untuk pengetahuan semua, aku yang hanya pandai melalak dalam bilik air dan dapur, serta tak pernah-pernah gi karaoke dan tak pernah menghadiri sebarang ujibakat pencarian bintang realiti tv, telah terpilih menjadi ahli kumpulan koir pdrm kontinjen perlis sempena pdrm menjadi tuan rumah perhimpunan bulanan pentadbiran kerajaan negeri perlis bil. 8/2011.. kumpulan koir ni terdiri daripada pegawai/anggota dan pegawai awam wanita..
dapat-dapat je semboyan, aku apa lagi.. pot pet.. pot pet.. kenapa dorang letak nama saya ni.. saya mana reti nak menyanyi.. dorang pilih camne ni.. pot pet.. pot pet.. lepas tu akak-akak ni kata, depa pilih hok yang comey-comey ni.. *blush* terus tak membebel dah..
maka bermula la planning nak jaga suara dengan minum air suam la, air asam jawa la, tak moh minum ais la.. konon-kononnya la.. last-last, hmmm.. stat selasa sampai jumaat ada praktis kat dstress room pukul 4 sampai 5.. tapi si tukang pegang kunci pukul 4.30 baru terkedek-kedek nak buka pintu, maka pukul 5 lebih la baru abis.. lagu negaraku, lagu negeri perlis, lagu perkhidmatan awam dan lagu polis sedia berkhidmat.. uihh, kena study ni..
ari jumaat pukul 2.45 petang rehersal kat dewan warisan.. hmmm, rehersal duduk-duduk saja tengok acik-acik yang naik pangkat dari lans koperal ke koperal susun barisan.. sempat perform skali je.. bila dah tak cukup praktis, kena datang plak ari ahad.. tak kuasa la aku nak datang.. dah la asben keje, rumah jauh, iman sape plak nak jaga.. kalau aku bawa iman skali boleh???
pagi ni kuar rumah awal sebab kena sampai kat dewan warisan sebelum pukul 7.30.. semangat berkobar-kobar.. pakai jaket pinjam, nama aku pagi tu norhafizah.. huhuhu.. dah la besar, menggeleber.. orang lain pakai blazer, aku pakai jaket.. orang lain pakai kasut tutup, aku pakai kasut nampak jari.. suka-suka aku je kan..
neves gak nak perform depan orang ramai ni (sape tak neves beb).. banyak wakil dari jabatan kerajaan, jabatan negeri, badan berkanun, agensi swasta, ipta.. press pun ada.. sepanjang perhimpunan tu berlangsung, ktorg kena berdiri.. mau tak terketaq-ketaq lutut ni.. nak bengkok-bengkok kaki pun tak boleh, sebab duduk koir barisan depan, ramai orang pandang (ada ke orang pandang? hahaha..) orang sebelah kanan kiri aku dah tak larat, macam nak pitam, so dorang kuar la.. aku pun rasa nak kuar gak tapi aku tengok ramai orang yang lagi
tua berusia daripada aku, tapi dorang larat je.. takkan aku yang muda belia cantik jelita vokal bukan sekadar rupa ni tak larat kot.. tu la, kerani.. banyak duduk.. berdiri sket tak larat.. YB-YB, nurse-nurse, cikgu-cikgu banyak berdiri+minum anlene gold, sebab tu kuat..
ramai kan..
kan aku dah kata ramai..
the VVIP's
my ex-bos, pegawai turus trafik, ASP Rusli membaca ikrar..
awat muka masam sangat cik ema ooii??
ya allah, hilangkanlah nevesku..
pon.. pon.. police coming through..
upacara pemakaian pangkat.. tahniah suma..
sedap kan budak-budak koir tu nyanyi tadi..