang wanita jelita.

Akibat mabuk, Barshisha berzina dengan wanita itu. Malangnya, perbuatan itu telah diketahui oleh suami wanita berkenaan. Lantas bagi menutup rahsia tersebut, Barshisha telah membunuh lelaki berkenaan.

Dalam keadaan inilah iblis menyamar menjadi lelaki biasa lalu melaporkan pembunuhan itu kepada orang ramai. Barshisha pun ditangkap lalu disebat atas kesalahan berzina dan membunuh. Kemudian dia disalib pula bagi menjalani hukuman mati.

Ketika disalib, datanglah iblis lalu menawarkan bantuan untuk melepaskan Barshisha daripada saliban itu. Barshisha yang dalam keadaan tersepit itu memberitahu iblis, dia bersedia melakukan apa sahaja asalkan dirinya dilepaskan.

Iblis pun berkata, “Sujudlah dengan sekali sujud sahaja, maka aku akan melepaskanmu dari salib ini.”

Jawab Barshisha, “Aku tidak boleh sujud kepadamu dalam keadaan aku diriku di kayu salib.”

Iblis membalas, “Sujudlah kepadaku dengan memakai isyarat sahaja.”

Barshisha pun bersujudlah kepada iblis dengan cara isyarat. Namun, adakah iblis melepaskannya?

Tidak. Iblis hanya ketawa lalu terus meninggalkan Barshisha pada kayu salib dan mati dalam keadaan kufur.


Sumber : Insaf! Dari Utusan Karya Sdn Bhd





Thursday, November 24, 2011

surat cintaku untuk harimau muda


(sebenarnya saya nak send surat ni kat harian metro tapi malu (tutup muka).. saya post kat blog saya je la ye..)

ke hadapan skuad harimau muda,

pertama sekali saya nak ucapkan tahniah kepada korang kerana telah berjaya merangkul pingat emas dalam acara bola sepak sukan sea ke-26 sekaligus mengekalkan pingat emas yang malaysia menangi dua tahun lalu.. bukan senang nak menang pingat emas.. harga emas pun dah mahal sekarang.. tak sia-sia si nazmi tangguhkan peperiksaan SPM kat sekolah sukan bukit jalil tu semata-mata sebab nak mewakili malaysia..

baddrol : caya lah nazmi.. give me five..
nazmi : tak pe.. aku bagi ko ten..


saya juga ingin meminta maaf sebab sebenarnya saya tertido masa korang main tu.. tunggu pukul 8.30 lambat sangat, jadi saya baring-baring dulu atas sofa.. last-last tertido.. serius saya tak sengaja.. saya amat patriotik pada malam itu.. nak masuk masa tambahan baru saya bangun.. tapi don't worry, masa indonesia score minit ke-5 tu saya terjaga.. saya tanya asben, malaysia menang ke? tengok-tengok indonesia yang score.. lepas tu tido balik.. minit ke-34 score lagi.. saya terjaga lagi.. saya tanya asben lagi.. malaysia menang ke? ish, asyik bangun, tanya, bangun, tanya.. dah macam orang mengigau pun ada.. huhuhu..

untuk pengetahuan korang, tujuan saya asyik tanya malaysia menang ke tak sebab kalau malaysia menang hopefully PM bagi la cuti.. hehehe.. tapi asben kata kalau tournament tu lawan bola semata-mata, boleh la dapat cuti.. tapi ni sukan sea, banyak lagi acara lain yang menang emas.. takkan sebab bola menang emas terus nak bagi cuti.. tak fair la plak kat acara-acara lain.. lain la kalau malaysia dapat kutip pingat paling banyak ke.. oo.. macam tu ka?

saya ni bab bola memang failed sket.. so bila saya tengok kenapa pemain-pemain yang top macam safee sali dengan safiq rahim tak main, saya tanya la asben.. asben kata, ni skuad olimpik, skuad bawah 23 tahun, harimau muda namanya.. skuad senior tu harimau malaya.. oo.. sudah tukar ka?

lepas tu tanya lagi.. lepas ni dorang kena lawan syria untuk pe plak? bukan ari tu dah kalah dengan singapore ke? asben kata, ari tu kelayakan world cup.. ni kelayakan olimpik.. oo.. itu macam ka?

time masa tambahan tu, saya begitu frust skali bila indonesia score.. tapi nasib baik offside.. saya pun tak tau offside tu apa tapi malas la nak tanya asben.. kang tanya banyak-banyak, dia suruh saya tido balik plak, bising je.. bila penentuan sepakan penalti, saya rasa saya lebih neves daripada korang yang main.. tapi, alhamdulillah.. malaysia menang sepakan penalti 4-3 selepas terikat 1-1.. maka lagu negaraku berkumandang di stadium utama gelora bung karno.. dan burung garuda bertukar menjadi angry bird.. huhuhu..

weh, kita menang weh.. kita menang!!


kita memegang amanah bangsa.. kita juga telah berikrar..


sebagai ganjaran, korang dapat RM30,000 sorang, sumbangan peribadi daripada Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah.. gila ah.. kalau saya tahu camni, awal-awal lagi saya suruh asben praktis bola siang malam supaya boleh join team korang.. RM30,000 sama dengan gaji saya 3 tahun tu.. huhuhu..

tapi kenapa korang kalah semalam dengan syria? lepas dapat pujian melambung-lambung, korang spoiled la plak.. korang penat yek? tak pe la.. ari sabtu ni lawan dengan bahrain, lawan betul-betul ye..

perenggan terakhir ni saya tujukan khas untuk khairul fahmi che mat yang sememangnya aku akui ketangkasannya menepis semua bola-bola yang ditujukan kepadanya.. dah la smart (sila rujuk Lampiran 'A').. daripada merempit tak tentu hala kat kelantan tu (sila rujuk Lampiran 'B'), baik men bola kan.. lagi satu, kalau boleh jangan la sosial-sosial sangat.. gi parti kat warner's bukit bintang dengan dahlia teck, not good ok.. (sila rujuk Lampiran 'C')..

Lampiran 'A'


Lampiran 'B'


Lampiran 'C'


sekian sahaja surat saya.. saya akhiri dengan sebuah pantun dua kerat.. pecah kaca pecah gelas, sudah baca tak yah balas.. babai..


Tuesday, November 22, 2011

bila iman tak tengok katun



iman : (muka boring) ibu..... apa ni tengok masterchef.. iman nak tengok dibo the gift dragon la.. 
ibu : baiklah bosss... (terpaksa tukar channel.. huhuhu..)



Monday, November 21, 2011

bila iman tengok katun


ibu, iman nak tengok upin & ipin boleh?




 (muka tengah khusyuk tengok katun)




ibu : iman suka ke tengok upin & ipin?
iman : sukeeeeeee....





Friday, November 18, 2011

(nice pics) foto pra-perkahwinan zahiril dan shera


yang lelaki, pelakon drama juvana dan filem tolong! awek aku pontianak.. yang pompuan plak hos wanita hari ini dan pelakon filem karak.. dorang memilih tarikh cun 20.11.2011 untuk menamatkan zaman bujang..

















 

♥ bLoG aKu ♥ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino