Thursday, April 1, 2010

1 apRiL


hafiz PAP kenakan aku.. dia kata tudung aku kotor.. hampes, memang la aku pecaya sbb aku memang comot pun.. tudung aku, baju aku slalu kotor ntah dari mana ntah..

bagi aku, prank april fool ni utk bdk2 kecik je.. dulu masa kat skola slalu la buat.. bila dah beso gajah ni, aku rasa byk lagi keje lain nak buat selain kenakan orang.. tapi kalau just for fun, ok kot.. asalkan jangan sampai ada org yang tersinggung atau berkecil hati dgn gurauan kita..

antara orang melayu yang suka bergurau ialah:

Kump Mega, Bayangan Gurauan
Siti Nordiana, Gurauan Berkasih

=)

sesi pembelajaran: asal usul april fool ni..







Wednesday, March 31, 2010

setaHun di NRE


A : Kau begitu sempurna. Di mata ku kau terlalu indah. Kau membuat diriku akan selalu memujimu.

B : Aku ini wanita biasa. Bisa sakit luka karena cinta. Dingin sepi kerap menyapa. Air mata jatuh lukisan raga.

C : Diriku dah berikan yang terbaik. Dan bukannya nak mengungkit. Siapa benar siapa salah. Siapa menang siapa kalah.

D : Coba tenang seketika. Coba pejam mata. Biar resah hilang saja. Dan coba diam yang bicara. Sediam bersama. Ditemani jasad kita. Kan ku cari konklusi.




.. someone may praise you
.. try to be as humble as you can
.. knowing that you have given all your best
.. relax and enjoy


HAPPY 1ST ANNIVERSARY @ NRE
PT (SPL) IV
310309 ~ 310310




p/s: andra and the backbone, kris dayanti, marsha, hujan..


Tuesday, March 30, 2010

seParuH jiWa kU peRgi



pagi tadi agak kecoh 1 NRE sbb cafe tak boleh bukak.. bukan saja cafe world, malah suma games yang ada kat facebook jua tak boleh dimainkan.. rupanya pihak BPM saja buat klaka, dorang block dari pagi sampai tghari.. during lunch hour, dah boleh masak, sampai la ke saat ini yakni pukul 6.57 ptg..

aku tak dapat bayangkan hidupku tanpa memasak.. pastinya kehidupanku keboringan keamatan kesangatan.. kpd pihak BPM, sila jangan buat lawak pra april fool ok.. lemah jantung i tau..

p/s: cafe cikai ada super stove, spice rack dah complete and the wedding is saved.. weee!!!



Saturday, March 27, 2010

aPakaH yaNg teLah teRjaDi??


lihat tiket wayang di bawah.. dibeli malam tadi, untuk tayangan midnite malam tadi, tapi.. tapi.. dan begini la keadaan la tiket ini pada hari ini.. anda perasan tak tiket ni tak berkoyak..





ya betul!! kitorang tak tgk pun wayang ni.. huhuhuhuhuhuhuhuhuhu..

jauh2 dari putrajaya ke klang, hujan, jem.. ke sunway pyramid plak, pusing2 cari parking tak jumpa, beratur panjang nak beli tiket wayang, abis RM26, last2 tak tgk pun wayang tu.. apakah sebenarnya yang telah berlaku.. biarlah aku dan dia saja yang tahu..

p/s: HTTYD = How To Train Your Dragon..

Friday, March 26, 2010

tAk suRpRiSe dAh!!



smlm 25hb.. muka semua org nampak begitu berseri2.. jakunnya ktorg, rasa mcm dah lama tak dapat gaji.. hehehe..

alamanda a.k.a shopping kompleks kerajaan, telah dibanjiri bukan sahaja oleh abang2, malah abangla2 juga turut serta dalam Perbarisan Sempena Hari Gaji di Hadapan Mesin2 ATM Berhampiran Anda.. aku, dahlia & atie sudah semestinya tidak mahu ketinggalan dalam menambahkan kesardinan di alamanda.. aku bukan nak berjoli, tapi aku ada planning baik punya.. hehehe..

aku betul2 blur.. kalau aku nak pedajal dia, ok tak?

a) t-shirt manchester united (padahal dia supporter gila babeng bercelona)
b) VCD High School Musical
c) Buku Perintah Am dan Arahan Pentadbiran
d) boxer gambar sin chan

kalau aku bagi benda2 ni, sah2 aku kena pelangkung..

so aku decide nak gi parkson.. on the way tu, lalu depan famous amos.. singgah jap, amik bau.. lps tu 'mentol muncul atas kepala', baik aku belikan something kat sini.. kalau belikan coklot dgn cookies, boleh aku paw.. aaaaaa, bijaknya aku.. lepas tu, ada bear.. konfirm dia tak nak bear tu, lepas tu mesti dia bagi kat aku.. aaaa, bijaknya aku lg skali..

pape pun, aku harap dia suka dgn adiah besday yang aku belikan ni..




Hepi 26th Belated Besday To *APEK* - 16032010









Thursday, March 25, 2010

reCent aCtivity @ faCeboOk





♥ we might not be close again, but i won't ever forget how it used to be ♥


it doesn't feel like there's a single chance that you & them are going to ever be as close as you used to be.
no matter how you much you wish you could






Wednesday, March 24, 2010

naNny 911


'tidak ada apa yang besh tentang diriku ini... aku adalah seorang wanita dan isteri kepada seorang suami dan seorang ibu kepada seorang anak dan beberapa anak yang lain... insyaallah'

ni 'about me' si ija.. aku baca kat blog dia.. alangkah indahnya jika aku seperti dia.. dah ada rumah dan tangga sendiri.. tapi aku tetap bersyukur dgn kehidupanku sekarang.. aku ada mak ayah yang sporting, adik beradik yang ntah pape, kawan2 yang sengal..

kelmarin tgk cite nanny 911 kat ntv7.. cite yang sgt bermanfaat especially bagi org yang dah beranak pinak.. cite dia pasal mak bapak yang tak boleh nak handle anak2.. so dorang terpaksa call nanny 911 utk mendapatkan bantuan..



yang aku tengok smlm ni, john dgn stevi yang telah ditakhluk oleh anak2 dorang.. sammy (suka menjerit utk mendapatkan pe yang dia nak), andrew (curiosity yang tak terkawal), jack (kaki pukul), maddie (anak pmpn yang rajin, tapi pun nakal disebabkan pengaruh boys dalam rumah tu).. umur bawah 7 tahun suma.. maknye terlalu berlembut, paknye plak cenderung utk menggunakan kekerasan.. dua pendekatan yang berbeza dalam mendidik anak2..

melalui pemerhatian nanny tu, rupa2nya anak2 yang bermasalah ni wujud hasil ketaksefahaman mak bapak sendiri.. maknye masak, jaga anak, basuh kain, bawa anjing gi jalan2, kemas rumah, lipat baju, repair vakum.. paknye plak keje photographer bebas, balik rumah baca majalah, tido.. tapi maknye tak penah merungut.. dia buat je suma keje2 rumah tu sbb tak kuasa nak bertekak laki bini..

tagline melodi: tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi..
tagline laki bini yang bahagia: amalkan toleransi, elakkan konfrontasi..
(bijaknya aku.. dah boleh kawin ni.. hehehe..)

so dgn bantuan si nanny ni, anak2 dorang telah berjaya dikembalikan ke pangkal jalan.. maknye dgn paknye pun berjiwang karat balik, buat candlelight dinner blkg rumah dan paknye proposed lagi skali, dgn cincin yang ada 4 permata, melambangkan 4 org anak yang telah dihasilkan selama 10 tahun berkahwin (walaupun anak2 nakal mcm makhluk asing).. pape pun, that's sweet..



p/s: ibu2 bapak2 siapa yang punya anak.. bilang aku.. aku yang telah malu.. sama teman2 ku.. kerna cuma diri.. yang tak laku2..



Tuesday, March 23, 2010

di aNtaRa 7 mAc hinGGa 22 mAc


...... tempoh aku tak update blog

sabab musababnya:

1) aku kena marah dgn pkwe aku.. (nape dia marah? biar aku je yang tahu)
2) sibuk.. (sibuk nak cepat naik level kat cafe world kott)
3) tak de idea nak tulis pe.. (sbnrnya byk cite, tapi tak tau nak mula dari mana)
4) malas.. (reason yang boleh dijadikan kesimpulan)

pada hari ini, timbul kesedaran.. di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.. hehehe..

* pindah dewan marjan * ujian saringan hiv untuk pengantin * sate hj samuri kat warisan dgn atie, dahlia, bukhari, daus * 2nd putrajaya international hot air balloon fiesta * man u vs liverpool 2-1 * quarter final champion league (highlight) - man u vs bayern munich & arsenal vs barcelona * semalam jaga kaunter * mata ketumbit * ari ni meeting bahagian * nanny 911 * afundi ema *



Lawatan 5s ke Depot Simpanan Pertahanan, Kementerian Pertahanan
040310 Sg. Buloh


Program Memancing Ahli-Ahli Kelab Alam NRE
270210 Desa Pond, Sri Petaling


Besday Big Bos Ke-31
020310 Bilik Bos (Bilik Opis Tau)


Saturday, March 6, 2010

kAn dAh kAntOi


Why Planning is important?

One night, 4 college students were playing till late night and could not study for the test which was scheduled for the next day. In the morning they thought of a plan.

They made themselves look as dirty with grease and dirt. They then went up to the Dean and said that they had gone out to a wedding last night and on their return the tire of their car burst and they had to push the car all the way back and that they were in no condition to appear for the test.

So the Dean said they could have the re-test after 3 days. They thanked him and said they would be ready by that time. On the third day they appeared before the Dean. The Dean said that as this was a Special Condition Test, all four were required to sit in separate classrooms for the test. They all agreed as they had prepared well in the last 3 days.......

The Test consisted of 2 questions with a total of 100 Marks.
See Below for the question Paper.

Q.1. Name of the car?? (2 MARKS)
............................

Q.2. Which tire burst? (98 MARKS)
a) Front Left
b) Front Right
c) Back Left
d) Back Right


p/s: =)

Tuesday, March 2, 2010

meLbOuRne @ kOta keCepPian


amazing race.. berkejar2 dari 1 point ke 1 point yg lain.. spinner, flying dragon, kuda pusing aka double deck carousel, cawan ribena pusing2 aka tea cup, naik jet pusing2 aka astro fighter, naik gajah pusing2 aka flying jumbo, ferris wheel aka matahari, dinosourland, pirate ship, pirate train, antique car dan yg plg best, naik boat.. ibarat nakhoda kapal melawat tanah2 jajahannya.. hahaha.. erks mmg pro gila parking boat..


5 jam sblm tu.. 8.30 am smpi kat KL sentral.. terus ke kaunter genting.. malang, tiket pagi abis.. next available tiket, 1 pm.. consider nak naik teksi, RM25 sorang.. tak jadi la.. gi pudu, amik tiket bas + skyway.. kebetulan ada chinese boy ni dah beli tiket tapi decided nak naik teksi plak.. so dia jual kat ktorg RM19 (harga asal RM19.20).. dapat jimat doposen je.. klu ikut niat jahat aku, 'i will only buy it from u if u sell it for RM15'.. tapi erks ckp, kat KL ni kita tak blh jahat sgt, pun tak blh baik sgt.. such an innocent homo sapien..


sementara tggu bas 11.30 am, gi mamam big breakfast dgn hot cakes wit sausages.. smpi melbourne dlm 12.30 pm.. sape ckp melbourne sejuk.. panas je aku tgk.. 1.30 pm, bli tiket outdoor.. RM44.. bapak mahal.. kalau beli pakej, baru RM45.. complete dgn tambang, skyway, outdoor dgn buffet lagi tu.. huhuhu..


6 pm, bertolak pulang.. smpi rumah 8.30 pm.. sempat tgk AI, Artificial Intelligence.. hahaha.. it's American Idol, dear.. abis AI, kuar mkn.. seperti biasa, ceppi and comot.. kepala sakit, mcm tak balance je.. ni mesti pirate ship punya pasal ni.. rasa mcm darah dgn oksigen tak smpai kat otak..


yang pasti, kota keceppian meninggalkan kenangan yang tak dapat dilupakan.. my first time, melbourne..



p/s: still tak dapat jwpn.. pertikai dalam BI pe?

aRi ni iSnin kE seLaSa?


malasnya nak gi keje ari ni.. set jam pkl 5.30.. alih2 pkl 6 baru terjaga.. tu pun sbb ayam akhma dah bunyi.. ni suma kes bercuti panjang la ni.. dari ari khamis smpi isnin.. kan dah malas..

dtg opis dgn semangat bulan mac yg berkobar2.. tapi bila smpi opis, tgk byk edaran kursus kena buat, terus down down down down down.. nasib baik aku ada buat part time jadi tukang masak kat cafe.. rating mood aku naik dari 5.0 ke 105.0.. hehehe..

smlm duduk rmh pun tak buat pe.. pagi2 tu erks dah dtg, belikan roti telur + roti boom dgn teh tarik.. dia mmg baik.. tghari tu, try to get some sleep.. tido kat ruang tamu, oh sakit belakang.. pindah kat dlm bilik, oh panas la pulak.. akhma kata, bilik kita mengalami pemejalwapan.. adoi..

kesimpulannya, cuti yg aku amik smlm semata2 utk tido sepanjang hari, tak berhasil.. petang tu, erks ajak minum.. dia nk balik PJ, nak paw duit maknye.. so pkl 6.45 smpai kat food court, tgk2 duit aku RM13 dlm poket dah tak de.. tak tau terjatuh or tercicir kat mana.. x pe la.. bkn rezeki aku kot.. anggap tu sedekah..

p/s: 'seteguh tembok batu cinta kita'.. aku rasa tu lirik lagu.. tapi aku tak jumpa lagu tu smpi skrg.. huhuhu.. cmne ni? aku tak boleh berfikir dgn tenang..
 

♥ bLoG aKu ♥ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino